Thursday, December 2, 2010

Kancil Hijau

Seingat gua benda ni dlm tahun 2001 kot kejadiannye. Masa tu gua duduk ngan sepupu gua kat AU3 Kelumpuk Sunding Malam, nama dodgy giler.Seram gua.
Satu malam Dak Adik ajak gua keluar huha huha kat KL.

"Oi lahabau, jom kuar gi clubbing?" - pesen org melaka bermesra.
"Ok...gua siap, nanti sampai lu hon je ok babi?' - gua balas balik kemesraan gaya org melaka jugak.

Dak adik sampai hon gua bagai nak giler.Abis brader brader kat bawah terkujat.Dia ni pesen mmg mintak pukul hon malam malam mcm tu.Gua turun, senyum skit kat brader brader.

Pastu brader sound, "Jarr, kawan kau tu tak penah jumpa hon ke?"
Gua senyum tak mampu nak jawab.Rasa nak naik atas balik semayang Isyak.
Dalam kereta gua tarbiyah Dak Adik...

"lu lenkali jgnla hon mcm org nak mamposs..lu tau je la perangai brader2 sini camne" kata gua sambil usap kepala Dak Adik.Ambil berat.
"Ahhhh...poyo la brader brader tu..ingat kat Keramat gua takde backup ke?" balas Dak Adik nak menegakkan kote yg payah nak naik.
"Kalau setakat lu nak citer backup bebudak Zahid yg selalu main bola kat AU tu takyah la dik..paling kurang lu kena ade backup abang abang MINDEF tu.." Gua masih cuba nasihat Dak Adik.Kali ni gua urut urut belakang leher dia kasi tenang jiwa.

Dalam duk membebel, gua perasan rokok gua dah abis.

"Dik, lu berenti 7-11 keramat tu jap, gua nak angkat sigup (rokok)"
Mulut gua masih membebel perangai Dak Adik..gua nampak mata dia dah bergenang tanda insaf.

Gua berlari anak masuk 7-11, utk pengetahuan lu orang, 7-11 keramat tu satu satunya 7-11 takde jual arak.Bapak Marina member gua sound 7-11 tu jgn jual arak, bapak dia imam.

Keluar 7-11 gua terus masuk kereta tanpa pikir panjang.Gua terus sambung membebel kat Dak Adik.Bla bla bla..lu takleh mcm ni..lu takleh macam tu..bla bla bla.Dak Adik diam.Takutla tu, gua tau sangat.
Tetiba...

"Bang, saya tgh tunggu bopren saya gi beli nasi, abang kawan Shamsul ke?"

Gua kaget.Shamsul mana?

Cilake. Dak Adik terbahak bahak kat kereta sebelah.
Gua starlite satu kat dahi gua sendiri sambil suruh Dak Adik cat kancil dia warna lain pastu.
babi betul kancil hijau ni.

16 comments:

citahrudin said...

jelas lah di situ, lu belum boleh menjadi pembebel yang hebat

J@J@ / Bini The Rock said...

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH


gua 1 kapal dgn Dak Adik nak gelak kan lu!




:D

Jarr said...

citah - gua belajar dari kesilapan.mmg gampang rasanya masa tuh..

Jaja - kah kah kah. satu hari lu kena baru tau.

h a n i e said...

kahkahakahkah!! malu dia jgn ckp..dia punya tunduk tu...rasa macam kepala sama level dgn lutut. malu siot.


yg benar,
mangsa kejadian lebih kurang sama

Jarr said...

Hanie - gua rasa muka gua ngan tayar kontena lebih kurang je masa tu..bapak tebal.kah kah kah

talkIZcheap! said...

tu lah, lu nak sound2 orang tak pandang2 kiri kanan dulu...

kah kah kah...

baca version lecturer aku plak kat entri aku, ha-HA!!

Linglung said...

kahkahkah!! lu sembang lebat sampai tiris baru nak sedar masuk salah kereta?? mantap!!

Jarr said...

Iz - warna kereta tu mengelirukan gua..salah gua jugak ke?

Linglung - satu hari lu kena lu tau...kahkahkah

frwls said...

bagus 7-11 tu. dengar cakap orang

Jarr said...

Iwal - imam yg sound.tak ikot kang jadi biskut hangus plak..kah kah kah

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. said...

kahkahkah. gile la weh. kalo gua, terus gua sumbatkan muka dalam ekzos.

Jarr said...

dany-ekzos bapak panas..tak ensem la gua nanti..kahkahkah

Ah Chik said...

malas gua gelak.



tak cukup lawak lagi



(hahahahaha komen gua nie lawak!)

Jarr said...

acik - kah kah kah dont try too hard acik...just enjoy the writing.it's not meant to make you laugh..it was experienced.

if you still have the sense of humour then smile..tapi komen lu quite lawak also la..=))

y.a.n.a said...

lenkali u jwb jela, shamsul da balik, dia suh i teman you..

hidup kena pandai melindungi kemaluan jarr..

nice one.

Jarr said...

melindungi kemaluan?ngaaaaaa :p