Showing posts with label Sanggul Bonjol Mcm Tetek. Show all posts
Showing posts with label Sanggul Bonjol Mcm Tetek. Show all posts

Thursday, September 30, 2010

Soal Beragama

Bab ni agak sensitif kalau aku bincangkan dlm komuniti yg cepat jump into conclusion seperti di Malaysia ini..
Tanpa usul periksa aku bisa jadi target ancaman oleh mereka mereka yg ekstremis..
Tapi apa yg aku nak bincangkan hari ni bukanlah issue yg berat hingga membawa kepada pengertian Fiqh.Jauh sekali Usuluddin.Aku bukan mereka yg bertauliah mahupun dari Majlis Fatwa nak bercakap ttg soal beragama di Malaysia ini.

Baru baru ni timbul perdebatan soal sanggul bonjol yg kebanyakkan diprektikkan oleh muda mudi yg bertudung zaman sekarang.Fesyen tu dari zaman nabi nabi lagi dah ada, umpama menaikkan trend lama pada zaman yg moden ini.Majlis fatwa Saudi dah mengeluarkan fatwa haram cara berpakaian mcm tu berdasarkan hadis nabi yg kuat mengikut nas dan dalil serta disokong ulama ulama yg bersependapat ttg hukumnya itu haram.Majlis fatwa Malaysia belum mengeluarkan apa apa arahan atas issue ni.

Belum kuarkan pon dah ramai yg melatah...masalah orang kita, bila bila bab bab mcm ni dorang akan pakai hadis nabi atau riwayat riwayat dari Tarmidzi,Bukhari dan Muslim.Dan dan pulak mcm ni korang nak quote as what Rasulullah SAW ckp kesederhanaan dlm beragama.Ok, kesederhanaan tu plak, kesederhanaan yg mcm mana?Bila timbul isu isu mcm ni pandai korang nak bersederhana dlm beragama.Malas nak ckp sgt..bukan semua orang boleh paham benda ni.Masalah kat Malaysia ni, penyampaian dan pemahaman, tukang menyampai tidak memberi penyampaian yg telus dalam bab beragama ni.Lagi satu masalah orang kita, suka berlebih-lebih dlm ibadat.Duk kejar yg sunat nak pahala extra, tapi terlepas pandang yg fardhu.Betul ke mcm tu?Lagi teruk bila menghakimi orang, "dia tu ade hati nak nasihat orang, semayang pon tidak".Ini antara statement yg sangat tak boleh pakai.

Allah itu Maha Pengampun, Maha Penyayang dan Maha Pemurah.Ibadah solat kita antara kita dengan Dia, siapa kita nak menjatuhkan hukum baik buruk seseorang hamba Allah itu?Ingat saja saja kisah pelacur yg tolong anjing then disebabkan kebaikan pelacur tu dia masuk syurga?Dalami balik apa itu Maha Pengampun,Maha Penyayang dan Maha Pemurah.Sama seperti beberapa suurah dlm Al-Quran yg tak perlu dimulai dengan Bismillahirrohmanirrahim.Kenapa?Ada sebab sebabnya...jangan jadi seperti org kita yg sekadar khatam Quran, mengaji berlagu sedikit tapi apa tafsiran pon tatau?Lagi teruk dari org yg tak boleh baca Quran langsung.Orang bukan Muslim sudah mendalami Al Quran bersama terjemahan dan membuat kajian ttg islam, dan mereka boleh memanipulasi setiap bait dlm Al Quran utk membuat umat islam yg kurang ilmu didada ni terperangkap dengan dakyah dan doktrin doktrin nak menghancurkan umat islam.

Fahami apa itu kesederhanaan dlm beragama, bukan sekadar pakai utk mempertahankan diri yg cepat melatah.Cth mudah, issue sanggul tinggi bonjol, kenapa tak boleh?Kalau dilihat dengan betul, diperhalusi dengan kerohanian, gaya pemakaian begitu bisa mendtgkan syahwat.Apatah lagi jika orang itu bukan muhrim kita dan kita terbayangkan dan berfantasi ttg seseorang itu.Dah bersambung sambung dosa itu, dari melihat, mendtgkan syahwat dan maksiat.Dan orang akan berkata, sapa suruh tgk?Guys, tgk tanpa merasa dgn tgk dengan perasaan lain definisi dia.Syaitan itu ada dimana mana...dlm darah tu laluan dia.So jangan nak ckp, kita tgk saja la..bukan rasa pape.Syaitan laknatullah manghasut lu sedar ke kalau takde iman didada?

Sebenarnya panjang kalau nak bercerita bab agama ni, aku lebih suka nak sentuh bab Sirah rather than Fiqh even aku sangat berminat mendalami semua aspek dan hukum hukumnya.Kalau aku nak mulakan Sirah pula, akan jadi panjang lagi entry ni dan draggy.Insyaallah Sirah mungkin utk next entry kalau berkesempatan.

Apa kekurangan dan kesilapan aku dlm hal ni tolong betulkan sebab aku pon manusia biasa..Rasulullah SAW pon manusia biasa, beza kita ngan Rasul cuma dia di makhsum kan...kita apa ada?alQuran dan Sunnah la pegangan kita...ada paham?Al Quran dan Sunnah....bukan adat dan kebiasaan ok. =)

wallahualam.