Wednesday, January 5, 2011

Tahun Baru Yg Lama

Ok skang aku baru masuk kerja.Banyak benda tak terlaksana sepanjang 2010 tapi itu bukan alasan utk aku melupakan terus apa hajat aku tahun lepas.Oh ye, aku tak sambut tahun baru 2011 walaupun itu anniversary aku dan Mem.Cuma aku ucapkan selamat utk dia dan semoga menjadi isteri dan ibu yg baik hendaknya.Sambut tahun baru?Nope.Cuma kebetulan malam tu aku nampak kat Big Cinema ada tayangan Hantu Kak Limah Balik Rumah, dah la payah nak booking.Sepanjang minggu aku cari citer tu takde.Tetiba malam New Year ada showing plak.Tanpa berlengah, aku booked 11 tiket dewasa dan 8 kanak kanak.Ok Syakira ngan Farhana aku kencing budak wayang tu ckp dorang kanak kanak walaupun Syakira dah abis SPM dan Farhana dah form 2.Alah dorang kecik jer, masih kanak kanak la tu.Apadahal.

Tayangan 11.15pm, dan abang ipar aku Azhar bukak citer gampang pasal Big Cinema kat Brem Mall tu.Citernye anak pompuan si Annie kat taman aku gi tgk wayang midnight, masuk kemain ramai org tgk citer tu (citer apa aku tatau, lu orang tanya Annie sendiri).Abih je wayang baru anak Annie perasan yg rupenye dorang 3 orang je sebenarnya tgk wayang tadi.Abih sapa yg ramai ramai dlm wayang tu tadi?Bangla pasang skrin wayang tompang tgk ke apa?

Aku takde la cuak mana pon dgr citer tu.Aku penah tgk wayang kat situ ngan Mem ngan Adam bertiga jer.Takde pon ramai ramai join kiteorg tanpa diundang?Dorang tak berminat kot..tgk citer gak arr, pikiran aku la.Usai menonton Hantu Kak Limah Balik Rumah kami cari makan la apa lagi.Lapor kemain, cilake kemain sejuk aircond big cinema tu, pakai blower ke apa?Sedikit pasal Hantu Kak Limah, ok citer tu mmg kelakar dan Usop punye lembut mmg celaka.Kak Limah lagi celaka, Enjit Enjit Semut dia menyusahkan aku.Sampai skang Adam takmo naik atas sorang sorang sebab terngiang ngiang lagu enjit enjit semut Kak Limah.Ok itu review pendek giler babi aku pasal filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

3hb Januari 2011
Bermulanya persekolahan anak jantan aku Muhammad Adam Harrazz.Sekolah yg bertajuk Sekolah Agama Hidayatul Mustaqimah.Hari pertama dia disekolah sangatlah steady, anak bapak.Cool dan bersahaja tanpa mempedulikan budak budak lain yg jadi Spiderman panjat grill nak balik,yg menjerit ala ala Dani Cradle of Filth,yg buat suara grindcore,yg kencing takmo pakai kain balik sampai sudah.Tak kurang juge yg gigit Ustazah..tarik jilbab sampai koyak.Uishh..aku dah cuak memula memikirkan Adam yg akan terpengaruh ngan anasir anasir mcm tu.Aku bisik gentle kat Adam, "Adam good boy, so takmo nangis ok.Make me proud Lad!"
Adam menggangguk dengan ego dan muka poyo sambil tunjuk isyarat "bagus" kat aku.Ok aku dah bangga skit.

Dia masuk ke hadapan kelas 5 Nur.Ustazah Ain suruh murid murid duduk.Adam duduk dan pandang aku sambil senyum dan sekali lagi tunjuk isyarat "bagus".Ok kali ni bangga aku dah banyak skit.Murid murid 6 tahun iaitu sesi pagi dah nak abis kelas lagi 5 menet.Sesi 6 tahun ada sepupu Adam 2 orang, Daniel dan Farish.Itu yg membuatkan Adam tak rasa pape yg boleh menggugat kekentalan diri dia kat sekolah, pikirannya Daniel dan Farish ada, apadahal?Murid2 disuruh berdiri, Ustazah Ain memberi arahan."Angkat kedua dua tangan kamu"...ok bab ni aku salah kan Ustazah Ain, lain kali kasi arahan biar semenggah sikit.Maksud dia angkat kedua dua tangan kamu dengan intention murid2 5 tahun ni paham kedua tangan mereka itu diatas bahu.Tapi budak budak mana pandai menipu, apatah lagi awal awal aku dah pesan kat Adam, "Ikut apa Ustazah ckp, jgn melawan".Ye, bebudak ni angkat kedua dua tangan keatas la, dah itu yg disuruh.Ustazah Ain tak ckp angkat tangan atas bahu.Fail.

Murid 6 tahun beredar keluar, Farish dan Daniel dtg ke barisan Adam menegur sepupu mereka yg baru kenal alam pra persekolahan ni.Gelak gelak semenet dua, Farish dan Daniel beredar keluar sekolah.Adam kaget.Dia pandang aku tanya sepupu dia nak kemana.Aku jawab tenang supaya dia pon bertenang."Farish ngan Daniel dah abis sekolah pagi, dorang nak ngaji plak."
Muka dah lain, pipi dah merah..dada berombak.Aku tenangkan lagi, suruh dia kenal kenal ngan kawan baru.Alhamdulillah dia ok hari pertama di sekolah.

4hb Januari 2011
Hari kedua totally different!Adam rupanya ada bakat buat suara Dani Cradle of Filth dan ada satu part tu suara dia dah mcm Type O Negative ngan band Gorefest!!Tapi alhamdulillah dia jenis kejap je sebab pastu dia jumpa kawan baru dan main tak tgk kiri kanan.Tapi bila aku tanya apa nama kawan baru dia, dengan konpiden dia menjawap, ntah.Ok takpe, permulaan yg baik.

Dan up to date hari ni, Mem baru lepas call Adam dan intonasi perbualan sangat memberangsangkan.

Adam: Assalamualaikum Mummy, Adam nak gi skolah dah.Mak Lela antarkan.

Mem: Good boy sayang mummy.Takmo nangis tau.Be good.

Adam: Hahahahahaaha. (malu sendiri la tu.)

Tak sabar aku nak balik tanya dia apa dia buat kat sekolah arini.Dan tahun baru ni aku ucapkan semoga kita menjadi lebih baik dari sebelumnya.Amin.

Wassalam.

5 comments:

Pet Shop Boys said...

Happy Nu Year Jarr...

h a n i e said...

anak steady..bapak? slow2 lap ayor mata dalam kereta..kahkahkah

Jarr said...

Pet - happy nu year bro. YNWA!hehe

Hanie - takde kojer teman nak ngelap ayor mate nye..suke aje nengokkan bebudok ni sekolah.

afendi ariff said...

blum djh 1 anak ko bro?

Jarr said...

belum ah. aku muda lagi..ahahah