Friday, September 30, 2011

Cinta Penunu Bunsen: Achai Make A Move

"Dalam mencari cinta sejati,hati yang putih dan jiwa tanpa warna menentukan gerak hati dan naluri untuk menilai siapakah dia dihati kamu."

Suatu pagi hari Isnin tatkala murid semua muka macam musibat dipaksa ke perhimpunan, sekonyong konyong terlihat susuk tubuh Achai berjalan ke bilik makmal untuk memulakan rutin harian.Cuma yang sedikit pelik pagi itu ada bunga ros sekuntum ditangan beliau.Apa gila Achai bawa bunga pergi sekolah pagi pagi begini?Tenang, nanti penulis akan beritahu kenapa dia pegang bunga pepagi buta.Gile sepera si Achai ni gamaknya.

Mata Achai melilau kearah stage di padang astaka sekolah.Beliau masih berdebor-debor sambil mencuri pandang kelibat Cikgu Syafika."Eh mana Cikgu Syafika bakal suri hidup aku ni...". Achai sedikit mengeluh bila tak nampak buah hati.Sedang terhendap-hendap balik tiang koridor, "Assalamualaikum Syahril,awak buat apa terhendap hendap ni?" Suara garau sama macam Hamid Gurkha menyapa.Kemain melompat melatah si Achai terperanjat.

"Errr..err...tuan pengetua,hehehe..saya tengok bebudak ni beratur.Teringat zaman saya bersekolah dulu..". Achai menipu tanpa baca bismillah.

"Tulah..siapa suruh sekolah tak abis,kan dah terkenang,menyesal.Eh ni bunga ni untuk siapa pulak?" tanya Pengetua Harun.

"Aaa?Bunga?Oh...errmmm...aaa...bunga ni..bunga ni...." Kebetulan pula Aisyahtun Bahiyah,kerani sekolah janda anak satu ni lalu tepi Achai,spontan saja Achai kabo, "Bunga ni untuk Mek Tun, Pengetua!"

Wahh kemain senyum simpul mati Mek Tun beri kat Achai.Dahi Achai berpeluh tak patut.Apsal la gampang sangat mulut beliau kabo bunga tu untuk Mek Tun.Melentok-lentok badan Mek Tun malu dek seprais si Achai yang bangang tak beragak nak cover line.

"Wahh ada hubungan rupanya kamu berdua ye?Baru saya nak masuk line ejas Mek Tun.." Pengetua terus berlalu sambil membebel terlambat seminit nak tekel Mek Tun.

"Terima kasih ye awak.Tak sangka awak dalam diam ada hati kat saya..hihi" Mek Tun tekup mulut ketawa kecil.

Achai senyum kelat tinggalkan Mek Tun terpinga-pinga yang tengah syok sendiri.Sekarang Achai bingung mana nak cekau bunga ros baru nak di kasi ke Cikgu Syafika.Takkan nak petik bourgenvilla kat laman sekolah?Jadah apa kasi bunga kertas ke awek ye dak?

Dari jauh disudut tingkat 2 bilik guru,rupa-rupanya Cikgu Syafika yang dalam perjalanan turun ke perhimpunan nampak segala kejadian antara Achai,Pengetua Harun dan Mek Tun.Entah mengapa hati beliau berasa cemburu tiba-tiba.Cemburu akan sekuntum bunga ros yang diberi Achai pada Mek Tun.

"Ahh..jatuh cinta kah aku pada Syahril...tolong jangan buat aku gundah Syahril...hmmm..." Dup dap dup dap hati Cikgu Syafika berdebor.Dengan longlai Cikgu Syafika melangkah anak tangga demi anak tangga untuk ke perhimpunan.Hati beliau serabut berkecamuk dek bunga ros Achai dan Mek Tun.

Di bilik makmal..........

Kemain kusut kepala Achai memikirkan insiden tadi.Apa bala si Mek Tun boleh lalu kat situ.Mana Cikgu Syafika?Lengan urat urat Achai sandarkan ke dahi,kaki disilang atas meja.Sambil pejam mata, Achai berangan dia Shah Rukh Khan dan Cikgu Syafika tu Aishwarya Rai dalam filem Mohabbattein berlari-lari bernyanyi dipadang sekolah yang saling tak tumpah rupa macam kepala Pengetua Harun.Sopak sana sini takde rumput...oh ye Pengetua Harun pesen botak tengah.Barulah kena kriteria seorang pengetua sekolah.Kalau rambut penuh ni biasanya Cikgu Disiplin atau Penolong Kanan je.



Bersambung..............

1 comment:

Azwan Aziz said...

Bila nak sambung ni bro? gua dah penasaran nak tau ending cite ni...haha