Tuesday, November 30, 2010

Kali Ni Betul Betul Review Sembang Kencang & CPD

                                         Gambar diatas lepas gua makan nasi.

Gua baru abis baca kedua buku sukan indie berprestij tahap Sheikh Nizam Yaquby punye tinggi. Apa yg boleh gua keutarakan tanpa prejudis dan kenyataan bias, kedua buku ini sgt "worth it" kata orang putih, utk dibaca.Baca masa bila? Itu suke ati lu orang la nak baca masa bila, buat mcm Luca DK baca dlm jamban pon buleh.Hari Sabtu malam lepas pulang dari UYA Distro di Subang, setelah 12 belas tahun gua janji ngan Luca nak pegi UYA, hanya terlaksana Sabtu malam lepas.Alaa, Sabtu malam yg kelab bola Anton LaVey menang 7-1 tuu, ade gua kisah kot?

Sejurus gua parking kereta, gua berlari anak menuju destinasi ditingkat satu.Pada mulanya sifat naive gua memberi penjelasan yg salah bahawasanya UYA bukak cafe minum sekali kat bawah, cilake.Masa gua menjejak kaki di anak tangga pertama, gua dah terasa aura yg gua akan disoal brader brader otai kat situ.Soal ape?Itu belakang citer.Tak penting.

Di UYA gua usha usha sekeliling. Haram sorang gua tak kenal, Luca DK yg sebelum ni gua tatap wajahnya hanya di FB tidak kelihatan, begitu juge brader bolasepak ART, Pipistuta, tak kelihatan.Sembahyang Isya' berjemaah barangkali brader brader ni, getus hati gua.Terus gua capai hp gua dail no.Luca.

"Lu kat mana?"

"Gua kat luar bhai, ade event, MAHA 2010 kat serdang ngan Pipi"

"CPD ade lagi tak?Gua nak angkat.."

"Lu cari Fateen, amik ngan dia.Lu nak knal Fateen, mata dia besor"

Babi.Gua didunia asing yg sorang pon gua tak knal. Ok, skang misi gua cari Fateen...
Tapi ade brader ni assist gua amikkan Sembang Kencang ngan Cerita Piala Dunia.Gua angkat itu 2 buku, dpt souvenir syempu islamik ngan sticker UYA For All! yg mana gua dah tepek kat peti ais rumah gua.Power to the people!

Sembang Kencang

Seserius Obefiend Weiland gua nak nyatakan yg buku ni mmg cilake berhantu dia punye gaya penceritaan.Suka duka saudara Fdausamad dari zaman dia dlm scene eskem kacang kedai O'ie sampailah pengaruh Kak Boya dlm hidup dia dan cerita Hanip tolong jawapkan paper MEB dia dan bagaimana dia struggle nak kekalkan prestasi sembilan per pat puluh utk paper tu mmg buat gua rasa nak tendang pintu jamban rumah gua.Cerita cerita yg betul betul bisa membawa lu orang ke alam yg sama dan seperti berada disitu.Gaya hidup kampung yg mana kebanyakkan kita lalui sebagai budak budak dulu, disampaikan oleh Fdausamad berdasarkan pengalaman beliau yg mana ade pada diri kita juge.Cuma beliau mengolahkan kejadian tu lebih humor dan bersahaja.Hinggalah alam universiti dan alam berumahtangga beliau yg bahagia.Apa sengal Fdausamad bertunang dalam tido?Nak tau, sila tangkap satu ini buku.Terhad, dah nak abis dah gua tgk kat UYA tu hari.

Cerita Piala Dunia

30 tahun kedepan gua berani bet yg buku ni akan jadi panduan FIFA dalam menilai atau mewujudkan KPI utk sesebuah pasukan berstatus antarabangsa.Amaran awal gua buat juak juak Manchester United, lu takkan jumpa citer pasal Rooney konkek nenek tua, Berbatov itu lazy genius mahupun apa sarapan kegemaran Scholesy.Dan penyokong Chelsea takkan disuap dengan cerita kenangan bersama The Special One (lepas el classico semalam, nama dia The Special 5), atau bagaimana ke"klasemen"an pertama mereka hadir selepas 50 tahun jadi pasukan hampagas.Bukan, bukan itu yg akan disogok dlm buku CPD ini.Kepakaran penulis CPD, Lucius Maximus memang tak dapat disangkal lagi.Umum mengetahui, terutamanya pembaca pembaca setia Sokernet, laman web rasmi bolasepak antarabangsa versi satira dan parodi bolasepak kenal siapa itu Lucius Maximus.Bait bait beliau dalam setiap perkataan menggambarkan betapa teliti beliau mentelaah kesemua 32 pasukan bertanding di Piala Dunia 2010 Jun yg lalu.

Dan penceritaan ttg pasukan bertanding bukan hanya bolasepak semata.Dari sosio ekonomi, populasi, kebarangkalian negara membangun dan sampai tahap KDNK pon Lucius petik.Tu belum masuk bab ranking negara bertanding tu negara termiskin, ranking rasuah, presiden yg mcm palat,dubuk liar dan tumbukan padu keudara.Dan satu lagi kekuatan CPD terletak pada penulis tamu yg terdiri dari sidang redaksi Sokernet sendiri.Nama nama besar seperti Awi Rui, Dingin, Jorji, Obefiend, Nazri Vovinski, Fdausamad dan Pipiyapong menguatkan lagi naskhah Cerita Piala Dunia dengan ketajaman mata pena mereka utk mengulas senario bolasepak dunia dlm berhumor sebagai penyedap cerita.Rata rata penulisan Lucius Maximus mmg memberi gambaran dan perjalanan bolasepak berserta fakta yg kukuh dan tak boleh disangkal waima oleh Sultan Bola sekalipon.Imbasan sejarah tiap pasukan bertanding dan bagaimana mereka menjadi salah satu kuasa bolasepak dunia dicerita kan dengan teratur berserta info info yg lu orang sendiri tak penah terfikir nak amik tau sebelum ni.

Tapi satu je, pembuka kata Bart Ahmad buat gua tersedak biskut hup seng yg gua tgh makan bila ayat dia, "liverpool kelab ala kadar" menjelma.

Gua telan jer sebab dah bayar RM25 hengget.Nak cakap apa, ye dak?

Jadi beli la buku CPD secepat yg mungkin. Gua tgk kat UYA tu hari pon tinggal kotak ngan habuk je.Lambat abis.

Salam.

YNWA!! 

13 comments:

MOFASAD said...

buku tu lu jual murah jela kat gua.. macam bundle... murah sket

Jarr said...

bab bab ni gua takleh kompromi..nak gua potostet pastu binding? mcm kajian tempatan tingkatan satu?

farwalis said...

aku dah agak mesti ada selit kutuk liverpool.

sbb tu jauh je aku rasa uya tu. kakakakkaka

Jarr said...

biskut hup seng gua dlm paket terus lembik mcm kena cicah air..

Jef Hadi said...

lawa baju.

kalau buku tak boleh kira bundle, baju bolehlah agaknye, ye dok?

keh keh keh.

Jarr said...

kah kah kah..
brader kat UYA pon dah gegar gua pasal baju tu..goyang jap.

buleh buleh.nnt kita kire.

adinda anna liyana said...

erk...bukak booth kt MAHA ke?
buku tu xd jual kt maha ke? hehe..

mai la singgah umah. kt serdang je pun..

hanie said...

SK dah lama wa tangkap..
tapi SPD tu...50-50 nk cekup satu..haha

Jarr said...

Yana - Luca ngan Pipi kat MAHA.tak sure plak deme berdua bukak booth ke apa.hehe

Hanie - takleh 50-50.nanti abis.tak caya tanya gua.

Jorji said...

walau kita lain fahaman, tapi saiz baju sama..

bila nak pass baju kat aku?

Jarr said...

walaupun kita lain fahaman tapi saiz baju sama, malangnya aku suka baju tu.camne nak pass?

keh keh keh.

zan said...

brader yang assist lu tu agak kacak bukan? hahaha

Jarr said...

zan - kah kah kah..ye!
dan dia juge berhemah tinggi kasik gua syampu byk byk serta sticker UYA!...gua harap dpt berjumpa dia lagi pasni..