Showing posts with label Dalam Dilema. Show all posts
Showing posts with label Dalam Dilema. Show all posts

Saturday, October 9, 2010

Dilema Seorang Pekerja #1 (Kisah Benar)

Adepun sudah 3 tahun Dahlan Ismail (bukan nama sebenar) bekerja di syarikat antarabangsa itu.Takde yg kurang selama dia bekerja disitu, suasana kerja, orang orang mereka dan boss semua nampak sempurna bagi Dahlan Ismail.Sepanjang Dahlan Ismail bekerja disitu dia berasa sangat terjamin masa depannya.Lantas dengan berani dia memberi anak kepada isterinya Hasmidar Othman (juga bukan nama sebenar) kerana yakin akan kestabilan pekerjaannya sekarang.Namun panas bukan sampai ke petang, Dahlan dah salah tgk report cuaca kat TV1.Ribut petir melanda tak lama selepas itu.Pekerjaan Dahlan Ismail bergolak dek kehadiran seorang Pegawai Waran yg ditugaskan oleh boss Dahlan Ismail supaya mengawasi dan memberi tekanan terhadap setiap orang dipejabat.

Pada mulanya Dahlan Ismail tak begitu amik port akan kehadiran Pegawai Waran baru itu.Satu hari kawan sekerja Dahlan Ismail, S.Gunalan (bukan nama sebenar) tak sependapat dengan Pegawai Waran baru itu, mereka berperang mulut, mulut S.Gunalan dah lagak mulut Hishamuddin Tun Hussein, takleh ckp banyak banyak..buih kuar tepi.Dahlan Ismail berkerut menelan air liur geleman dek kerna mulut S.Gunalan.Pegawai Waran menunjukkan belangnye...besoknya Dahlan Ismail sudah tidak nampak kelibat S.Gunalan.Dahlan Ismail faham keadaan itu, S.Gunalan payah nampak dia dlm keadaan suram melainkan bila dibawah cahaya lampu.Tapi kehilangan S.Gunalan kali ini adalah kekal, ya S.Gunalan diberhentikan selepas perang mulut semalam.

Dahlan Ismail nampak politik yg kotor itu, tapi beliau takde authority utk berkata apa apa.Pegawai Waran semakin berleluasa didalam ofis.Setiap orang didalam ofis adalah target Pegawai Waran.Kalau diikutkan amarah Dahlan Ismail, mau saja dibenamkan pisau belati beliau ke tenggorok Pegawai Waran.Tapi bila memikirkan itu semua hanyalah angan angan poyo beliau, sedangkan nak ckp good morning kat Pegawai Waran pon Dahlan Ismail terpaksa menelefon ibunya hanya utk menenangkan diri.Pengecut.

Tapi sekarang Dahlan Ismail sudah nekad, 2-3 tawaran telah diterima olehnya minggu ni.Apakah ini masanya berhijrah utk sesuatu baru?Dahlan Ismail ada satu masalah, patutkah ditinggalkan sahabatnya seorang diri menguruskan kerja kerja mereka selama ini?Dahlan Ismail sudah buntu memikir akan permasalahan ini, Abdullah Sidi ialah kawan baik beliau, dialah yg banyak membantu Dahlan Ismail semasa beliau mula mula menjejaki ke syarikat itu.Banyak yg dia belajar dari Abdullah Sidi selama dia disitu.Jabatan itu dibina atas titis peluh Abdullah Sidi, tiada siapa bisa sentuh atau usik Jabatan itu selain Abdullah Sidi, waima Pegawai Waran ada batasnya dlm menghampiri Jabatan Abdullah Sidi dan Dahlan Ismail...

Berilah masa utk Dahlan Ismail membuat keputusan....dia ada sebabnya...


Notakaki: Cerita ini based on true story dan masih berlaku hingga saat ini.Mungkin pembaca bisa membantu penulis membuat ending cerita ni jadi best.....