Thursday, September 30, 2010

Soal Beragama

Bab ni agak sensitif kalau aku bincangkan dlm komuniti yg cepat jump into conclusion seperti di Malaysia ini..
Tanpa usul periksa aku bisa jadi target ancaman oleh mereka mereka yg ekstremis..
Tapi apa yg aku nak bincangkan hari ni bukanlah issue yg berat hingga membawa kepada pengertian Fiqh.Jauh sekali Usuluddin.Aku bukan mereka yg bertauliah mahupun dari Majlis Fatwa nak bercakap ttg soal beragama di Malaysia ini.

Baru baru ni timbul perdebatan soal sanggul bonjol yg kebanyakkan diprektikkan oleh muda mudi yg bertudung zaman sekarang.Fesyen tu dari zaman nabi nabi lagi dah ada, umpama menaikkan trend lama pada zaman yg moden ini.Majlis fatwa Saudi dah mengeluarkan fatwa haram cara berpakaian mcm tu berdasarkan hadis nabi yg kuat mengikut nas dan dalil serta disokong ulama ulama yg bersependapat ttg hukumnya itu haram.Majlis fatwa Malaysia belum mengeluarkan apa apa arahan atas issue ni.

Belum kuarkan pon dah ramai yg melatah...masalah orang kita, bila bila bab bab mcm ni dorang akan pakai hadis nabi atau riwayat riwayat dari Tarmidzi,Bukhari dan Muslim.Dan dan pulak mcm ni korang nak quote as what Rasulullah SAW ckp kesederhanaan dlm beragama.Ok, kesederhanaan tu plak, kesederhanaan yg mcm mana?Bila timbul isu isu mcm ni pandai korang nak bersederhana dlm beragama.Malas nak ckp sgt..bukan semua orang boleh paham benda ni.Masalah kat Malaysia ni, penyampaian dan pemahaman, tukang menyampai tidak memberi penyampaian yg telus dalam bab beragama ni.Lagi satu masalah orang kita, suka berlebih-lebih dlm ibadat.Duk kejar yg sunat nak pahala extra, tapi terlepas pandang yg fardhu.Betul ke mcm tu?Lagi teruk bila menghakimi orang, "dia tu ade hati nak nasihat orang, semayang pon tidak".Ini antara statement yg sangat tak boleh pakai.

Allah itu Maha Pengampun, Maha Penyayang dan Maha Pemurah.Ibadah solat kita antara kita dengan Dia, siapa kita nak menjatuhkan hukum baik buruk seseorang hamba Allah itu?Ingat saja saja kisah pelacur yg tolong anjing then disebabkan kebaikan pelacur tu dia masuk syurga?Dalami balik apa itu Maha Pengampun,Maha Penyayang dan Maha Pemurah.Sama seperti beberapa suurah dlm Al-Quran yg tak perlu dimulai dengan Bismillahirrohmanirrahim.Kenapa?Ada sebab sebabnya...jangan jadi seperti org kita yg sekadar khatam Quran, mengaji berlagu sedikit tapi apa tafsiran pon tatau?Lagi teruk dari org yg tak boleh baca Quran langsung.Orang bukan Muslim sudah mendalami Al Quran bersama terjemahan dan membuat kajian ttg islam, dan mereka boleh memanipulasi setiap bait dlm Al Quran utk membuat umat islam yg kurang ilmu didada ni terperangkap dengan dakyah dan doktrin doktrin nak menghancurkan umat islam.

Fahami apa itu kesederhanaan dlm beragama, bukan sekadar pakai utk mempertahankan diri yg cepat melatah.Cth mudah, issue sanggul tinggi bonjol, kenapa tak boleh?Kalau dilihat dengan betul, diperhalusi dengan kerohanian, gaya pemakaian begitu bisa mendtgkan syahwat.Apatah lagi jika orang itu bukan muhrim kita dan kita terbayangkan dan berfantasi ttg seseorang itu.Dah bersambung sambung dosa itu, dari melihat, mendtgkan syahwat dan maksiat.Dan orang akan berkata, sapa suruh tgk?Guys, tgk tanpa merasa dgn tgk dengan perasaan lain definisi dia.Syaitan itu ada dimana mana...dlm darah tu laluan dia.So jangan nak ckp, kita tgk saja la..bukan rasa pape.Syaitan laknatullah manghasut lu sedar ke kalau takde iman didada?

Sebenarnya panjang kalau nak bercerita bab agama ni, aku lebih suka nak sentuh bab Sirah rather than Fiqh even aku sangat berminat mendalami semua aspek dan hukum hukumnya.Kalau aku nak mulakan Sirah pula, akan jadi panjang lagi entry ni dan draggy.Insyaallah Sirah mungkin utk next entry kalau berkesempatan.

Apa kekurangan dan kesilapan aku dlm hal ni tolong betulkan sebab aku pon manusia biasa..Rasulullah SAW pon manusia biasa, beza kita ngan Rasul cuma dia di makhsum kan...kita apa ada?alQuran dan Sunnah la pegangan kita...ada paham?Al Quran dan Sunnah....bukan adat dan kebiasaan ok. =)

wallahualam.

Wednesday, September 29, 2010

Diri Ini Bukan Bagus

Kekadang dlm kehidupan seharian ni banyak orang kita akan jumpa..
Yg paling selalu sgt kita jumpa mereka yg macam bagus..ye mcm bagus.
Gua selalu berhadapan ngan org org cenggini...gua mampu senyum jer..
Nak kondem itu bukan ibadah gua..nak menjatuhkan hukum juga bukan perjuangan gua..
Gua insan biasa, mcm lu orang jugak..cuma bezanya character yg berbeza..
Pembawakkan yg berlainan...

Mendengar dan menyerap segala macam jenis penceritaan dari manusia spesis ini bukan mudah..
Lu kena ada satu filter yg secara ilmiahnya tak dpt dilihat dengan mata spero.Juling air apatah lagi..
Jadi daya serapan lu harusla mempunyai asas yg tegap...mcm nak pasang kuda kuda.
Dan mesti pandai counter (utk mereka yg suka balas balik)....yg suka dengar dan pastu balik rumah tekup muka ngan bantal sambil hentak2 kaki tanda stress tu gua takmo komen pape...itu sangat ponen punye perangai.Lempang sedap tu.

tapi orang2 mcm ni takleh salahkan dia...dia nak gak merasa cambest.Ingat senang ke nak ckp, "bapak gua ade 4 Evo 10 kat garage dia.." statement ni takde cacat cela.Yg membuat kan jadi cacat sebab dia ckp ni masa tahun 2002.Apa lanchau Evo 10 masa 2002?Pergi rumah dia kat Gombak gua nampak basikal Raleigh ada la...tapi malas nak tanya mana EVO 10 dia tu..
Ada jugak kekadang mengeluarkan statement menggegar bumi, "Weekend tu hari aku dating ngan 5 awek sekaligus kat satu tempat"...ini mmg gua terus starlite kat dahi dia lepas abis ckp..kalau gua tak starlite nanti dia seronok bercerita panjang sampai tahap awek ke-5 tak kisah dia ada lagi 4 awek..

Paling gua takut kalau citer bab betapa gangster nye dia..."tu hari mamat dlm kereta usha usha gua, gua turun tingkap tunjuk fuck...alih alih kiri kanan geng geng gua rupanya, semua pakat turun lanyak mamat tu"...giler ah.Orang mcm ni tapak tangan dia nipis bhai..ramai sangat gengnye..pegi sini orang salam, pegi sana org hulur tangan salam..tak ke haus tapak tangan dia nanti..jadi org mcm ni gua kurang bergaul..takutla nanti kat jalanraya terpotong Q kang, dia usha..dah la member dia je semua kat atas jalanraya...gengster lak tuh..lunyai gua nanti.so orang mcm ni pon kategori mcm best.takde risau nak buat pape, mcm takde undang undang dlm dunia ni...

Gua pon tatau nape gua ngarut arini..yg gua pasti gua rasa nak makan BBQ kat Batu Feringghi...Linglung lu jangan lupa pick up gua plak nanti...nak rasa penampor jarak jauh, buat buat la lupa gua kat sini.Farwalis gua tau lu suka makan, jom kita kesana..makan jer.Nak minum balik KL balik..

Quote hari ini: Kotey yg panjang bukan sesuatu yg utk dibanggakan kalau perjalanannya hanya 2 menet.

Thursday, September 9, 2010

Antara Cinta Kris Dayanti dan Aidilfitri

Penat juga kaki ni berjalan sekitar financial centre Jenderal Sudirman.Hiruk pikuk kota Jakarta menenggelamkan lamunan aku ditgh kotaraya yg tak masuk akal sesaknya.
Dengan berteman beg laptop dibahu dengan sepasang sut armani, aku melangkah malas menuju ke Mulia Senayan, nak balik hotel.Meeting dengan salah sebuah bank di Jakarta tadi berjalan lancar.

Agak jauh perjalanan aku, tapi apa neraka aku nak naik mobil bersupir mahupun speda kaki dalam keadaan jam yg macam orang tawaf ni.Biji mata hitam aku berpusing pusing melihat gadis gadis Indonesia yg rata rata berdarah Belanda.Jakarta dan Bandung boleh dikatakan pusat cewek cewek cantik, keaslian kacukan mereka mengatasi orang Belanda itu sendiri.Kadang kadang aku terpikir, kenapa Malaysia dulu tak dijajah Sepanyol,Perancis mahupun Lebanon?(langsung tak masuk akal bab Lebanon tu)
Sebaliknya Portugis, British,Siam (beberapa negeri) dan Jepun (ini paling disaster kalau bab kacukan) yg menjajah, hasilnya?Dapatlah native Portugis berambut kerinting dan hidung penyek, kulit putih dan berbelak belak (tak semua),mata sepet.....manakala negeri negeri yg pernah berada dibawah Siam menghasilkan kacukkan yg agak lazat.Sila refer pada aku sendiri, my great grandfather (ckp omputih skit), adalah penasihat atau mufti agama islam utk kerajaan Pattani, maknanya keturunan belah mama aku adalah bertajuk Siam.Mama aku putih melepak sampai kat kampung bapak aku (Malacca), orang pangil dia Putih.Mata sepet.

Bapa aku pula, great great grandfather dia berasal dari salah sebuah negara di Middle East.Maka apabila kacukkan antara mama dan bapak aku, kuar la aku yg pure Malaysia ni.Takde la ensem mana, cukup mcm Jericho Rosales okla..ok itu melampau.Tapi orang selalu ingat aku Filipinos, sungguh jauh lari kalau nak ikut keturunan mak bapak aku.Pangako sayo?Sanay Wala Nang Wakas?tak masuk akal kot.

Ok abis bab keturunan dan kacukkan, dah jauh aku menyimpang.Kalau belajar tarekat, consider dah jauh terpesong.

Aku melangkah ke ruang lobi Hotel Mulia Senayan, bell boy si Farwalis tersenyum memandang aku, "selamat sore pak nadjmuddean"....
Selamat sore balas aku lemah...
Farwalis, aku kenal dia sejak aku dah beberapa kali menginap di Mulia Senayan, dialah yg banyak beri aku tips sepanjang berada di Jakarta ni.Baik budaknya, tapi buruk lantak...(maaf Iwal).Pantang nampak makanan, umpama macam kau taruk hidangan Garumi sebelah kanan, dan tetek Katie Price belah kiri, dia akan makan Garumi sambil tangan kiri menguli Katie Price.Ok ini sudah obscene.Maaf.

Dalam aku melangkah hendak ke lif, aku ditahan oleh seorang wanita yg pada aku sangat familiar di mata aku.
Kris.......perlahan tapi sedikit terkejut aku bersuara.Aku dirangkul oleh Kris semahu mahunya, rindu benar dia pada aku.Aku membiarkan Kris memeluk aku melepaskan rindunya, biarlah.Namun aku tidak membalas pelukan Kris, bagaimana aku nak membalas, tangan kanan laptop, tangan kiri beg plastik shopping yg aku beli kat Mangga 2 tadi...semua orang melihat kami, terutamanya aku.Mungkin mereka pelik atau lebih tepat irihati,bagaimana mamat yg kudut ni bisa dipeluk semahunya oleh diva hebat indonesia, Kris Dayanti.Biarlah, mereka tak tahu sejarah kami berdua.

setelah sehari setengah KD memeluk aku dihadapan lif itu, dia meleraikan pelukannya sambil menghela nafas panjang tanda puas, orgasm sungguh riak wajahnya walau sekadar peluk.Kami beriringan ke coffee house,takkan nak naik kebilik aku pulak kan?Kami bukan muhrim (cewahhhhhhhh).
Rancak sekali KD berbual menceritakan kehidupannya, berulang kali dia mengucapkan betapa dia merindui aku, ntah apa aku buat ntah kat dia sampai camtu sekali rindunya.Mata buntangnya yg bersinar tak penah berkelip memandang aku, aku agak kaget.Tapi naluri dan hormone testosterone seorang lelaki berjaya menyembunyikan perasaan kaget itu.

Cinta?Mungkin bagi KD...tapi aku tiada apa apa perasaan buat masa ni.Cukuplah aku anggap dia sebagai kawan baik or kakak bagi diriku ( cewahhhhhhhh lagi sekali).Hampir 3 jam kami berbual, ok actually dia je la yg berbual, aku mendengar sahaja.Aku terpandang kalendar di coffee house, 9.9.2010?
Aku bingkas bangun, memanggil waiter dan terus memberi note Rp.250,000 utk 3 cawan espresso tadi.mahal juga espresso kat senayan ni.KD terpinga-pinga melihat tindakan aku, lantas dia menyambar lengan aku...mulus sekali wajahnya sambil bertanya,

KD: Kenapa dengan kamu Nadj?Nggak suka aku disini?
Nadj: Tak, bukan mcm tu KD...tapi gwe harus pergi (masa ni slang indon dah skit)..
KD: Tapi, kok baru ketemu loe udah bisa mau ninggalkan gwe?Mana pergi rindumu,mana pergi passion mu ketemu aku?
Nadj: Gwe bilang, gwe harus pulang ke Malaysia, gwe butuh loe paham KD.Gwe harus pulang.
KD: tapi kenapa?aku nggak cocok disisi mu?katakan padaku!
Nadj: Jangan terus terusan mendesak gwe KD...
KD: Aku bisa terus terusan mendesak loe!Aku mahu jawaban!Pilih gwe atau Malaysia!

Nadj: Baiklah, kalau itu yg loe mahu.Gwe mahu pulang ke Malaysia, esok Hari Raya kot.Apa jadah aku nak lepak Jakarta?

Selepas mengambil balance duit ngan resit, aku bangun utk packing barang dibilik hotel.KD yg sebentar tadi meroyan, mengambil tangan ku dan bersalam seraya meminta maaf atas segala salah silap beliau.Selesai mencium tangan aku dan kedua pipi aku.Dia berlalu...aku syak dia pon baru sedar besok raya, sebab aku nampak dia tergesa-gesa keluar dari hotel.Nak beri barang kelengkapan utk besok barangkali.

Dan aku?Berbunga nak balik Malaysia berhari raya!

P/s: Dikesempatan ini, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kawan kawan blogger aku disini, maaf zahir dan batin.Halalkan makan minum aku, maafkan kertelanjuran aku.Terima kasih buat kamu semua yg sudi membaca blog ngarut aku.

Jaga diri kalian semua.Luv Ya!

Wassalam.

Wednesday, September 1, 2010

Sahaja Aku.........

Samad berjalan lesu ke telaga usang dibelakang rumah arwah ibunya...
Di keleknya tuala lusuh dibahu....
rindu benar dia terhadap kampung tempat dia membesar itu..
Ibu sudah tiada, ayah sudah tiada...yg tinggal rumah pusaka...
Dan telaga yg banyak meninggalkan kenangan dari dia kecik,bujang hinggalah Samad bertemu jodoh dengan Siti Rodiah Tukimin, anak Kiyai Tukimin penghulu kampung sebelah.

Siti Rodiah masih mengemas didlm rumah ditemani anak perempuan mereka,Faridah.Samad masih termenung ditepi telaga mengimbas kenangan lama.Terdengar suara Siti Rodiah sedikit meninggi dari atas serambi rumah....

Siti Rodiah: Abang!Dah mandi belum?
Samad: Nak mandi la ni, abang kat telaga.
Siti Rodiah: Haaa...jangan lupa bang!
Samad: Lupa apa?
Siti Rodiah: Jangan lupa mandi la!
Samad: Eh kan aku nak mandi ni?Apsal duk ulang ulang suara? (Samad sedikit hot)
Siti Rodiah: Tau, tapi jangan lupa nak mandi tu...
Samad: (Samad dah membara dengan perangai tak semenggah Siti Rodiah)...Kau kenapa Rodiah!
Siti Rodiah: **diam**

Anak kecil perempuan Samad, Faridah turun membawa baldi separa besar utk abahnya.

Faridah: Abah, mak kasi baldi.Dia ckp mandi pakai baldi ni, senang nak cedok, takyah bangun duduk bangun duduk.
Samad: (Termangu). Mak kau kenapa Faridah?
Faridah: Mak ckp abah semalam dah petik suis, dah tau arini nak pose, lagi nak petik suis.Jadi abah kena mandi...takleh buat buat lupa, kalau betul2 lupa takpe, sah puasa.Mak ckp gitu.
Samad: (airmata Samad bergenang)

Dengan lafaz bismillah, Samad berniat, "sahaja aku mengangkat hadas besar, fardhu keatas ku kerana Allah taala"

Lengkaplah mandi wajib Samad utk hari itu.

Alhamdulillah....