Friday, October 9, 2009

Misteri Sebenar Bermuda Triangle

Kita sering mendengar misteri Segitiga Bermuda di media massa dan elektronik.
Tapi adakah kita benar-benar mengetahui kesahihannya?Sekarang adalah masanya saya membongkar kejadian kejadian aneh berkait rapat dengan Segitiga Bermuda.

Pada tahun 1789,April 20.Sebuah kapal dari Perairan Melaka telah melalui Lautan pasifik utk menghantar parcel ke Espana.Adalah dimaklumkan nama kapal tersebut,ok,terdapat percanggahan dalam nama kapal sebenar.Setengah sejarawan mengesahkan nama kapal tersebut adalah Kopi Kapal Layar,ini kerana pedagang kopi memiliki kapal tersebut.Ada pula pendapat dari ilmuwan lain mengatakan nama kapal tersebut adalah Kapal Cap Kaki Tiga,pemiliknya saudagar ubat Kurap berlogo kan kaki tiga.

Jadi kesahihan pendapat ini masih menjadi perdebatan hebat para ilmuwan dan sejarawan.Adepun semasa kapal itu melalui titik pertemuan Segitiga Bermuda,tiba tiba ianya lenyap tanpa kesan.Pendapat yg dipersetujui mengatakan seramai 119 anak kapal hilang begitu sahaja.23 tahun selepas kejadian itu,salah seorang anak kapal tiba tiba muncul dikampung halaman beliau yg kini dikenali sebagai kampung Tok Imam Lapar.
Orang kampung kehairanan setelah 23 tahun kehilangannya.tiba tiba dia balik.Kisah ini ade dinyatakan didlm jurnal pengembaraan Ferdinand Magellan yg membawa Awang bersamanya berlayar.

Adepon lelaki tadi lupa nama sebenarnya,dan dipanggil oleh org kampung sebagai Pedang Tanpa Nama.Dia menceritakan semasa terperangkap didlm Segitiga berpuaka itu,dia telah ditawan dan dijadikan hamba oleh penduduk disitu.Didalam Kitab As Sohibul Al Mohong Tak Agak Agak,Pedang Tanpa Nama menggambarkan kehodohan penduduk Segitiga Bermuda itu dengan lengkap.

"Para lelaki berbadan sasa,berketul-ketul...mereka bekerja keras..mengangkat besi dan guni,tapi senantiasa menutup muka mereka dengan topeng.Manakala yg perempuannya juga menutup muka dengan topeng,dada hanya ditutupi dengan kain jarang sehelai sehingga menampakkan "nipple"[perkataan ini dipelajarinya dari penduduk disitu]..buah dada tersembul keluar,sedikit sebanyak membuat Pedang Tanpa Nama rasa mual dan "luga"[loya]..kainnya hanyalah berasaskan kulit kayu papyrus dan sesingkatnye sampai menampakkan alur dubur[maaf dengan penggunaan bahasa saya],dan dari pandangan hadapan adepun Pedang Tanpa Nama tidaklah pula menceritakan keadaannya.Kerana menurut katanya,hanyalah pandangan hitam yg berserabut"

Adapon misteri sebenar Bermuda Triangle hanyalah sekadar gembar gembur dari pihak yg ingin mengaut keuntungan yg tak munasabah.Cerita tentang makhluk lain tinggal disitu adalah pendapat kedua yg tak dapat disahihkan kebenarannya.Pada pendapat pengkaji sejarah dan misteri dunia terkenal,Dr.Al Bedek Ali Lebong ibn Al Sompet,dia dengan keras mengatakan Bermuda Triangle ade persamaan yg kuat dengan Quattro,Zouk,Ministry of Sound,Backroom dan Planet Hollywood.Persamaan ketara dengan tempat tempat ni ialah kebanyakkan mereka berskirt pendek,buah dada tersembul,dan semua "bertopeng".

Sekian.

Nota kaki:Cerita diatas jangan diambil serious.Merapu meraban semata-mata.

1 comment:

ida zakaria said...

ini dah merapu tahap gaban bang!