Tuesday, October 12, 2010

Dilema Seorang Pekerja #2 (Kisah Benar)

Keadaan di ofis Dahlan Ismail agak suram buat masa ni..suram bagi Dahlan Ismail sahaja.Pada yg lain tidaklah Dahlan Ismail amik port.Riak kegembiraan jelas terpancar pada sesetengah muka muka baru.Mungkin mereka belum tahu betapa berkeraknya lantai ofis ini.Satu hari mereka akan tersadung dan mengomel dengan keadaan ofis.Habis mengomel mereka akan dikerah keringat utk menutup kerak-kerak di ofis.Kalau tak mampu atau tiada daya tahan diri dalam mengerjakan kerak kerak itu, maka sayonara buat kalian.Getus hati Dahlan Ismail.

Dahlan Ismail hanya mampu mengeluh mengenangkan nasibnya.Entah berapa dia akan disimpan di ofis ini.Apakah perancangan seterusnya dalam memajukan diri.Apakah Dahlan Ismail akan bekerja dan berkubur disini?Kalau dilihat pada Abdullah Sidi, beliau mmg banyak berubah, Dahlan Ismail bangga dengan kawan baiknya itu.Kemana sahaja dikenali ramai atas kepetahan beliau berbahas.Latarbelakang Abdullah Sidi bukanlah grand mana pon, kalau ditanya juak juak berpangkat gunung ganang ttg latarbelakang pelajarannya, mudah sahaja Abdullah Sidi menjawab dengan rendah diri, "Sekolah pondok je"...Dahlan Ismail dan Abdullah Sidi bukanlah pemegang gulungan gulungan ijazah atau sarjana wal maulana.Mereka belajar sepanjang melalui pengalaman hidup dan bekerja mereka.

Bidang kerja mereka berdua memerlukan percakapan yg banyak, ye sangat banyak.Jangan pandang pada pangkat mereka yg tertera di name card, itu hanya pandangan zahir.Hasil dari 3 hingga 4 tahun didalam syarikat, mereka sedikit tidak kekok utk bertemu dan berbual dengan mereka yg dari golongan bangsawan perniagaan.Mereka boleh dikatakan agak "well-known" dlm konteks itu.Tapi mereka belajar dan terus belajar, bergaul dengan bangsawan kewangan bukanlah tiket utk mereka rasa diri dah bagus.Belajar tu tak penah abis, itulah sifat merendah diri yg ada pada mereka berdua.Tapi kini Dahlan Ismail dah takde rasa passion terhadap apa yg beliau lakukan sekarang.Dia cuba muhasabah diri dan melihat balik dimana silapnya, dan dia cuba tidak jadikan Pegawai Waran sebagai alasan.Apakan daya...Dahlan Ismail juga manusia...ada nafsu juga bila dipetik suisnya, ah kesitu pula perginya.

Dahlan Ismail pergi temuduga Jumaat lepas, dia dihubungi oleh sebuah firma Pemburu Kepala utk syarikat syarikat kewangan mencari tenaga kerja.Betapa gembira bercampur cuak bilamana nak pergi temuduga itu.Sudah lama Dahlan Ismail tidak berhadapan dengan Penemuduga.Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.Mengekek-ngekek Penemuduga ketawa mendengarkan jenaka berilmiah dari Dahlan Ismail.Oh Dahlan Ismail mmg kelakar orangnye, suka menghibur dan berjenaka.Masalah didada tak siapa yg tahu dan takkan tahu selagi dia tak bercerita.Pandai benar dia menyembunyikannya.Penemuduga memberi kata kata harapan bahawa syarikat kewangan antarabangsa yg terbesar didunia itu akan menghubunginya dan tak lupa Penemuduga turut memberi beberapa tips bila ditemuduga pihak syarikat kewangan tersebut.Insyaallah, terima kasih Penemuduga.

Beberapa hari sebelum itu, Dahlan Ismail bertemu sahabat lamanya, Hambali Hamzah (bukan nama sebenar).Mereka sama sama bersekolah disalah sebuah sekolah di Pantai Timur.Mungkin ada antara pembaca masih ingat akan seorang selebriti yg berkahwin dan rumahtangga mereka hanya bertahan lima bulan sahaja.Mungkin sudah bukan rezeki dan jodoh Hambali Hamzah dengan selebriti itu.Selebriti itu berkahwin lain, kabarnya seorang berpangkat Mentara Mangkubumi, tapi juga tidak kekal.Apalah nasib...cantik, bergaya dan mewah tapi masih tiada sejati dalam perhubungan.Wallahualam.

Hambali Hamzah adalah sahabat baik kepada Dahlan Ismail.Beliau baru sahaja membuka pejabat baru dibangunan tempat Dahlan Ismail bekerja sekarang.Mereka berbual sambil Hambali Hamzah membasahkan tekak beliau dengan jus Calamansi serta Dahlan Ismail kepingin Espresso.Maka rancaklah mereka bercerita perkara lama mereka di Kafe Resipi Rahsia itu.Hambali Hamzah sekarang berjawatan Pengarah Urusan kepada beberapa buah syarikat persendirian dan akar tunjang perniagaan Hambali Hamzah ialah minyak.Berjaya sungguh anak muda ini, bisik Dahlan Ismail.Menceritakan situasi beliau kepada Hambali Hamzah, terkedu sahabat baiknya itu bilamana Dahlan Ismail memberitahu bayaran yg diterimanya sekarang.Hanya 3,500 wang perak.Macam mana kamu mahu hidup dikota kejam ni Dahlan!

Sedikit berteriak suara Hambali Hamzah sambil memandang sahabat beliau Dahlan Ismail.Dahlan hanya tersenyum, senyum nipis.Ya senyum nipis, istilah yg digunapakai oleh Firdaus Abdillah (ini nama sebenar).Hambali mengeluh panjang...tak baik mengeluh tapi itulah hakikatnya.Hambali bingkas sambil buntang matanya.Sertai aku Dahlan Ismail!Akan aku jadikan kamu orang kanan ku.Hanya kamu yang aku percaya Dahlan!Dahlan masih tersenyum..dia kenal benar Hambali, manusia yg berpegang pada kata kata.Tidak pernah mengecewakan.Tapi adakah Dahlan Ismail bersedia utk anjakan baru ini?

Hanya Dahlan Ismail yg mampu menjawab semua persoalan.............

6 comments:

Linglung said...

lu sebagai penulis takkan tak tahu??

Jarr said...

lu nak try trick gua ni derr...ahahha

frwls said...

ikutkan rasa kelak binasa, kerasnya hati membawa mati. - amuk - akar dan bumi

Jarr said...

iwal - gua syak lu tgh layan rock klasik punye kompilasi la ni kan?

Sang Penulis said...

Basiron Abdul Fatah tau?

Jarr said...

mcm mana lu tau nama penuh basiron ni?