Showing posts with label Projek Blook Bermula. Show all posts
Showing posts with label Projek Blook Bermula. Show all posts

Monday, September 19, 2011

Cinta Penunu Bunsen: Cabaran Makmal

Apabila kamu melihat suatu keindahan, bersyukurlah kerana kamu masih bisa menikmati keindahan yang belum tentu akan kamu bisa lihat lagi.
Berasak asak kata kata diatas bermain dikepala Achai.Semuanya penangan Cikgu Syafika.Keindahan yang ada pada Cikgu Syafika memang tiada tolok banding.Bagi Achai segala sifat sempurna ada pada wanita terindah dalam Sekolah Menengah Kebangsaan Halim Napi itu.Kalau dipamerkan Cikgu Syafika sebelah menyebelah dengan Fasha Sandha, memang tiada dakwa dakwi Cikgu Syafika lah yang paling cantik.

Jam menunjukkan 10.45 pagi.Kelas sains Cikgu Syafika akan bermula pukul 11.00 pagi.Ini memang celaka bala buat Achai.Satu barang apa pon belum beliau prepare.Buku sains dicapai.Jadual menunjukkan barang barang yang diperlukan.Barbiturat,spatula,tabung ujikaji.Ini nampak senang getus Achai.

Karbon disulfida,kalium,silikon tetraklorida aluminium dan ammonium nitrat.Bala.Sepatah sahaja keluar dari mulut Achai.Apa menatang semua benda benda ni.Sangat asing buat Achai yang hanya kenal iodin je sepanjang beliau belajar sains 12 tahun dahulu.

Tapi itu bukan alasan untuk beliau putus asa.Putus asa tiada dalam kamus Achai.Tapi dalam kamus Mat Gedut tak tahulah pulak dia.Sebab Mat Gedut pesen cepat putus asa.Pernah sekali penutup air mineral tu ketat tak patut dia nak bukak,langsung dia putus asa nak minum air.Cepat sangat mengalah.Time makan pandai pula berlawan,taknak kalah.Celaka.

Berkat kesungguhan Achai,beliau berjaya ,menyediakan barang barang yang diminta Cikgu Syafika.Kembang kempis hidung Achai masa Cikgu Syafika senyum pada beliau.Achai bersandar bahu dipintu belakang bilik makmal memerhatikan Cikgu Syafika mengajar murid murid tingkatan 3 Murni.Naluri seorang guru memang sebati dalam diri Cikgu Syafika.Tentu dia akan menjadi ibu yang penyayang dan tekun mendidik anak anak kami nanti.Kata Achai dalam hati berangan tak agak agak.

Mata Achai melirik kearah barisan meja paling hadapan.Dia kaget.Jenis kaget yang memang tak patut kalau orang tengok.Mundar mandir dia dalam bilik pembantu makmal.Macam mana dia boleh terlupa nak letak barang yang paling penting tu dalam setiap ujikaji.Achai bersandar mendongak ke siling.Mata pejam.

Tiba-tiba Cikgu Syafika muncul didepan pintu....."Syahril....boleh berikan saya penunu bunsen untuk meja barisan depan?"

Achai bingkas ambil penunu bunsen hulur ke Cikgu Syafika.Bunyi beliau telan air liur kemain kuat sampai Pakcik Usop tukang kebun sekolah yang tengah trim pokok tu pon boleh dengar.Power betul aura Cikgu Syafika.

bersambung..............................

Cinta Penunu Bunsen

Hari pertama Achai bekerja sebagai pembantu makmal disalah sebuah sekolah menengah dekat kota metropolitan bermula dengan sederhana.Sudah berkali dia bertukar kerja dan kerja ini dirasakan cukup sesuai bagi diri Achai.Dah lama Achai menantikan tawaran kerja dengan gomen.Fikir Achai kerja dengan gomen ni terjamin masa depan dia.Skim pencen jadi pilihan.Dah tua nanti balik kampung kerjakan tanah sawah sambil makan duit pencen.Getus hati Achai sambil tangan membelek penunu bunsen dalam makmal sains.

Achai walaupun sekolah habis,subjek sains ni bukan makanan Achai.Menjadi pembantu makmal memang mencabar kredibiliti baginya.Manakan tidak mencabar,nak menyebut barbiturat sahaja udah bersembur sembut air liur beliau.Itu belum lagi barang barang lain macam spatula,kertas litmus dan hidrogen.Kalau disuruh tegak berdiri dan sebut satu satu barang barang makmal nescaya terkencing berak si Achai nak menyebutnya.Tapi beliau nekad nak berkerja sebagai pembantu makmal.Anjakan paradigma kata Achai pada Apen BMC pada pagi beliau nak pergi kerja tadi.

Sedang mengelamun membelek barang barang makmal Achai dikejutkan dengan suara lembut.

"Assalamualaikum. Awak Syahril kan?Pembantu makmal yang baru tu?"

"Waa..waa...waalaikumussalam cikgu.Ha'ah saya Syahril.Boleh saya bantu cikgu?" Achai gelabah tak patut.

"Oh ye,kejap lagi ada kelas sains untuk tingkatan 3 Murni.Boleh Syahril sediakan barang barang untuk ujikaji nanti?" Pinta cikgu manis bersuara merdu itu.

"Boleh sangat cikgu,apa apa yang perlu saya sediakan?" Achai sedikit berani.

"Nanti kamu boleh tengok dekat jadual dekat bilik makmal sebelah kiri,ada kertas jadual yang ditampal kat dinding.Syahril ikut je apa yang tulis kat situ ok?" Cikgu manis bersuara lembut membalas.

"Err..baik cikgu.Lagi 10 minit saya siapkan."

"Emm..terima kasih ye Syahril.By the way,awak boleh panggil saya Cikgu Syafika." Tersenyum manis Cikgu Syafika.

"Oh terima kasih Cikgu Syafika..terima kasih.." Achai dah gaya orang nak terkucil.

Cikgu Syafika berlalu dengan gaya lemah lembut berpaling dari Achai.Tatkala Cikgu Syafika membelakangi Achai,dia dapat rasakan inilah cinta...cinta yang dah lama tidak dia rasakan sejak dikecewakan oleh Ayu Flat.

Tapi masalah paling besar Achai sekarang,barang barang yang Cikgu Syafika minta disediakan untuk kelas sebentar lagi.Melihatkan jadual di dinding,satu patah haram pon Achai tatau apa semua barang barang celake tu.

Achai mengeluh panjang.Demi Cikgu Syafika beliau nekad baca buku sains dalam masa 10 minit yang ada ni.Achai memandang sayup ditengah padang membayangkan cabaran nak baca buku sains.Tangan kanan beliau menggenggam erat penunu bunsen...ye penunu bunsen.


bersambung...............