Monday, October 3, 2011

Permintaan Makcik Selamah

Husin berkerut dahi memikirkan permintaan bonda tercinta.Lain benar permintaan bonda beliau kali ni.Sebagai anak yang taat, gerun sekali Husin nak mempertikaikan akan permintaan bondanya itu.Apa sahaja pinta bonda Husin selama ni tak pernah Husin ingkar.Sepelik mana atau sejauh mana tetap Husin tunaikan.Pernah suatu ketika bondanya Makcik Selamah minta Husin carikan terompah Belanda,masa tu Makcik Selamah demam kepialu.Mau tak mau Husin selamba booking tiket ke Amsterdam cari terompah yang bonda beliau inginkan.Taat tak patut.Syurga lah tempat mu Husin.

Husin masih termenung panjang.Ingin saja dia bertanyakan pada tunang beliau Hanasha.Tapi rasa aib pula bagi pihak ibunya.Dengan keluhan panjang dan lafaz Bismillahirrohmanirrohim Husin nekad pergi cyber cafe.

Scene cyber cafe ni memang Husin tak in sangat.Beliau bukan IT savvy.Malahan nak eja kompiter pon dia gagal apatah lagi nak lepak cyber cafe?Tapi dorongan ingin tahu dan mencari maklumat akan permintaan ibunya itu membuatkan Husin berani berubah mencuba sesuatu yang baru.Husin pernah bertanyakan pada bapanya To'id.Berdekah-dekah Pak To'id ketawa barai dek permintaan isterinya itu.Malah Pak To'id minta Husin abaikan sahaja permintaan Makcik Selamah.

"Dah tua tua gini mana nak datang hasilnya Husin...abah dah 68 tahun,mak kamu dah nak masuk 65 tahun.Tak payahla buat koje mengarut tu.." ujar Pak To'id sampai berair mata ketawa.Lucu benar agaknya permintaan isteri beliau.

Husin mengurut-ngurut dahi yang berminyak.Ditongkatnya dagu beliau sambil berfikir macam mana beliau nak selesaikan masalah berat akan permintaan ibu tercinta, Makcik Selamah.

Didepan Husin sekarang adalah benda baru dalam hidup beliau.Skrin PC Toshiba 17 inci dah depan mata.Papan kekunci siap menunggu jari Husin menjamah buat kali pertama.Tapi Husin lebih tertarik membelek tetikus yang pada beliau nampak sangat cool.Jakunnya beliau Tuhan saja yang tahu.

Husin tengok kiri kanan dengan ekor mata."Nasib baik tak ramai orang kat cyber cafe hari ni..." getus Husin dalam hati.Perlahan beliau menaip satu satu huruf yang tertera di kertas kajang.Nasib baik Remy anak Pak Akob tolong tuliskan benda yang nak dicari oleh Husin.Mata Husin tertumpu pada skrin.Berkedut seribu dahi Husin membaca setiap isi kandungan tentang bahan yang dicari Makcik Selamah.Tak sampai 5 minit, Husin dah bermandi peluh.Terperanjat agaknya dengan betapa mustahilnya permintaan ibunya.

Hampir sejam Husin mentelaah setiap informasi berkenaan permintaan ibunya.Beliau berasa sedikit lega tapi masih goyang bagaimana hendak beliau nak sampaikan pada ibu beliau akan betapa tidak relevannya permintaan itu dengan kadar umur Makcik Selamah sekarang?

Husin dah buat keputusan.Apa pun akibatnya, beliau tetap tunaikan permintaan Makcik Selamah tapi beliau dah bersedia dengan soalan dan penerangan tentang tak perlunya benda yang Makcik Selamah minta ni.Husin bingkas bayar sejam caj cyber cafe dan meluncur laju dengan Yamaha 100 pemberian Pak To'id masa beliau dapat gred 3 SPM dulu.

Husin sudah terpacak depan farmasi.Ditenungnya penuh mendalam akan farmasi itu.Husin masuk dengan tegap gaya Sapok Biki.Mata Husin melilau mencari benda alah yang Makcik Selamah minta.Akhirnya beliau nampak benda alah tersebut.Dicapainya benda alah tu lagak monyet Lake Garden curi Twisties orang piknik.Dibayornye cepat-cepat sampai tak sempat budak cashier nak kabo terima kasih.

Yamaha 100 Husin menderu laju menuju kerumah.Sambil fokus jalan depan,Husin sekali sekala pandang benda alah tu dalam raga motorsikal beliau.Seraya beliau geleng-geleng kepala.

Motor di tongkat.Husin menaiki anak tangga dengan cermat.Makcik Selamah tenang depan TV layan sinetron Ketika Cinta Bertasbih.Gemor benor Makcik Selamah dengan sinetron tu.Pernah Makcik Selamah merajuk tak masak nasik pasal berebut dengan Pak To'id nak tengok sinetron.Manakan tak bergaduh, Pak To'id dah setting nak tengok How I Met Your Mother, episod finale pula tu.Yang Makcik Selamah boleh plak nak tengok ulangan siang hari tadi punya sinetron.Langsung Pak To'id makan nasi bungkus kedai Hasmah.Amik obat.

Husin perlahan duduk sebelah Makcik Selamah.Dalam tangan beliau memegang barang permintaan ibunya.Makcik Selamah senyum lebor.

"Dapat kamu cari barang mak Husin?" Makcik Selamah kemain menyeringai gembira.

"Ada mak, Husin beli tadi.Tapi Husin ada benda nak tanya mak,janji mak jangan kecik hati dengan Husin ye?" lembut Husin tutur bicara pada Makcik Selamah.

"Apa dia Husin?Mak nak cepat ni.Kasi je la barang tu,mak nak tengok keputusannya.." Makcik Selamah menggeletis tak menyabor.

"Baiklah mak.Tapi ni Husin nak kabo,apakehey nya mak nak pakai Pregnancy Test ni mak?Mak dah nak masuk umur 65 tahun dah mak.Dah menopause dekat 2 dekad dah.Mak nak buat apa ni?" Husin bersuara.

"Engko apa tau Husin??Mak dah lama mana tak datang bulan.Mak riso mengandung ke apa mak ni?" Makcik Selamah meninggi suara.

"Husin doakan satu hari mak akan paham apa itu Menopause..." tinggi Husin depakan tangan menadah doa.

Makcik Selamah berlari-lari anak menuju kebilik.Nak buat pregnancy test lettewww.


~Sekian~