Friday, January 15, 2010

Isap Rokok Kat Stesen Minyak

Kalau ikut logiknye tersangatlah bahaya kan?
Silap silap lu boleh tgk kesan khas mcm dlm Lethal Weapon 4.
Tahun lepas masa nak gi makan reramai ke Carini Stall, Selayang.
Sedap weii...Chinese food yg dimasak oleh mualaf.Aku dah check tukang masak dia,konpem dah sunat.
Ok..aku tatau nak gi sana sebab pestaim masa tu..
Janji ngan Mukh,Morph,Tapa & Erfi kat Caltex sebelah Warta lama.
Seperti bese aku lambat skit.Sebab masa aku sampai Erfi belom sampai..
Yg dah ade duk terpacak,Mukh (family),Morph dan Zante dan Tapa The Broccoli Man - nanti aku citer napa Tapa dapat nama cool nehh.

So masa tgh tunggu erfi sampai - cilake janji portugis arr ko neh.
lepak depan convenient store caltex tuh.
Tapa tanpa segan silu menyalakan Perilly's kotak 25 batang dia tanpa rasa takut langsung.
Morph dah pandang kelat semacam.
Utk pengetahuan korang,Morph dlm group kiteorang merangkap Chegu Besar dlm papehal.
Mukhriz pula bertindak sebagai Penolong Kanan.
Manakala aku ngan Erfi lebeh kepada Cikgu Matapelajaran biasa.

Antara dengar tak dengar, Morph memberi kata kata nasihat kat Tapa tentang bahaya isap rokok kat stesen minyak.Denda satu hal, kalau meletop?Yg kena dulu mesti Honda Morph ngan Kereta Kebal mukhriz.Satria Jumper Tapa takde hal lah...dia dah nak wat tukun bulan May nanti masa trip Tioman.Katanya nak amik Cherokee,bunyi dah mcm Choki Choki pon ade.

Tapa dengan muka sengih tak ikhlas menyerap semua kata kata hikmat Morph.Tapi dlm kepala aku duk main satu gambaran,aku penah tgk Charles Bronson, Jason Statham dan beberapa hero Hollywood isap rokok kat stesen minyak rilek jer?Jangan kata meletop, org cemas lari bertempiaran jauh sekali nak tgk.Jadi apakah reason takleh isap rokok kat stesen minyak?sistem keselamatan stesen minyak Selayang ngan Hollywood lain ke?kalau lain, nape kita tak implement teknologi sama mcm stesen minyak hollywood?

hmm..pastu kami pon pergi mentekedarah kat Carini.
Tu jer aku nak ckp.


Dari kiri: Tapa The Broccoli Man,Morph,Gua dan mukhriz.Belakang aku tu kereta kebal mukhriz.




5 comments:

Elmira said...

i tgk kat mythbusters, derang buat experiment seme... then derang kata its busted. not true la tu hehe. rasanya asalkan takde minyak berlimpahan dekat situ, and korang pun tak isap okok bebetul kat pam tu, ok la kot?

Adreen said...

aku nak offtopik.

lenkali bergamba mcm tu, ko tolonglaa berdiri depan skali.
yg amek gamba ni pon tak reti ke nak ekjas kedudukan?

Jarr said...

El - ha'ah..semalam i dah try El..mmg takde pape and tak meletop.Cuma akak cashier kat dlm je meletop ngan perangai i isap rokok kat pam.

Kuden - itu camera trick arr babe.dorang potosop dan nak menjejaskan aku..ko paham kan kenapa?

morpheuzneo said...

why take risk?

anda bukan saja membahayakan diri sendiri .. malah orang lain dan keluarga anda juga..

hehehe.. morph datang sini. abeh laa korang.. :p. mesti nyampah kan.. di mana-mana pun ada.. :p
Takleh merokok di pam minyak woii.. guna handphone pun takleh.

Jarr said...

wahahahaha...giler ahh morph dtg blog aku.kau dengar aku seru nama kau ke apa?wahahahahahha..

aku mana penah isap rokok kat pam minyak..ni kisah tapa nehh. :D

tapa dah insap,skang dia isap rokok kat carwash buih...sebab kalo terbakor senang,dah standby air..=|