Thursday, October 21, 2010

Genetik Nakal

Nakal adalah sifat semulajadi dalam diri dan fitrah seorang manusia, terutamanya bebudak.
So gua takde hal sangat kalau anak gua or anak anak buah nakal, lagipon gua suka bebudak.Tapi, nakal biar bertempat.Mcm anak jantan gua, gua sound dia kalau nak nakal, nakal je kat rumah.Kalau jahanam pon rete benda gua sendiri, yg buat anak gua sendiri, kalau gua nak babab kaki dia pon anak gua sendiri, ye dak?
Yg gua jadi marah bila dia nak nakal kat tempat orang atau public.Alhamdulillah, setakat ni anak jantan gua tak berani buat gitu sebab dia tau bapak dia ni Ultraman Kosmos.Dan tak mudah bagi resakse sebesor dia nak menangani bapak yg macam gua ni.Kadang kadang mainan dia sendiri makan tuan,kata Ultraman Kosmos.Apa yg gua boleh bikin senjata, gua capai.Tapi harus ingat, kaki sahaja ok.Kaki.

Kalau ikut nak lempang mmg sedap, pipi anak gua tembun.Tapi apalah budak tu tau nak main lempang lempang, sound je 3x, agak agak takmo dengar baru zappppppppp!Sekali kat kaki, pastu gantung rotan kat dinding atau kat tempat gantung kunci kereta, mana yg sempat lah kan.Tapi satu petua ayah long kasi gua, jangan pukul anak time tgh marah.Maksud dia, dlm keadaan lu tgh menggigil tu, cool down dulu.Renung deep kat mata dia, dan mulut dorang mesti dah senget senget menahan nak nangis.

Lagi satu yg gua tak puas hati, kalau anak nakal, para isteri mesti nak salahkan or kaitkan ngan sang suami.Mesti nak ckp, "heeeeeee kau ni nakal ikut perangai bapak kau la ni!"...ini statement takmo cium syurga namanya.Apa dalil yg mengatakan anak kalau nakal ikut bapak?Orang laki je ke nakal?Pompuan tak nakal, nonsense!So jangan guna statement, anak awak nakal ikut perangai awak la ni.Gua cukup pantang kaum isteri cakap mcm ni, tapi takde la sampai gua marah melenting.Gua cuma akan ckp baik baik sambil bertarbiyah kenapa dan mengapa tak patut cakap mcm tu.Ecehhh.

Gua cuma nak ckp, nakal seseorang itu bukan datang dari bapak dia.Kalau anak tak nakal langsung, baik korang bawak gi check or kasi kaunseling suruh nakal sikit.Must be something wrong  somewhere.Abih kalau mak perangai cam haramjadah mcm Lady Gaga bapak sikit punye nerd rambut belah tepi dari telinga lajaknya, bapak jugak nakal?Sebab tu kalau bapaknya orang yg bertakwa, tawaduk orangnye tak semesti anaknya juga beriman.Jadi jgn selalu amalkan keburukkan anak anak direfer ke genetik keturunan bapak.Salah tu, sgt salah.

Nak syurga ke tak nak neh?

Sunday, October 17, 2010

Merseysiders

Everton dan Liverpool saling memerlukan...
Sejak zaman John Houlding sampailah zaman John Henry..
Tapi sama sekali bukan John Onwedegu (tau mamat ni kan?)
Jadi mlm ni bukan sekadar bolasepak..sebelum sebelum ni pon mmg bukan sekadar bolasepak..

tgk match everton vs liverpool sama mcm tgk Nazi lawab Allies...i hate Allies.Haha.

So jom reramai memeriahkan majlis kedai mamak, kedai aceh,ruang halaman rumah sendiri..kopi, cikedis,air gas,cekelat...vermicelli carbonara,seafood olio pastikan dah siap depan tv..

menjerit juga membakar kalori, so tak salah makan banyak depan tv.

Thursday, October 14, 2010

Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan

Masalahnya skang gua bukan saja paling belakang, nampak pon tidak ni.

Macam mana gua nak adapt motto diatas sebagai panduan nilai murni kalau mcm ni gua dilayan?

Kekadang gua rasa nak migrate duduk Cayman Island je..lu orang google la sendiri mana tu Cayman Island.

Mcm mana nak tukar kerakyatan eh?

Tuesday, October 12, 2010

Dilema Seorang Pekerja #2 (Kisah Benar)

Keadaan di ofis Dahlan Ismail agak suram buat masa ni..suram bagi Dahlan Ismail sahaja.Pada yg lain tidaklah Dahlan Ismail amik port.Riak kegembiraan jelas terpancar pada sesetengah muka muka baru.Mungkin mereka belum tahu betapa berkeraknya lantai ofis ini.Satu hari mereka akan tersadung dan mengomel dengan keadaan ofis.Habis mengomel mereka akan dikerah keringat utk menutup kerak-kerak di ofis.Kalau tak mampu atau tiada daya tahan diri dalam mengerjakan kerak kerak itu, maka sayonara buat kalian.Getus hati Dahlan Ismail.

Dahlan Ismail hanya mampu mengeluh mengenangkan nasibnya.Entah berapa dia akan disimpan di ofis ini.Apakah perancangan seterusnya dalam memajukan diri.Apakah Dahlan Ismail akan bekerja dan berkubur disini?Kalau dilihat pada Abdullah Sidi, beliau mmg banyak berubah, Dahlan Ismail bangga dengan kawan baiknya itu.Kemana sahaja dikenali ramai atas kepetahan beliau berbahas.Latarbelakang Abdullah Sidi bukanlah grand mana pon, kalau ditanya juak juak berpangkat gunung ganang ttg latarbelakang pelajarannya, mudah sahaja Abdullah Sidi menjawab dengan rendah diri, "Sekolah pondok je"...Dahlan Ismail dan Abdullah Sidi bukanlah pemegang gulungan gulungan ijazah atau sarjana wal maulana.Mereka belajar sepanjang melalui pengalaman hidup dan bekerja mereka.

Bidang kerja mereka berdua memerlukan percakapan yg banyak, ye sangat banyak.Jangan pandang pada pangkat mereka yg tertera di name card, itu hanya pandangan zahir.Hasil dari 3 hingga 4 tahun didalam syarikat, mereka sedikit tidak kekok utk bertemu dan berbual dengan mereka yg dari golongan bangsawan perniagaan.Mereka boleh dikatakan agak "well-known" dlm konteks itu.Tapi mereka belajar dan terus belajar, bergaul dengan bangsawan kewangan bukanlah tiket utk mereka rasa diri dah bagus.Belajar tu tak penah abis, itulah sifat merendah diri yg ada pada mereka berdua.Tapi kini Dahlan Ismail dah takde rasa passion terhadap apa yg beliau lakukan sekarang.Dia cuba muhasabah diri dan melihat balik dimana silapnya, dan dia cuba tidak jadikan Pegawai Waran sebagai alasan.Apakan daya...Dahlan Ismail juga manusia...ada nafsu juga bila dipetik suisnya, ah kesitu pula perginya.

Dahlan Ismail pergi temuduga Jumaat lepas, dia dihubungi oleh sebuah firma Pemburu Kepala utk syarikat syarikat kewangan mencari tenaga kerja.Betapa gembira bercampur cuak bilamana nak pergi temuduga itu.Sudah lama Dahlan Ismail tidak berhadapan dengan Penemuduga.Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.Mengekek-ngekek Penemuduga ketawa mendengarkan jenaka berilmiah dari Dahlan Ismail.Oh Dahlan Ismail mmg kelakar orangnye, suka menghibur dan berjenaka.Masalah didada tak siapa yg tahu dan takkan tahu selagi dia tak bercerita.Pandai benar dia menyembunyikannya.Penemuduga memberi kata kata harapan bahawa syarikat kewangan antarabangsa yg terbesar didunia itu akan menghubunginya dan tak lupa Penemuduga turut memberi beberapa tips bila ditemuduga pihak syarikat kewangan tersebut.Insyaallah, terima kasih Penemuduga.

Beberapa hari sebelum itu, Dahlan Ismail bertemu sahabat lamanya, Hambali Hamzah (bukan nama sebenar).Mereka sama sama bersekolah disalah sebuah sekolah di Pantai Timur.Mungkin ada antara pembaca masih ingat akan seorang selebriti yg berkahwin dan rumahtangga mereka hanya bertahan lima bulan sahaja.Mungkin sudah bukan rezeki dan jodoh Hambali Hamzah dengan selebriti itu.Selebriti itu berkahwin lain, kabarnya seorang berpangkat Mentara Mangkubumi, tapi juga tidak kekal.Apalah nasib...cantik, bergaya dan mewah tapi masih tiada sejati dalam perhubungan.Wallahualam.

Hambali Hamzah adalah sahabat baik kepada Dahlan Ismail.Beliau baru sahaja membuka pejabat baru dibangunan tempat Dahlan Ismail bekerja sekarang.Mereka berbual sambil Hambali Hamzah membasahkan tekak beliau dengan jus Calamansi serta Dahlan Ismail kepingin Espresso.Maka rancaklah mereka bercerita perkara lama mereka di Kafe Resipi Rahsia itu.Hambali Hamzah sekarang berjawatan Pengarah Urusan kepada beberapa buah syarikat persendirian dan akar tunjang perniagaan Hambali Hamzah ialah minyak.Berjaya sungguh anak muda ini, bisik Dahlan Ismail.Menceritakan situasi beliau kepada Hambali Hamzah, terkedu sahabat baiknya itu bilamana Dahlan Ismail memberitahu bayaran yg diterimanya sekarang.Hanya 3,500 wang perak.Macam mana kamu mahu hidup dikota kejam ni Dahlan!

Sedikit berteriak suara Hambali Hamzah sambil memandang sahabat beliau Dahlan Ismail.Dahlan hanya tersenyum, senyum nipis.Ya senyum nipis, istilah yg digunapakai oleh Firdaus Abdillah (ini nama sebenar).Hambali mengeluh panjang...tak baik mengeluh tapi itulah hakikatnya.Hambali bingkas sambil buntang matanya.Sertai aku Dahlan Ismail!Akan aku jadikan kamu orang kanan ku.Hanya kamu yang aku percaya Dahlan!Dahlan masih tersenyum..dia kenal benar Hambali, manusia yg berpegang pada kata kata.Tidak pernah mengecewakan.Tapi adakah Dahlan Ismail bersedia utk anjakan baru ini?

Hanya Dahlan Ismail yg mampu menjawab semua persoalan.............

Cilake lu blogspot!

Gua dah taip setengah page!Pastu lu boleh error plak!
Pastu lu tak save entry gua!Jadahnya function autosaved kau ni blogspot!

ilang mood gua nak bersenggama arini.

Saturday, October 9, 2010

Dilema Seorang Pekerja #1 (Kisah Benar)

Adepun sudah 3 tahun Dahlan Ismail (bukan nama sebenar) bekerja di syarikat antarabangsa itu.Takde yg kurang selama dia bekerja disitu, suasana kerja, orang orang mereka dan boss semua nampak sempurna bagi Dahlan Ismail.Sepanjang Dahlan Ismail bekerja disitu dia berasa sangat terjamin masa depannya.Lantas dengan berani dia memberi anak kepada isterinya Hasmidar Othman (juga bukan nama sebenar) kerana yakin akan kestabilan pekerjaannya sekarang.Namun panas bukan sampai ke petang, Dahlan dah salah tgk report cuaca kat TV1.Ribut petir melanda tak lama selepas itu.Pekerjaan Dahlan Ismail bergolak dek kehadiran seorang Pegawai Waran yg ditugaskan oleh boss Dahlan Ismail supaya mengawasi dan memberi tekanan terhadap setiap orang dipejabat.

Pada mulanya Dahlan Ismail tak begitu amik port akan kehadiran Pegawai Waran baru itu.Satu hari kawan sekerja Dahlan Ismail, S.Gunalan (bukan nama sebenar) tak sependapat dengan Pegawai Waran baru itu, mereka berperang mulut, mulut S.Gunalan dah lagak mulut Hishamuddin Tun Hussein, takleh ckp banyak banyak..buih kuar tepi.Dahlan Ismail berkerut menelan air liur geleman dek kerna mulut S.Gunalan.Pegawai Waran menunjukkan belangnye...besoknya Dahlan Ismail sudah tidak nampak kelibat S.Gunalan.Dahlan Ismail faham keadaan itu, S.Gunalan payah nampak dia dlm keadaan suram melainkan bila dibawah cahaya lampu.Tapi kehilangan S.Gunalan kali ini adalah kekal, ya S.Gunalan diberhentikan selepas perang mulut semalam.

Dahlan Ismail nampak politik yg kotor itu, tapi beliau takde authority utk berkata apa apa.Pegawai Waran semakin berleluasa didalam ofis.Setiap orang didalam ofis adalah target Pegawai Waran.Kalau diikutkan amarah Dahlan Ismail, mau saja dibenamkan pisau belati beliau ke tenggorok Pegawai Waran.Tapi bila memikirkan itu semua hanyalah angan angan poyo beliau, sedangkan nak ckp good morning kat Pegawai Waran pon Dahlan Ismail terpaksa menelefon ibunya hanya utk menenangkan diri.Pengecut.

Tapi sekarang Dahlan Ismail sudah nekad, 2-3 tawaran telah diterima olehnya minggu ni.Apakah ini masanya berhijrah utk sesuatu baru?Dahlan Ismail ada satu masalah, patutkah ditinggalkan sahabatnya seorang diri menguruskan kerja kerja mereka selama ini?Dahlan Ismail sudah buntu memikir akan permasalahan ini, Abdullah Sidi ialah kawan baik beliau, dialah yg banyak membantu Dahlan Ismail semasa beliau mula mula menjejaki ke syarikat itu.Banyak yg dia belajar dari Abdullah Sidi selama dia disitu.Jabatan itu dibina atas titis peluh Abdullah Sidi, tiada siapa bisa sentuh atau usik Jabatan itu selain Abdullah Sidi, waima Pegawai Waran ada batasnya dlm menghampiri Jabatan Abdullah Sidi dan Dahlan Ismail...

Berilah masa utk Dahlan Ismail membuat keputusan....dia ada sebabnya...


Notakaki: Cerita ini based on true story dan masih berlaku hingga saat ini.Mungkin pembaca bisa membantu penulis membuat ending cerita ni jadi best.....

Tuesday, October 5, 2010

What Went Wrong?

Tajuk je omputih, tapi gua tulih bahasa ibunda juga..
Takkan melayu hilang didunia kata Hang Tuah, ntah sapa yg dengar Tuah ckp gitu pon gua tak sure.Yg gua syak Tuah ada darah Cina.Ntah.Tanya Khoo Kay Kim.

Ok hari ini gua nak bercerita tentang masalah dalaman yg melanda Liverpool buat masa ni.Seperti yg kamu semua, - kamu semua itu merujuk kepada penyokong tegar liverpool dan pembenci Liverpool sebagai kelab paling success di England suatu ketika dulu - Dan skarang liverpool dah menjadi kelab adik adik yg bisa diperkotak-katikkan oleh supporters kelab lain terutamanya Scumchester.Masalah dalaman yg berpunca daripada 2 ekor Yankees itu telah menjurus Liverpool ke lembah penyingkiran.Dengan bebanan hutang yg membukit dan keras kepala 2 ekor lahabau itu, krisis dalaman Liverpool dah sampai ke kemuncak.

Manakan tidak Jovanovic yg baru nak bertatih di Liverpool sudah menyatakan kekesalan beliau menyertai kelab berprestij suatu ketika dahulu - lagi sekali gua tekankan suatu ketika dahulu.
Apakah bala yg melanda Liverpool?bermula dengan kekalahan kepada man citeh, man u, northampton di Carling Cup dan terbaru tersungkur dilaman keramat, Anfield kepada Seasiders, Blackpool?Anfield bukan lagi fortress Kopites, sesiapa sahaja bisa dtg dan mengaibkan Liverpool.Attractive football yg biasa disajikan sudah tidak wujud dlm kamus Liverpool, rata rata pemain Liverpool mcm dlm keadaan separa sedar disaat ini dan tak tahu hala tuju selain Gerrard yg tau kalau score goal kena cepat2 lari gi cium kamera, ya, at least dia ada halatuju, kan wawasan namanya tu.

Potential buyers yg digembar-gembur sebelum ni nak takeover Liverpool semua dah tarik diri dek permainan bangang 2 ekor americanos itu.Melihat saja keduanya di Anfield cukup membuat darah semua kopites dan liverpudlians menyirap sampai ke ubun ubun.Kenapa dan mengapa jadi gini sudahnya kelab Liverpool?Kalau mengambil kira dan iktibar dari kelab kelab sebelum ni yg gah sejak zaman Kejuaraan Liga sampailah Road to Wembley hinggalah sekarang era Barclays, Nottingham Forest, Derby County,Newcastle Utd, Southampton dan Leeds Utd adalah nama nama besar dlm liga inggeris suatu ketika dahulu - ya, sekali lagi gua tekankan suatu ketika dahulu.

Dan kelab kelab hebat ini akhirnya tersungkur ke liga bawahan atas sebab sebab dalaman dan dibebani hutang yg memaksa mereka menjual aset aset berharga mereka - pemain.Aset paling berharga adalah pemain pemain.Dan bagi kelab "besar" seperti Liverpool, sebahagian pemain berharga cukup utk menampung sebahagian hutang mereka yg duk ada skang.Tapi berbaloi ke menjual pemain utk melangsaikan hutang?bila dah jual aset dan tinggal fringe players dan hot prospect ( aku pakai terms dlm CM, kah kah kah) boleh build up the team balik ke?tgk apa jadi pada Leeds, contoh terbaik.Betapa lama masa mereka nak build up balik dan sampai skang masih belum promoted lagi..Big 4 yg duk ada skang, Chelsea, Man U, Citeh dan Spurs dulu pon takleh makan Leeds (even season lepas pon Man U takleh makan Leeds masa FA Cup - betul ke fakta gua ni?).

Adakah Liverpool akan menerima nasib serupa seperti Leeds?To think about relegation agak relevan buat masa ni, walau Uncle Woy Si Penggigit Kuku ckp "I have to accept that we are in the relegation zone after seven games.But if you asked me whether we will be (there) after 38 matches, i would say that defied credulity" - Saya harus menerima bahawa kita berada di zon penyingkiran selepas tujuh games.But jika anda bertanya apakah kami akan (ada) setelah 38 perlawanan, saya akan mengatakan bahawa mencabar mudah percaya - terjemahan berbunyi begitu, mencabar mudah percaya, prof. bola sila explain kat gua apa itu mencabar mudah percaya?Ayat nak kasi sedap hati ke apa?cilake.

Sejurus selepas wisel penamat dibunyikan weekend tu hari di Anfield, rata rata Liverpudlians melaungkan nama King Kenny.Mereka ada hak utk menyatakan kekecewaan mereka terhadap pengurus skarang - itu kata Roy.Mana taknye, korang ingat season ticket murah ke?Babi dia punya mahal..nak nak plak kelab kelab mcm Liverpool, Chelsea, Man U dan sebagainya.Walaupun kekadang harga siling sampai 1,800 pound utk season ticket, ttp sold out.Let say amik minimum 1,000 pound for season ticket (ni rege utk kelab pertengahan - liverpool kelab bawahan, so jgn nak banyak cekadak), kalau 45,000 season ticket holder kat Anfield kumpul duit banyak tu each of them, sure kick out that buggers from the ground already. Ok pengiraan gua tak masuk akal, abaikan.

Tapi itu yg gua cuba berfikir secara rasional skang ni, Liverpool in their dark moment of century.Dan gua tak paham situasi dan pemainan cilake musibat 2 ekor tu.Tingkap perpindahan January dah bermcm mcm rumours keluar.Gua tak mengharapkan pape, gua cuma rasa akan ada few big names from our beloved club will make a move.Kita kena terima apa saja kemungkinan yg mendtg, kalau jatuh Liverpool, kita jatuh sama-sama..kalau bangkit Liverpool, kita bangkit sama-sama.

Jangan cepat amarah kalau di nganjing, sebab Lucy dah declare Board Sokernet dah sebulat suara mengisytiharkan tahun 2010 adalah promosi besar-besaran Tahun Menganjing Liverpool.

Akhir kata, dimana saja my fellow scousers berada, You'll Never Walk Alone!