Thursday, January 13, 2011

Kaset Lynyrd Skynyrd Haji Mohidin

Tak ramai orang kampung tahu apa minat Haji Mohidin waktu muda muda dulu.Apa yang orang kampung tahu cuma dia tak sebulu dengan Amar Pu'ad anak Lebai Simpon.Tapi itu dulu, masa Haji Mohidin baru balik haji.Masa tu betul berubah Haji Mohidin punye perwatakkan.Kalau dulu petang petang Haji Mohidin berjalan sekitar kampung naik Lambretta dia pakai seluar pendek khakis ngan baju putih Pagoda siap sangkut suspender.Tak lupa Ray Ban lipat yang dibelinya masa bercuti ke Padang Besar.Sekarang payah nak nampak semua tu kalau tak jubah je 24jam ngan serban lilit kepala.Dah gaya tawadduk kalau tengokkan Haji Mohidin skang.

Kisah Amar Pu'ad ditampor berdesing oleh Haji Mohidin berpunca dari kebebalan Amar sendiri.Dah tahu orang tua tu suka tengok siri Remang Remang Kotaraya, lagi gatal tangannya menukor channel cerita Macgyver.Haji Mohidin memang pantang dengan pengaruh pengaruh barat.Sesat katanya.
Amar terlalu urban waktu tu, maklumlah kerja dibandor..jadi Supervisa gamak eh.
Bertitik tolak dari situ Haji Mohidin memendam rasa terhadap Amar.Nak dilempang kuat kuat, nanti Lebai Simpon sentap. Cuma dia berharap suatu hari si Amar buat satu kesilapan yang sewajarnya untuk dia menjadikan alasan kukuh menampor Amar. ~ tak guna punya Haji, ade ke pasang niat macam tu.

Suatu petang Rabu,usai solat Asar Haji Mohidin duduk duduk diberanda.Dah kalau duduk saja takde hidang kopi tak sah, ye dak?Dilaungnya nama isteri beliau Hajah Kimah Dentum suruh buat kopi.Dah mmg jenis isteri taat, tak sampai sepuluh menet kopi siap sekali dengan kuih.Kuih bukan sebarang kuih, Hajah Kimah Dentum sempat buat kuih kegemaran Haji Mohidin, blueberry cheese tart.Kemain lagi.

Sedang enak Haji Mohidin menikmati blueberry cheese tart sambil tutup mata, Amar Pu'ad datang bagi salam kemain kuat.Tersedak Haji Mohidin, dah la kuih tart jenis berabuk.Terbahak bahak orang tua tu.Inilah masanya aku boleh tampor si Amar Pu'ad..getus hati setan Haji Mohidin.
Dijawab salam Amar Pu'ad lembut sambil jemput naik atas minum bersama.Langkah kanan Amar Pu'ad arini.Haji Mohidin perlahan sorok piring berisi Blueberry Cheese Tart kat belakang, dia nak lagi mana boleh kasi orang makan.Amar menyeringai depan Haji Mohidin.

Haji Mohidin: Jemput minum Amar.Apa hajat datang rumah petang petang macam ni?
 
Amar: Hee hee hee...segan nak cakap ni Haji. tapi boleh ke?
 
Haji Mohidin: Belum cakap dah tanya buleh tak buleh..lagu mana nak kata bulehhhh?Habaq mai dulu la..
 
Amar: Kat rumah ada radio lama Haji, saya dah repair boleh pakai.
 
Haji Mohidin: Oooo..abis kau nak jual ke aku ke apa?Boleh dpt siaran orang bang tak?
 
Amar: Ohh..bukan nak jual Haji, nak tanya Haji ada tak kaset kaset lama saya nak pinjam.
 
Haji Mohidin: Kaset lama?Lagu Kuswadinata aku ada la...kau nak buat apa?
 
Amar: Eh Kuswadinata takmo lah Haji..tadi saya jumpa Fernando Torres dia cakap Haji banyak simpan kaset ngan poster Lynyrd Skynyrd?


Itu adalah sebab musabab Amar Pu'ad ditampor berdesing oleh Haji Mohidin.Dah terang terang orang tua tu tak suka pengaruh barat.Jadah dia gi tanya Lynyrd Skynyrd ngan orang tua tu.Fernando Torres plak saja pedajal Amar Pu'ad.Cilaka musibat betul perangai kawan kawan macam tu.


notabuntot: Gua sambung drama Aku Linglung kat sebelah.Buleh?

8 comments:

Sufi Sembrono said...

ceh..apa daa Haji Mohidin.. lain kali makan lah fruit tart

Jarr said...

orang tua ni ada kencing manis..terlebih fiber pon tak buleh..mana nak tahan gout lagik..kapish?

Sufi Sembrono said...

cehh tu pun ada hati nak tampo orang!

Artoone said...

kalau aku jadi amar, lama dah kecik ati hj mohidin sorok cheese tart. makanan sedap kena la kongsi, ye dak?

Linglung said...

hahaha...kalau amar tanya kat gua pun gua yakin gua akan lempang Amar tu, apa gila Lynyrd Skynyrd tu? nak sebut pun kemain susah lagi..

petai mana petai?

Jarr said...

sufi - sakit sakit jugak,bila bab berdakwah Haji Mohidin serius.ahha

Artoone - Hajah Kimah Dentum buat cheese tart 5 ketul je..Haji Mohidin nak lahap semua.Mana dan.

Linglung - Amar minat lagu Sweet Home Alabama, tu pasal mintak Lynyrd Skynyrd.Oh ye eh, petai gua lupa.Cilakak. kah kah kah

J@J@ / Bini The Rock said...

Hj Mohidin tu ada darah Tinggi ke aper?? asek nak melempanggggg aje!

Jarr said...

jaja, aku syak Haji Mohidin ada masalah urat saraf.tak pun kenan.