Wednesday, January 12, 2011

Penceritaan Harus Luarbiasa

Terus terang aku ckp, aku tak pandai menulis.Kalau tetiba ade orang gelak bila aku menulis, aku anggap mereka gelakkan 2 perkara,

  • sebab citer aku kelakar nak mamposs (ye mmg perasan tak hengat disitu)
  • sebab penulisan aku bodo piang abis. kah kah kah
Tapi aku rasa melalui penulisan aku dpt mcm mcm idea.Kekadang terpikir jugak, perlu ke aku buat percubaan keluarkan buku?Kah kah kah bangang punye cita cita.Aku nak citer pasal apa?Pengembaraan Basiron?
Bila dipikir balik, tak payahla kot..belum tentu Luca DK nak print buku aku..kah kah kah.
Tapi serius aku katakan menulis dpt membuat aku jadi lebih tenang kalau tgh marah or upset...tak semestinya meluahkan semuanya dlm bentuk penceritaan tentang perasaan ketika itu.Ia boleh dijelmakan dalam bentuk cereka fiksyen atau paling kokak dalam gaya penceritaan lawak yg bodoh tapi masih sedap dibaca.Susah bukan?Aku tak berada dalam satu pon gaya penulisan tu..jauh sekali dari sifu sifu penulisan di alam maya yg duk ada ni..sifu sifu tu aku maksudkan mcm Nazri,Pipi,Pidomat mahupun Lucius Maximus dan tak lupa saudara Sinaganaga.Oh ye kenapa aku tak sebut blog dan gaya penulisan Hanis Zalikha kesukaan ramai?Tahap luar biasa beliau terletak pada keindahan yg dikurniakan Tuhan terhadap beliau ditambah gaya santai beliau dlm menceritakan kehidupan beliau.Apa yg aku cuba ceritakan dalam entry kali ni tentang perjalanan dalam menghasilkan sebuah karya agung atau kata kapitalis masterpiece itu sendiri.

Memetik kata kata Aqasha, pelumba haruslah luarbiasa, pertaruhan harus luarbiasa.Okeh aku tatau apa kaitannya entry ni ngan dialog Aqasha.Abaikan.

Contoh cerita luarbiasa.

Dalam remang senja di Kampung Malim, sekonyong konyong terlihat Amar Pu'ad berjalan membawa obor menerangi jalan.Haji Mohidin berjalan sedikit pantas menghampiri Amar lantas menampar Amar sekuat hati hingga terlerai kilas kain pelikat beliau.Nyaris menampakkan boxer gambar Mr.T.Amar menahan pedih, mengerut muka beliau.Haji Mohidin nafas turun naik menahan marah campur mengah sebab jalan laju.Amar bingung dengan pipi yg kebas dek penampor sulong Haji Mohidin.

Apa sebab Amar Pu'ad di tampor Haji Mohidin?

Okeh ini yg luarbiasanye..sebab aku pon tatau kenapa Haji Mohidin gila babi gi lempang amar Pu'ad.
Luarbiasa bukan?

13 comments:

h a n i e said...

peh..wa tak reti nk komen pesen luar biasa.. ke mcm mn?

hahahah

Jarr said...

komen lu dah cukup luarbiasa dah tu hanie..gua tgh kaji mendalam.

MOFASAD said...

aku?

Jarr said...

cilaka. lu dah lama tak apdet blog.Gua lupa..tolong ingatkan gua please?

Linglung said...

padan la! update blog dah rupanya! kahkahkah!

Dalam pekat malam, Fernando Torres menyelinap keluar daripada kelambunya. Berboxer merah, berbaju merah, beliau pelan-pelan keluar dari bilik. Isteri di katil nyenyak disantau mimpi bersama lelaki lain.

Fernando Torres menSMS Haji Mohidin, diajaknya Haji Mohidin untuk keluar mengopi di warung hujung kampung. Selepas 5 minit, SMS Fernando Torres belum berbalas.

bersambung lepas lu update blog lepas ni..(lambat lagi gua rasa)

*Cerita di atas akan gua up untuk next entri gua sekejap lagi*

Jarr said...

hahaha lu siap nak buat sambungan. Lu lagi luarbiasa bhai...gua saspek!!

terima kasih utk UP itu.haha

pasni gua akan rajinkan diri hapdet blog gua ok.

Linglung said...

hahaha..btw, UP tu menatang apa ya? gua kurang arif, maafkan gua..hehe

Jarr said...

nanti jap gua refer kamus 1119 ok.

afendi ariff said...

lu mmg nk kena lempang mcm amar jgk nmpknya...
heh!

Jarr said...

lu kena belajar ngan Haji Mohidin dulu camne berjalan laju.

Linglung said...

derr, gua dah siapkan sambungan cerita Haji Mohidin dengan Amar Pu'ad ni, sila baca dan maki...kahkahkah!

Jarr said...

kah kah kah terbaek.
skang gak gua gi baca!

Encik Tikus said...

alipantek !