Monday, September 19, 2011

Sarah Bukan Pelacur

Dalam lorong gelap yang menjadi lot banglo untuk tikus tikus mondok itulah laluan Sarah ke tempat kerja.Bukan setahun dua Sarah menyusur lorong gelap tu.Dari umur 19 tahun hingga sekarang udah 30 tahun umur Sarah menggunakan lorong gelap tu.Dan selama itu jugalah Sarah menyerap segala cakap cakap manusia sekeliling yang mengatakan beliau seorang pelacur.Ye,pelacur.Bukan calang calang pekerjaan yang manusia manusia ini anggap terhadap Sarah.

Manakan tidak Sarah mendapat jolokan pelacur.Pakaian Sarah mahal mahal belaka.Dari gaun satin jenama Chanel dengan kaki dihiasi Jimmy Choo,cuping telinga dihiasi Rafflesia dan beg tangan kecil Miu Miu.Masakan manusia sekeliling tidak kenal Sarah.Dari kecil beliau membesar dengan Rahman,Fazli dan Shahima di Chow Kit.Membesar dengan hiruk pikuk pasar,menolong ibu angkat beliau Mak Shadikarogi.Dari kecil Sarah tidak kenal erti sekolah melainkan beliau hanya tersenyum senyum melihat telatah budak balik sekolah.Mungkin membayangkan keadaannya jikalau dia memakai uniform sekolah tersebut.

Tapi Sarah punya impian.Dia mahu hidup senang,dia mahu bantu Mak Shadikarogi.Dia tak sanggup melihat ibu angkatnya itu bersusah payah menjual sayur dan buah-buahan di Chow Kit.Dia pernah berjanji akan senangkan hidup Rahman,Fazli dan Shahima bila berjaya kelak.Mungkin Fazli dan Shahima bisa mengecap janji Sarah.Tapi tidak bagi Rahman.Rahman maut pada malam raya tahun lepas setelah bergaduh dengan pendatang dari negara jiran.Perut Rahman dirobek dengan kerambit hingga terburai isi perut beliau kerana berebut kawasan.Begitu murah nyawa manusia dipersekitaran tempat tinggal mereka.

Kehilangan Rahman merentap jiwa Sarah.Dia lupa segala janji janji yang pernah diucapkan bersungguh-sungguh suatu ketika dahulu.Mak Shadikarogi makin merempat,bawah jambatan sudah jadi rumah Fazli menagih dan Shahima tak ubah seperti mayat hidup selepas mengikut jejak langkah Fazli.

Sarah?Ye,misteri kehidupan mewah Sarah masih belum terungkai.Dari mana beliau dapat kemewahan sebegitu dalam masa yang singkat?Sesingkat skirt yang beliau pakai tiap-tiap hari Rabu malam.Malah Sarah turut membesarkan kelenjar mamari beliau.Setiap ekor mata yang memandang Sarah seakan meratah tubuh Sarah yang mantap pejal bergetah di setiap sudut.Malahan Haji Seman dengar ceritanya sehingga sanggup suntik kolagen semata-mata nak nampak muda dan tegang dihadapan Sarah.Ada Sarah pandang?Takde makna de.Sia sia je orang tua tu cucuk kolagen.Sudahnya Haji Seman lepas gian ke Gayah,janda anak satu.Jadilah dari takde langsung ye dak?

Tapi Sarah bukan pelacur....betul dia bukan pelacur.Apa kerjanya si Sarah ni?
Wallahualam..hanya Allah yang Maha Mengetahui tentang hamba ciptaan-Nya..

4 comments:

hanie said...

pehh misteri ni...

tak de sambungan ke abam?

Jarr said...

ade..ade...ade sambungannye.nanti abam nukilkan ok.weeeeeeee

izat123 said...

sarah bukan pelacur.haha.tapi siapa sarah?sarah adalah sarah.sarah ap?sarah la

Jarr said...

izat,sebenarnya gua pon duk bertenggek kat lorong gelap tunggu si Sarah ni.Gua pon nak tau kerja apa budak ni sebenarnya.