Monday, August 2, 2010

Tun Daim, Forbes dan Orang Kebanyakkan

Dalam aku duk baca beberapa materials kewangan dan perniagaan, mata aku tertumpu kepada satu nama yg agak berkurun aku tak nampak penjelmaan beliau di media elektronik mahupun media massa.
Dan agak lama jugak aku tak melintas depan rumah dia kat melawati nun yg mana menunjukkan aku dah lama tak lepak rumah abang aku kat fasa 5 nun.
Aku ingat lagi dulu masa satu Mesia ni blackout, rumah Tun rilek jer ade letrik.Sebab dia ade sebijik power station dlm kawasan rumah dia, apa ade hal kan?
Dan kebanyakkan orang orang kaya melawati ada connection ngan Tun, masyukkk.

Aku ada terbaca satu artikel blogger ni yg mempunyai details pasal Tun dimata dunia.Nak tau pasal Tun Daim?
Lawatan dia ke Tanzania menceritakan segala-galanya pasal Tun.Mungkin aku agak lambat tau pasal, ni tapi aku tau dia ade beberapa bank di negara negara Afrika, cuma aku tak terpikir kekayaan dia melampaui batas norma pemahaman aku sebagai manusia naive ni.Selama ni Forbes duk tayang orang terkaya dunia dengan nama nama yg hampir sama setiap tahun dan Tun tak penah masuk sekali pon dlm list dlm even dlm senarai 100 individu terkaya.Pendekatan Tun as media shy dan low profile serta politic connection dia sikit masa dahulu membuatkan dia dikenali Tun Daim yg Diam.

Tapi account bank dia tak penah diam.Forbes penah cuba cuba buat anggaran harta Tun sebanyak US10.2 billion, kalah Robert Kuok apatah lagi Robert Mugabe mahupun Robert Murugiah.Tapi itu hanya anggaran, mereka mereka yg sesaja gatal nak sibuk amik tau asset Tun.Media Britain pula mengorek rahsia dengan bersungguh sungguh berdasarkan pegangan Tun dlm ICB (bank kepunyaan Tun Daim) dan menganggarkan asset Tun sebanyak US$26 billion.Nah, dengan duit sebanyak tu, mahu saja aku call Tun dan mintak dia selamatkan Liverpool dan beli player best best utk Liverpool, masuk akal bukan?

Tapi bukan itu yg aku nak tekankan, aku bukan kisah dengan kekayaan Tun sebab bukan aku ada share pon ngan dia.Cuma aku kagum dengan vision dia dlm perniagaan, setiap branch ade gambar bapak besar Tun Daim, dah macam dewa dewa dah Tun Daim kat sana.Dengan status pemilik ICB dengan 130 branches worldwide, apakah kurangnya kehebatan anak Melayu ni?Bagi aku takde kurangnya, dia cuma takmo expose apa status dia atas security reason la kot.US$26 billion tu kot, dan asset tu makin beranak bukan makin menurun.Mmg kepala otak buat duit lah Tun Daim ni.Major law, tapi lebeh berminat kepada bisnes dan bila dia connect kan kedua dua kelebihan dia ni, inilah hasilnya.

Kepada Tun (mcmlah dia baca blog aku ni ekk?), syabas sebab anda mmg seorang yg berjaya.Tokoh yg bersaiz kecil tapi mempunyai hati yg besar gabak mcm stadium Nelson Mandela.Kepada Forbes pula, teruskan lah dengan list list tahyul anda itu ye...sila update kerap skit, jangan malas sangat nak buat research.

Dan kepada orang kebanyakkan mcm kita ni, mari kita menuju puncak dengan bekerja utk bos kita sampai mati.Nanti hujung bulan takde gaji plak kan?Nak join politik mcm awal sangat la plak rasanya, aku target umur aku 35 tahun baru aku berjinak dlm arena tahyul tu.Umur 40 tahun aku bukak bank kat Tatarstan ngan Kashmir, jangan kata dlm bank orang gantung gaambor aku, sampai ke tandas awam semua ada gambar aku nanti.Ceh!

7 comments:

Pet Shop Boys said...

Kasi background kosonglah Jarr...pening baca

Jarr said...

okla okla aku dah tukar :p

J@J@ / Bini The Rock said...

hohhh! kaya giler erk beliau! Nak aja gua mtk dia duit sikit..

lu nnt klu dah kaya raya tlg la kwn2 ni ha..terutama gua erk! hulur2 la. Bukan byk mana pon gua mintak.. USD1 billion cukop ar...
nnt gua tepek gambo lu dekat reban ayam..pasti glemer!

Jarr said...

Jaja - ok aku dah bank US$1 billion.Check akaun kau skang.=|

talkIZcheap! said...

ko nak kena pukul ke jarr?? mana sambungan entri 'mindgames' ko?? dah la tomorrow ko tu panjang sangat, tetiba kluar entri lain plak!!

-aku yg emo- :p

Sang Penulis said...

Nanti lu dah kaya, jangan lupe kat wa ek. Wa nak Ferrari 599 GTB Fiorano yg Novitec Rosso bikin. Thanks abg. =|

Jarr said...

SP - daim ngan rumah lu dekat je bro.gua dgr dia simpan duit dlm rumah je kot..sila gi tgk.pastu inform gua.