Tuesday, December 20, 2011

Dunia Yang Sakit

Tinggi melangit hidung mendongak
Rapat ke bumi dahi menunduk
Betapa besar membuka dada tanda bongkak
Yang jadi hamba hanya mengangguk

Gembira dan senang mainan atasan
Duka dan nestapa makanan bawahan
Yang besar senyum kepuasan
Yang kecil kelat dengan keluhan

Pelakon utama umpama emas
Yang tambahan ibarat habuk
Yang berpangkat tak perlu cemas
Kerna yang kebiasaan perlu berebut

Sudu gangsa disuap ke mulut
Serpihan kayu jadi penyedok
Yang fakir bermandi selut
Yang hartawan makan dicedok..

Dunia, kamu sedih melihat akan ini
Tapi tiada apa yang kamu bisa perbetulkan
Cuma satu hari aku pasti
Kamu pasti bikin mereka berantakkan..

Wallahualam............

Tuesday, December 6, 2011

Kelahiran Pompang Pompang

Assalamualaikum wrh.wbt dan salam sejahtera serta salam 1Malaysia buat semua.Perghh..dah gaya wakil Pemuda siap dengan salam 1Malaysia.Ok sahabat handai, dengan rasa berbesar hati saya umumkan akan kelahiran Blook Pompang Pompang yang sudah berada dipasaran.Sila lihat gambarajah dibawah, itulah adalah cover depan manakala cover belakang bonus gambar penulis tengah isap rokok.Kahkahkah!Terima kasih Kekura Getah!


Bermula dari semalam,kebanyakkan entri-entri dalam blog I Need To Digest My Emotion ini sudah di"ghaib"kan dari pandangan mata kasar mike-mike semua.Mengkeme yang belum pernah melihat akan sepatah cerita dari blog ini amatlah digalakkan membeli Blook Pompang Pompang ini.

Dengan himpunan cerita-cerita ringkas yang diolah dari kejadian betul sebetulnya dan ditambah dengan fiksyen yang tak masuk akal,maka apabila sesusuk tubuh berdiri dan mendeklamasikan cerita ini nescaya kamu akan berkata, "Perghhh..sembang Pompang Pompang la brader ni..."

Dari kisah Kak Nah kerani sekolah salah taip surat, kisah Basiron buat perubahan drastik pada rupa paras dan bagaimana Amat Skrono macam lipas kudung kejor Hantu Kain Dalam Mak Temah semua diolah dengan tanpa berfikir panjang oleh penulis atas sebab-sebab masa dan line yang tak berapa nak clear masa kat opis.Celaka.

Harapan penulis semoga semua dapat memberi sokongan dan membeli Blook Pompang Pompang dan memberi komen membina supaya penulis dapat membaiki kesilapan dan lebih kreatif untuk projek-projek seterusnya.

Berserta dengan itu dijemput hadir ke majlis pelancaran Blook Pompang Pompang dan juga 4 lagi buku MAHA LEJEN terbitan Lejen Press . Majlis yang akan diadakan di UYA Distro , SS15 Subang Jaya,Selangor bermula jam 4.30 petang hingga 7 malam.Antara buku-buku LEJEN yang akan memeriahkan majlis pelancaran adalah :

  • Hero - Kompilasi 5 penulis lejen - Brader Leplep (http://bilamentolmenyala.blogspot.com) , Bozu (http://iniblogkechai.blogspot.com) , Lord Zara (http://shafaza-zara.blogspot.com), Fikri Misti (http://fikrikacak.blogspot.com) dan Shahir ( http://msaherr.blogspot.com/) .
  • Heroin - Sebuah antalogi cerpen dari Amal Hamsan, (http://realifiksinisme.blogspot.com/).
  • Angus, Himself - Oleh : A.B Hashim
  • Kontrol Histeria - Oleh : Penulis blog Kontrol Histeria ( http://kontrolhisteria.blogspot.com/ )
  • Pompang Pompang - Jarr Nadjmuddean (http://lebatkulebat.blogspot.com) merah sebab brader ni sokong Liverpool sampai mamposs.Kehkehkeh.
Oleh yang demikian, diharap kehadiran mengkeme-mengkeme seme memeriahkan lagi majlis menyambut kelahiran buku-buku Lejen ini.Untuk info pembelian/pre-order bolehlah melayari Beli Pompang Pompang atau info di MukaBuku Pompang Pompang dan di Lagi Page Pompang Pompang . 

Amacam?Tak cukup Pompang Pompang lagi?


Wednesday, November 16, 2011

Projek Begedil

3-4 hari lepas aku sibuk.Sibuknya aku ni kalau korang tengok mesti pikir 2-3 kali nak tegur atau nak tanya pape.Biasanya aku jawab dengan cara sergah je kalau time sibuk.Jadi bila sibuk aku takde masa untuk facebooking, twittering dan juga blogging.Celaka tak celaka dia punya sibuk.Tapi dalam sibuk-sibuk aku tu sempat jugakla menyelit update blog.

Sebenarnya aku dalam mood menghasilkan cerita.Dan atas sebab mood itu juga aku sudah memulakan projek seterusnya dimana ianya akan menjadi sebijik novel.Bukan cerkas ataupun buku latihan matematik.Novel ini lebih kepada kemelut lelaki yang bernama Kerol Anuar bergelut dengan tekanan dari orang atasan beliau yang pesen nak interfere segala benda yang dia nak buat.Dan bagaimana komitednya Kerol Anuar waima musibah menimpa beliau bertimpa-timpa di bulan November,bermula dengan kemalangan ibunya semasa hampir pergi menunaikan haji dan belum sempat beliau duduk menghela nafas,ibu mertua beliau pula jatuh pengsan dan akhirnya bagaimana anak beliau pula jatuh sakit dan pada masa yang sama beliau terpaksa komited dengan kerja beliau.

Sokongan pengurus Shairul Shabudin dan eksekutif beliau Nashamuddin serta penolong, Zuhainah membuatkan dia menjadi seorang yang berdedikasi terhadap tugas walau dalam keadaan kritikal.Dan bagaimana dia menghadapi kerenah tak masuk akal bos dia, Shamsirul yang sememangnya apa pon tak boleh.Gaji belas-belas ribu tapi bengap mengalahkan Ehud Olmert orangnye.

Sedikit sinopsis tentang Shamsirul,salah seorang Pengarah merangkap Ketua Pegawai Kewangan ditempat kerja Kerol Anuar.Dan yang paling menjadi pengaruh kepada tekanan Kerol Anuar adalah perangai kedekut nak mamposnya dan bagaimana dia menggunakan kelebihan syarikat untuk keluarga nya.Dan yang paling membuat Kerol Anuar tertekan bagaimana Shamsirul sering menindas orang bawahan dan berlagak pandai buat kerja walhal nak tulis nama sendiri pon kena pakai Google translate.Celaka.Bengap pesen apa sebenarnya Shamsirul ni?

Cerita lebih-lebih nanti abisla idea aku nak sambung tulis novel ni.Jadi, Insyaallah kalau ada rezeki tahun baru nanti siaplah novel ni dan bolehla aku mencari penerbit-penerbit yang sudi nak terbitkan novel aku tu.Kalau takde,nanti aku kumpul duit buat sendiri.Buleh gitu?

Oh ye, tajuk novel itu nanti ialah Begedil.Kenapa Begedil?
Ada ceritanya nanti dalam novel Begedil.Dan Begedil itu berkait rapat dengan Shamsirul.


Wednesday, November 9, 2011

Risau

Semalam aku berfikir panjang.Panjangnya aku punya fikir tu tak dapatlah pulak aku nak gambarkan kat korang.Cuma pada hemat aku,betul ke apa yang dah aku buat dan apa yang aku dah hantar kat Lejen Press?Berbaloi ke kalau aku buat percubaan ni?Aku bukan Lucius mahupun Linglung yang ada perbendaharaan kata power tak patut bila menulis?Confirm aku takde semua tu.Tapi atas desakan hormon menda yang membuatkan aku nekad hantar materials Pompang Pompang kepada Lejen Press?

Itulah yang aku risaukan sekarang ni.Passion aku dalam bidang menulis ni besar cuma aku belum berpeluang untuk fokus secara tawadduk terhadap minat menulis aku ni.Apa yang aku risaukan kualiti penulisan aku yang celaka ala kadar tu masuk ke dengan selera pembaca?Pembaca indie lately dah seronok disuap dengan karya-karya agung dari penulis-penulis yang lebih dikenali seperti Nami (Awek Chuck Taylor),Linglung (Sperma Cinta),Lucius Maximus (CPD,CMTKPD),Fdaus Ahmad (Sembang Kencang I,II) dan otai-otai dari Kitab Terfaktab dan tak lupa juga hardcores Sarkasis.Pandangan mereka terhadap Pompang Pompang hanya ada dua kemungkinan.

Pertama, aku bisa ambil semua kritikan membina dan terus mencuba untuk jadi lebih tajam dan deep demi menghasilkan satu penulisan yang boleh menyerap tanpa dipaksa oleh mana-mana entiti sekeliling mereka.

Atau yang keduanya, aku ambil segala kritikan dan komen mereka sebagai tanda aras untuk aku berhenti berkarya sebab penulisan aku sememangnya macam lahanat tapi ada hati nak buat blook?

Persoalan ni yang paling merisaukan aku.Tapi orang kabo kalau nak berjaya kenalah struggle dulu ye dak?Aku tak kejar habuan royalti mahupun kemasyhuran.Cuma aku nak pembaca menyelam dan scuba diving dalam cerita-cerita aku.Secara serius,aku tak pandai menghibur orang dengan kaedah menulis apatah lagi buat stand up comedy.Aku biasa melawak dengan anak bini aku,keluarga terdekat aku dan sahabat handai secara lisan dan pergerakan.Punchline aku datangnya dari sesuatu yang aku luahkan hingga bisa menggeletek hati dorang.Ok mungkin sebab mereka itu adalah mereka-mereka yang rapat dengan aku jadinya ketawa itu suatu yang mesti ditunjukkan untuk mengambil hati setelah bersusah-payah aku cuba buat komedi yang aku rasa takde la kelakar mana pun.Malah kekadang aku sendiri rasa bangang pon ada.Kadang-kadang bangang yang aku rasa tu bodoh tak patut.Bangangnya dia sebijik macam Arsenal.Kan ke hina namanya tu?

Tapi apa salahnya mencuba ye dak?Kalau orang tak suka itu hak kamu la ye dak?Pada yang suka maknanya aku dah lakukan tanggungjawab aku dengan memeriahkan scene indie ni.Pada yang tak suka dan kurang gemar maafkan aku sebab tak bisa mencapai standard seperti yang kamu inginkan.Berikan saya tunjuk ajar supaya saya lebih sharp pada masa hadapan.Sharp tu sharp macam Dirk Kuyt hat trick masa lawan Man U sedikit masa dulu.Atau kalau takmo sandarkan pada kenangan sangat kita ambil sharp yang paling ternow sekali masa Man City menang 6-1 dengan Man U tu hari.Macam tu la sharp dia maksud aku.

Ok camtu?

Friday, October 28, 2011

Tiket RM50,RM30 & RM25

Ok setakat ni yang aku tahu tiket Ganu dah terjual sebanyak 30,000 keping manakala Nogri Semilan terjual sebanyak 10,000 keping.Itu semalam punya cerita,masa segelintir rakyat pencinta bolasepak masih duk memboikot rege tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang mahal srupe bedil kata orang Ganu.RM50 hengget.Dan setakat hari ni juga masih ramai yang enggan tunduk mengalah akan kerakusan FAM.Salut pada kamu semua.Pada yang dah beli juga tahniah kerana demi menyokong pasukan kesayangan sanggup berhabis duit makan bulan ni untuk ke stadium.Bukan main-main punya pengorbanan.

Tapi bagi aku?Pergi mampos kata aku kuat-kuat.Dah sudah-sudahla ikut kehendak FAM ni.Nama dia nak ikut kehendak kau memang takde la.Aku takkan salahkan penyokong yang tetap membeli tiket sebab itu kemahuan yang kuat dalam diri mereka untuk menyokong pasukan memasing.Dan mungkin mereka tak kisah berbelanja untuk perlawanan akhir.Lainla kalau FAM buat format season ticket holder.Berani ke FAM nak buat gitu?Mampos pon takkan buat.

Aku masih 50-50 samada akan ke Shah Alam atau tidak.Kalau ye pun aku pergi Shah Alam aku rasa aku pergi i-City bawak anak bini jalan-jalan.Baru saploh hengget masuk.Kalau aku masuk stadium bawak bini ngan anak kos bersih RM105 hengget.Jajan,air dengan rokok tak masuk lagi tu.Final biasanya selamba abis 2 kotak rokok.Yang kaya sapa?Pastinya bukan aku la kan?

Ok ni bukan masalah berkira atau lokek mahupun kedekut taik idung masin.Sama la tu kan?Tapi perasaan mual.loya dan menyampah dengan perangai cekik darah FAM ni yang buat orang-orang macam aku tawar hati nak ke stadium.Sapa taknak tengok pasukan negeri beraksi kat final ye dak?Sejak dari aku reti tendang bola sampai la jadi kaki bangku balik skang ni tak penah aku tak sokong pasukan negeri aku,Terengganu.Ingat hati tak sakit ke tengok orang bersorak macam celaka kat stadium sedangkan kau macam celaka baring kat rumah makan kopok Rota tengok kat Astro?Tahi ke tak tahi pesen gitu?

Abis korang nak cakap, "alah lu pompang pompang sini pun bukan FAM nak tukar rege tiket bro.Tak rugi FAM setakat ko sorang tak pergi..".Sapa cakap gitu kat aku dia memang taik.Taik paling bangsat.

FAM perlu diajar.Sekomunis-komunis Chin Peng,FAM ni lagi dasat dia punya komunis.Tapi atas sebab yang bermain tu pasukan negeri aku,aku telan je apa yang FAM buat selama ni.Tapi bab rege tiket final ni dah reach my limit.Aku takkan tunduk pada perangai opportunist macam FAM ni.Sebab tu la bola Malaysia ni tak macam EPL.Eh jangan cakap EPL, standard A League atau Egyptian League pon jauh lebih bermutu dari ni.Maksud aku mutu pengurusan,bukan Mutu yang kerja kat kilang Western Digital tu.Itu Mutu pesen kunyah muruku punya Mutu.

Akhir kata,kalau aku ni berkuasa macam Amareka atau pon Israel,dua benda akan jadi keutamaan aku untuk dihapuskan adalah FAM dan Astro.Dua-dua ni maksud aku hapuskan bukan tutup production atau ban persatuan bolasepak.Tak,aku tak sekejam tu.Apa yang akan aku buat cuma aku kumpulkan semua kroni-kroni bangsat kat situ letak dalam bangunan pastu aku letupkan pakai bom phosphorus.Itu je la kalau paling kejam pon aku buat.

Eh dahla.Malas nak mengomel pasal FAM ngan tiket bola ni.Nak jumpa kat mana ni nanti besok?

Tuesday, October 25, 2011

FAM,Visi dan Misi Mereka

Sejak zaman Semi-Pro dimana aku membesar dengan pemain-pemain Terengganu yang hebat seperti Ariffin Osman,Ahmad Paijan,Mubin Mokhtar,Raimi Jamil atau Zubir Ibrahim aku payah nak terlepas waima satu perlawanan ditempat sendiri.Ayah aku dari kecik dia dah mengajor aku gi tengok bola kat stadium,baru rasa kelainan dia kabo dia kat aku 22 tahun yang dulu.Paling yang aku terasa bahangnya Piala Malaysia ni tahun 1992 separuh akhir Terengganu lawan Pahang.Masa tu Pahang kemain kuatnya.Setakat Selangor tu diayam-ayamkan je macam kelab setan tu kena lauk tu hari.Tapi Pahang sekarang ni tak ubah macam pom pom girl je tugas dia.

Masa tu tiket punya hal aku tak amik tau dan aku tatau kot celah mana aku nak amik tau sebab aku baru darjah dua.Bila aku dah mummayis serta reti pergi perpustakaan negeri naik bas atas dasar nak berdating baru aku amik tau perihal tiket ni.Itupun sebab masa tu bekas abang ipar aku exco kerajaan negeri.Tapi itu bukan alasan untuk aku pow tiket dari dia sewenang-wenangnya.Cuma kekadang kalau aku rasa nak duduk grandstand atau nak rasa aura Almarhum Sultan Terengganu baru aku rekues nak duduk grandstand.Aku lebih suka beratur beli tiket dan duduk bersama-sama geng hardcore.

Dan masa Zubir Ibrahim kawin dengan anak sepupu mak aku pon haram aku tak penah minta tiket kat dia walau dia rajin datang rumah bergosip dengan mak aku.Itu belum campur geng akademi bolasepak Terengganu yang bermastautin dalam sekolah aku dulu.Boleh je kalau aku nak minta kat Syamsuri budak satu kelas ngan aku yang keje dia tido memanjang selama 5 tahun sekolah.Haris Safwan,Norhisham buleh je nak di pau junior aku tu atau paling kodi aku buleh je pau Mat Ki adik Rosdi Talib budak kampung aku tu takpun Yo (Hairuddin) mengapa tidak aku pau zaman dia main Ganu?Itu belom campur kaum kerja di Kementerian Belia dan Sukan Terengganu macam Be Sham or Fatah.Baru ni hah aku nak minta kahkahkah!

Tapi bila aku tengok keputusan FAM menetapkan harga tiket final RM50 aku rasa macam kenapa nak dikapitaliskan benda-benda gini?FAM tak pikir ke pada golongan yang cintakan bolasepak tapi tak berkemampuan untuk rege tiket mengarut macam tu?Sewa bas yang pada mulanya dalam RM2k terus naik jadi RM4k???Tiket dah RM50,lagi duit bas nak tong-tong.Duit makan minum,duit rokok,duit jajan.Apa ni FAM?Seronok makan duit hasil penat lelah golongan pertengahan dan rendah macam kami ni?

Atas dasar dan alasan yahudi apa yang FAM nak tetapkan rege tiket final RM50??Apa tak penuh-penuh kantung FAM selama ni?Atau nak cover duit present Soltan ke apa ni?Jangan bikin kelakar bangang boleh tak?Dan paling aku kesalkan benda ni dah dipersetujui kedua-dua Persatuan Bolasepak negeri which is fakap nak mampos.Then nak cover balik subsidized 50% tiket untuk rakyat Ganu.Come on.Pre booked 30,000 tickets for what fucking purposes?

Secara seriusnye aku dah takde selera nak beriye pergi tengok final ni.Subsidi ke apa ke it doesn't make sense at all.

Kalau betul kau nak selaraskan sesuatu pantat apa pun why not kita start dari akar umbi?Kenapa dari segi duit je senang-senang kau nak pinda itu ini?Apa nasib orang yang betul-betul mampu bayar tiket untuk RM20 or RM30 sahaja?Yang betul-betul punya jumlah itu untuk merealisasikan impian dia nak tengok pasukan negeri tempat tumpah darah dia beraksi final?Itu belum lagi orang-orang ni duduk tepi stadium sambil kira-kira bajet nak beli burger,cocok-cocok,air dan kuaci.Cukup ke tak cukup kalau dia beli burger 2 ringgit yang takde rasa tu?Cukup ke tak cukup kalau dia beli air mineral untuk alas tekak kering setelah penat memekik dan bersorak untuk pasukan?Cukup?RM50 yang kau caj tu boleh cover semua?Maksud aku orang bayar RM50 masuk stadium dapat first drinks ngan burger sebiji?Boleh buat?

Kikis duit orang kau boleh buat takkan sedikit penghargaan untuk orang-orang ni tak boleh buat?Make sense ke tak ni?Abis peruntukkan Astro kasi kau dah agih-agihkan ke belum?

Gile babi berbeza zaman aku tengok bola dimana bolasepak adalah untuk rakyat.Sekarang pon bolasepak untuk rakyat juga,untuk rakyat memenuhkan poket mereka.Fuck u all.


Tuesday, October 18, 2011

Merempit

Sejak bulan puasa hari tu gua gi kerja naik motor.Selama gua kerja kat KL ni,naik kereta nak gi kerja lama dia macam nak gi Nilai 3.Padahal dari rumah ke ofis tu baru dalam 15-20 menet.Tapi disebabkan Jalan Kuching dengan Jalan Tun Razak tu jem nya macam gampang tu yang jadi sejam lebih.Tapi sejak naik motor ni, dia punya jimat masa memang tak patut.Dulu bangun pagi 6.30 dah kelam kabut nak Subuh pastu siap siap nak gi kerja.Skang bleh rilek lepas Subuh,bangun balik 7.45am siap siap nak gi kerja.Hantar Mem ke Yap Kwan Seng pastu shoot ke Kg.Attap.Semua tu hanya memerlukan 40 menet je secara keseluruhan kalau mengikut cuaca normal.

Scene pergi kerja bawak motor ni baru benar pada gua.Gua tak biasa merempit apatah lagi wheelie mahupun wikang.Setakat double stand motor gua tahulah time nak parking.Scene paling ganas gua penah buat sejak pakai motor ni bawak Adam duduk belakang pergi jalan-jalan kat taman.Kalau petang tu gua rasa nak lagi mencabar dan menguji kemampuan diri,gua suruh Adam duduk depan dalam bakul.Goyang juge nak balance.Tapi gua dah khatam bab tu,cuma kalau time Mem nak betulkan duduk atau nak tarik kain dia je gua terhoyong-hayang skit nak kontrol.Pesen tak reti nak duk diam diam atas motor.

Bab korner dengan cilok time jem tu paling gua suke.Rasa cool dia memang tak patut.Perasaan rempit sejati tu macam nak menular dalam diri tapi cepat cepat gua tepis perasaan setan macam tu.Taknak gua simpan rambut ada ekor kat belakang bergentel-gentel.Macam tahi punya stail.

Dan selama gua bawak motor, pagi tadi adalah paling horror.Horror dia macam cerita seram Momok Jangan Panggil Aku.Usai hantar Mem ke opis gua terus meluncur laju seperti pucuk dilancar menuju ke Kg.Attap tempat gua cari makan.Semasa melalui jalan depan Bank Negara tu gua punya laju dah macam Eddie Lawson.Gua mendap sikit kepala ke meter kasi bongkok 38 darjah, ngam ngam ikut aerodinamik angin punya acceleration untuk menambah kelajuan.Sampai kat flyover Kg.Attap gua punya jantung dah sama level dengan skrotum bilamana gua angkat kepala rupa-rupanya divider betul-betul kat depan mata.Tuhan saja yang tahu hidup mati gua hari ni.

Gua tekan brek semahu-mahunya.Dia punya berdesit bunyi skreeett kat jalanraya macam Jason Statham konar dalam Transporter.Nak ikut fakta cerita benarnya,lagi 2-3 inci tayar depan gua nak cecah divider gua terus balas masuk exit bawah.Kereta belakang punya hon meriah macam malam Merdeka gua dengar.Gua berenti tepi,gua istighfar banyak-banyak.Gua cuba kira 1,2,3.Gua laung A,B,C,D dua tiga kali,last sekali gua baca doa makan.Alhamdulillah semua gua ingat dengan baik.Pelan-pelan gua pulas throttle gua bismillah,beristighfar pastu gua sendawa kemain kuat.Angin keluar banyak tak patut takut punya pasal.

Kalau gua tak alert tadi nescaya wahai kawan-kawan,hanya Al-Fatihah je lah yang bisa korang sedekahkan kat gua.Sebab kemungkinan dia dua je tadi.Samada gua balas kanan sapu semua kereta yang duk laju kejar punch card atau selamba rempuh divider kat depan kasi bertepek muka kat situ.Balas kekiri tu sebenarnya petunjuk dari Allah.Sebab kereta belakang dah bajet gua akan melayang tengah-tengah or berdentum kekanan.Jadi dia pelankan kereta dia supaya gua boleh terus bernyawa dengan balas kekiri jalan.

Pesan gua dari pengajaran hari ni,belilah motor besar skit yang 500cc keatas.Kalau eksiden minimal effect dia.Kalau LC macam gua ni,minimal juga.Tapi minimal kerja orang hospital lah.
Hoh..berdebor tak abih-abih lagi.


Tuesday, October 4, 2011

Pe'ah Nak Yang Ensem Saja

Busu Raymen dah janji macam-macam dengan Pe'ah.Langit,bumi,ampaian besi,buaian colourful dan macam-macam lagi.Tapi masalahnya sekarang kerja mende si Busu Raymen ni?Mak Kiah memang tak berkenan dengan Busu Raymen sejak budak tu sekolah rendah lagi.Selalu saja tabur janji manis kat Pe'ah.Sampai Pe'ah mengidap kencing manis dek janji yang ditabur Busu Raymen.Sekarang dah dijanjinya pula nak kawin dengan Pe'ah dan yang paling bala,Pe'ah menggeletis nak kawin juga dengan Busu Raymen.

Tak dinafikan Busu Raymen ni kacak kemain kat Kampung Segenggam Kasih ni.Sebut sahaja Busu Raymen anak Lebai Richet semua orang kenal dan maklum akan hensem nye budak ni.Bukannya setakat Pe'ah.Malah Sabariah Gebu,Junaidah Montel dan Rokiah Mentol memang tergila-gilakan si Busu Raymen ni.Tapi yang dapat menambat hati Busu Raymen cuma Pe'ah seorang sahaja.Sebabnya?

Pe'ah cantik.Cantiknya Pe'ah ni sampai kalau nak dibandingkan dengan Nora Danish pon masih Pe'ah yang cantik.Kalau dibandingkan dengan Anita Sarawak,Pe'ah punya lagi besar.Eh!?.
Pakej yang Pe'ah ada memang dalam checklist Busu Raymen.Atas sebab sebab demikian Busu Raymen memang nekad nak kawin dengan Pe'ah.Halangan paling besar sekarang ialah Mak Kiah.Bagaimana caranya Busu Raymen nak menambat dan memenangi hati dan jiwa raga Mak Kiah supaya dapat dia miliki Pe'ah.

Bermulalah episod dalam hidup Busu Raymen menambat hati Mak Kiah.Kalau dibelinya makanan,dibelinya juga untuk Mak Kiah.Kalau dibelinya buah-buahan,dibelinya satu set untuk Mak Kiah.Waima maknya Busu Raymen pesan suruh gi kedai beli kicap,dibelinya juga kicap ke Mak Kiah.Apadahal?Bapak Busu Raymen,Lebai Richet orang kaya kat Kampung Segenggam Kasih.Cuma Busu Raymen ni jenis malas nak berkerja.Kerjanya perabih rete Lebai Richet je.Makcik Bellarina maknya Busu Raymen pon dah tak reti nak nasihat si musibat ni.Kemain ketegaq suruh cari kerja.

Scene menambat hati Mak Kiah ni berterusan selama 3 bulan.Tak penah sehari pon Busu Raymen miss bawak buah tangan untuk Mak Kiah.Kebanyakkan masa Busu Raymen dihabiskan ditangga rumah Mak Kiah,dilayannya orang tua tu berborak.Dari isu politik sampaila isu daun kelapa nak buat ketupat anyam hari raya takde stok.Intim bebeno dua orang tu.Sedikit demi sedikit Mak Kiah dapat terima Busu Raymen.Sehari tak tengok Busu Raymen, gundah gulana Mak Kiah dibuatnya.Sampai naik rimas pula si Pe'ah bila Mak Kiah selang dua minit bertanyakan datang ke idok si Busu Raymen bertenggek arini.

Dipendekkan cerita,Busu Raymen hantorlah rombongan meminang kerumah Pe'ah setelah mendapat lampu hijau Mak Kiah.Pada hari yang penuh bermakna tu,kemain dua beranak tu melaram dengan kebaya sendat.Nampak macam adik dengan kakak pulak si Pe'ah dan Mak Kiah.Cantik sepadan dua beranak tu.Pe'ah dan Mak Kiah tersipu-sipu bila rombongan mengusik siapa yang nak dipinang ni,mak ke anak?Almaklum lah Mak Kiah pun status janda bergetah.Selera pon mestilah masih panas.Eh kesitu pula.

Pe'ah dek tak tertahan malu dengan Busu Raymen berlari berdesup masuk kebilik.Orang orang tua kabo,kalau lari masuk bilik sebab malu tanda setuju.Wallahualam.
Mungkin dia terkentut siapa yang tahu.

Arakian tibalah hari pernikahan.Kemain meriah hari tu di Kampung Segenggam Kasih.Lebai Richet kasi tumbang 3 ekor lembu New Zealand.Kambing golek setiap penjuru khemah dan tak lupa kuaci serta daun pakau setiap meja tetamu untuk menghilangkan bosan.

Dibilik pengantin kelihatan terlihat Pe'ah yang menangis teresak-esak.Entah tangisan kegembiraan atau senggugut hanya Tuhan yang tahu.Mak Kiah tak putus-putus menenangkan Pe'ah yang tersedu-sedan.Majlis berlangsung gilang-gemilang dengan kompang,pertunjukkan live band,karaoke dan tak lupa juga pertunjukkan bunga api.Pendek kata kalah majlis juta-juta Norman Hakim dan Sememey tu.Mak Kiah tersenyum simpul tanda puas.Pe'ah diam membatu sambil mendongak kelangit.Bagi Pe'ah pertunjukkan bunga api tu takde makna bagi dia lagi.

Keesokkan paginya..........

"Selamat pagi sayang..." Busu Raymen mencium dahi isterinya pada pagi itu..

"Selamat pagi cinta..." balas isteri kesayangan Busu Raymen.

Busu Raymen melangkah kebilik air untuk mandi.Semasa melewati dapur, Busu Raymen disapa, "Errr...selamat pagi 'Ayah'...huwaaaaa..." kelihatan Pe'ah berlari masuk kebilik meraung-raung macam histeria.

"Kenapa tu sayang?" Laung Mak Kiah dari bilik tidur pengantin.

"Takde pape sayang,anak kita si Pe'ah ni terperanjat tengok saya kot" Balas Busu Raymen.

Mak Kiah keluar berkemban menghampiri Busu Raymen.Mereka berpelukan,bahagia sungguh pasangan baru berkahwin ni.Dibilik yang lain Pe'ah hanya mampu menangis mengenangkan nasibnya yang berbapa tirikan Busu Raymen.Lelaki yang sepatutnya jadi teman hidup beliau.

"Tu la,suruh lagi bopren kau amik hati orang tua tu lelebih.Dah tu Mak Kiah tu bukan janda sembarangan.Bergetah tau tak bergetah?" Terngiang-ngiang kata-kata Timah Jongket masa Busu Raymen datang meminang sedikit masa dahulu.

Pe'ah bungkam.

Monday, October 3, 2011

Permintaan Makcik Selamah

Husin berkerut dahi memikirkan permintaan bonda tercinta.Lain benar permintaan bonda beliau kali ni.Sebagai anak yang taat, gerun sekali Husin nak mempertikaikan akan permintaan bondanya itu.Apa sahaja pinta bonda Husin selama ni tak pernah Husin ingkar.Sepelik mana atau sejauh mana tetap Husin tunaikan.Pernah suatu ketika bondanya Makcik Selamah minta Husin carikan terompah Belanda,masa tu Makcik Selamah demam kepialu.Mau tak mau Husin selamba booking tiket ke Amsterdam cari terompah yang bonda beliau inginkan.Taat tak patut.Syurga lah tempat mu Husin.

Husin masih termenung panjang.Ingin saja dia bertanyakan pada tunang beliau Hanasha.Tapi rasa aib pula bagi pihak ibunya.Dengan keluhan panjang dan lafaz Bismillahirrohmanirrohim Husin nekad pergi cyber cafe.

Scene cyber cafe ni memang Husin tak in sangat.Beliau bukan IT savvy.Malahan nak eja kompiter pon dia gagal apatah lagi nak lepak cyber cafe?Tapi dorongan ingin tahu dan mencari maklumat akan permintaan ibunya itu membuatkan Husin berani berubah mencuba sesuatu yang baru.Husin pernah bertanyakan pada bapanya To'id.Berdekah-dekah Pak To'id ketawa barai dek permintaan isterinya itu.Malah Pak To'id minta Husin abaikan sahaja permintaan Makcik Selamah.

"Dah tua tua gini mana nak datang hasilnya Husin...abah dah 68 tahun,mak kamu dah nak masuk 65 tahun.Tak payahla buat koje mengarut tu.." ujar Pak To'id sampai berair mata ketawa.Lucu benar agaknya permintaan isteri beliau.

Husin mengurut-ngurut dahi yang berminyak.Ditongkatnya dagu beliau sambil berfikir macam mana beliau nak selesaikan masalah berat akan permintaan ibu tercinta, Makcik Selamah.

Didepan Husin sekarang adalah benda baru dalam hidup beliau.Skrin PC Toshiba 17 inci dah depan mata.Papan kekunci siap menunggu jari Husin menjamah buat kali pertama.Tapi Husin lebih tertarik membelek tetikus yang pada beliau nampak sangat cool.Jakunnya beliau Tuhan saja yang tahu.

Husin tengok kiri kanan dengan ekor mata."Nasib baik tak ramai orang kat cyber cafe hari ni..." getus Husin dalam hati.Perlahan beliau menaip satu satu huruf yang tertera di kertas kajang.Nasib baik Remy anak Pak Akob tolong tuliskan benda yang nak dicari oleh Husin.Mata Husin tertumpu pada skrin.Berkedut seribu dahi Husin membaca setiap isi kandungan tentang bahan yang dicari Makcik Selamah.Tak sampai 5 minit, Husin dah bermandi peluh.Terperanjat agaknya dengan betapa mustahilnya permintaan ibunya.

Hampir sejam Husin mentelaah setiap informasi berkenaan permintaan ibunya.Beliau berasa sedikit lega tapi masih goyang bagaimana hendak beliau nak sampaikan pada ibu beliau akan betapa tidak relevannya permintaan itu dengan kadar umur Makcik Selamah sekarang?

Husin dah buat keputusan.Apa pun akibatnya, beliau tetap tunaikan permintaan Makcik Selamah tapi beliau dah bersedia dengan soalan dan penerangan tentang tak perlunya benda yang Makcik Selamah minta ni.Husin bingkas bayar sejam caj cyber cafe dan meluncur laju dengan Yamaha 100 pemberian Pak To'id masa beliau dapat gred 3 SPM dulu.

Husin sudah terpacak depan farmasi.Ditenungnya penuh mendalam akan farmasi itu.Husin masuk dengan tegap gaya Sapok Biki.Mata Husin melilau mencari benda alah yang Makcik Selamah minta.Akhirnya beliau nampak benda alah tersebut.Dicapainya benda alah tu lagak monyet Lake Garden curi Twisties orang piknik.Dibayornye cepat-cepat sampai tak sempat budak cashier nak kabo terima kasih.

Yamaha 100 Husin menderu laju menuju kerumah.Sambil fokus jalan depan,Husin sekali sekala pandang benda alah tu dalam raga motorsikal beliau.Seraya beliau geleng-geleng kepala.

Motor di tongkat.Husin menaiki anak tangga dengan cermat.Makcik Selamah tenang depan TV layan sinetron Ketika Cinta Bertasbih.Gemor benor Makcik Selamah dengan sinetron tu.Pernah Makcik Selamah merajuk tak masak nasik pasal berebut dengan Pak To'id nak tengok sinetron.Manakan tak bergaduh, Pak To'id dah setting nak tengok How I Met Your Mother, episod finale pula tu.Yang Makcik Selamah boleh plak nak tengok ulangan siang hari tadi punya sinetron.Langsung Pak To'id makan nasi bungkus kedai Hasmah.Amik obat.

Husin perlahan duduk sebelah Makcik Selamah.Dalam tangan beliau memegang barang permintaan ibunya.Makcik Selamah senyum lebor.

"Dapat kamu cari barang mak Husin?" Makcik Selamah kemain menyeringai gembira.

"Ada mak, Husin beli tadi.Tapi Husin ada benda nak tanya mak,janji mak jangan kecik hati dengan Husin ye?" lembut Husin tutur bicara pada Makcik Selamah.

"Apa dia Husin?Mak nak cepat ni.Kasi je la barang tu,mak nak tengok keputusannya.." Makcik Selamah menggeletis tak menyabor.

"Baiklah mak.Tapi ni Husin nak kabo,apakehey nya mak nak pakai Pregnancy Test ni mak?Mak dah nak masuk umur 65 tahun dah mak.Dah menopause dekat 2 dekad dah.Mak nak buat apa ni?" Husin bersuara.

"Engko apa tau Husin??Mak dah lama mana tak datang bulan.Mak riso mengandung ke apa mak ni?" Makcik Selamah meninggi suara.

"Husin doakan satu hari mak akan paham apa itu Menopause..." tinggi Husin depakan tangan menadah doa.

Makcik Selamah berlari-lari anak menuju kebilik.Nak buat pregnancy test lettewww.


~Sekian~





Friday, September 30, 2011

Cinta Penunu Bunsen: Achai Make A Move

"Dalam mencari cinta sejati,hati yang putih dan jiwa tanpa warna menentukan gerak hati dan naluri untuk menilai siapakah dia dihati kamu."

Suatu pagi hari Isnin tatkala murid semua muka macam musibat dipaksa ke perhimpunan, sekonyong konyong terlihat susuk tubuh Achai berjalan ke bilik makmal untuk memulakan rutin harian.Cuma yang sedikit pelik pagi itu ada bunga ros sekuntum ditangan beliau.Apa gila Achai bawa bunga pergi sekolah pagi pagi begini?Tenang, nanti penulis akan beritahu kenapa dia pegang bunga pepagi buta.Gile sepera si Achai ni gamaknya.

Mata Achai melilau kearah stage di padang astaka sekolah.Beliau masih berdebor-debor sambil mencuri pandang kelibat Cikgu Syafika."Eh mana Cikgu Syafika bakal suri hidup aku ni...". Achai sedikit mengeluh bila tak nampak buah hati.Sedang terhendap-hendap balik tiang koridor, "Assalamualaikum Syahril,awak buat apa terhendap hendap ni?" Suara garau sama macam Hamid Gurkha menyapa.Kemain melompat melatah si Achai terperanjat.

"Errr..err...tuan pengetua,hehehe..saya tengok bebudak ni beratur.Teringat zaman saya bersekolah dulu..". Achai menipu tanpa baca bismillah.

"Tulah..siapa suruh sekolah tak abis,kan dah terkenang,menyesal.Eh ni bunga ni untuk siapa pulak?" tanya Pengetua Harun.

"Aaa?Bunga?Oh...errmmm...aaa...bunga ni..bunga ni...." Kebetulan pula Aisyahtun Bahiyah,kerani sekolah janda anak satu ni lalu tepi Achai,spontan saja Achai kabo, "Bunga ni untuk Mek Tun, Pengetua!"

Wahh kemain senyum simpul mati Mek Tun beri kat Achai.Dahi Achai berpeluh tak patut.Apsal la gampang sangat mulut beliau kabo bunga tu untuk Mek Tun.Melentok-lentok badan Mek Tun malu dek seprais si Achai yang bangang tak beragak nak cover line.

"Wahh ada hubungan rupanya kamu berdua ye?Baru saya nak masuk line ejas Mek Tun.." Pengetua terus berlalu sambil membebel terlambat seminit nak tekel Mek Tun.

"Terima kasih ye awak.Tak sangka awak dalam diam ada hati kat saya..hihi" Mek Tun tekup mulut ketawa kecil.

Achai senyum kelat tinggalkan Mek Tun terpinga-pinga yang tengah syok sendiri.Sekarang Achai bingung mana nak cekau bunga ros baru nak di kasi ke Cikgu Syafika.Takkan nak petik bourgenvilla kat laman sekolah?Jadah apa kasi bunga kertas ke awek ye dak?

Dari jauh disudut tingkat 2 bilik guru,rupa-rupanya Cikgu Syafika yang dalam perjalanan turun ke perhimpunan nampak segala kejadian antara Achai,Pengetua Harun dan Mek Tun.Entah mengapa hati beliau berasa cemburu tiba-tiba.Cemburu akan sekuntum bunga ros yang diberi Achai pada Mek Tun.

"Ahh..jatuh cinta kah aku pada Syahril...tolong jangan buat aku gundah Syahril...hmmm..." Dup dap dup dap hati Cikgu Syafika berdebor.Dengan longlai Cikgu Syafika melangkah anak tangga demi anak tangga untuk ke perhimpunan.Hati beliau serabut berkecamuk dek bunga ros Achai dan Mek Tun.

Di bilik makmal..........

Kemain kusut kepala Achai memikirkan insiden tadi.Apa bala si Mek Tun boleh lalu kat situ.Mana Cikgu Syafika?Lengan urat urat Achai sandarkan ke dahi,kaki disilang atas meja.Sambil pejam mata, Achai berangan dia Shah Rukh Khan dan Cikgu Syafika tu Aishwarya Rai dalam filem Mohabbattein berlari-lari bernyanyi dipadang sekolah yang saling tak tumpah rupa macam kepala Pengetua Harun.Sopak sana sini takde rumput...oh ye Pengetua Harun pesen botak tengah.Barulah kena kriteria seorang pengetua sekolah.Kalau rambut penuh ni biasanya Cikgu Disiplin atau Penolong Kanan je.



Bersambung..............

Monday, September 19, 2011

Sarah Bukan Pelacur

Dalam lorong gelap yang menjadi lot banglo untuk tikus tikus mondok itulah laluan Sarah ke tempat kerja.Bukan setahun dua Sarah menyusur lorong gelap tu.Dari umur 19 tahun hingga sekarang udah 30 tahun umur Sarah menggunakan lorong gelap tu.Dan selama itu jugalah Sarah menyerap segala cakap cakap manusia sekeliling yang mengatakan beliau seorang pelacur.Ye,pelacur.Bukan calang calang pekerjaan yang manusia manusia ini anggap terhadap Sarah.

Manakan tidak Sarah mendapat jolokan pelacur.Pakaian Sarah mahal mahal belaka.Dari gaun satin jenama Chanel dengan kaki dihiasi Jimmy Choo,cuping telinga dihiasi Rafflesia dan beg tangan kecil Miu Miu.Masakan manusia sekeliling tidak kenal Sarah.Dari kecil beliau membesar dengan Rahman,Fazli dan Shahima di Chow Kit.Membesar dengan hiruk pikuk pasar,menolong ibu angkat beliau Mak Shadikarogi.Dari kecil Sarah tidak kenal erti sekolah melainkan beliau hanya tersenyum senyum melihat telatah budak balik sekolah.Mungkin membayangkan keadaannya jikalau dia memakai uniform sekolah tersebut.

Tapi Sarah punya impian.Dia mahu hidup senang,dia mahu bantu Mak Shadikarogi.Dia tak sanggup melihat ibu angkatnya itu bersusah payah menjual sayur dan buah-buahan di Chow Kit.Dia pernah berjanji akan senangkan hidup Rahman,Fazli dan Shahima bila berjaya kelak.Mungkin Fazli dan Shahima bisa mengecap janji Sarah.Tapi tidak bagi Rahman.Rahman maut pada malam raya tahun lepas setelah bergaduh dengan pendatang dari negara jiran.Perut Rahman dirobek dengan kerambit hingga terburai isi perut beliau kerana berebut kawasan.Begitu murah nyawa manusia dipersekitaran tempat tinggal mereka.

Kehilangan Rahman merentap jiwa Sarah.Dia lupa segala janji janji yang pernah diucapkan bersungguh-sungguh suatu ketika dahulu.Mak Shadikarogi makin merempat,bawah jambatan sudah jadi rumah Fazli menagih dan Shahima tak ubah seperti mayat hidup selepas mengikut jejak langkah Fazli.

Sarah?Ye,misteri kehidupan mewah Sarah masih belum terungkai.Dari mana beliau dapat kemewahan sebegitu dalam masa yang singkat?Sesingkat skirt yang beliau pakai tiap-tiap hari Rabu malam.Malah Sarah turut membesarkan kelenjar mamari beliau.Setiap ekor mata yang memandang Sarah seakan meratah tubuh Sarah yang mantap pejal bergetah di setiap sudut.Malahan Haji Seman dengar ceritanya sehingga sanggup suntik kolagen semata-mata nak nampak muda dan tegang dihadapan Sarah.Ada Sarah pandang?Takde makna de.Sia sia je orang tua tu cucuk kolagen.Sudahnya Haji Seman lepas gian ke Gayah,janda anak satu.Jadilah dari takde langsung ye dak?

Tapi Sarah bukan pelacur....betul dia bukan pelacur.Apa kerjanya si Sarah ni?
Wallahualam..hanya Allah yang Maha Mengetahui tentang hamba ciptaan-Nya..

Mengambil Lima (Take 5)

Sebenarnya dalam draft gua tu dah ade dua tiga series Cinta Penunu Bunsen.Cuma gua rasa belum patut gua publish je dulu.Ade benda yang perlu gua edit,banyak nak kena editnya.Bukan kecik kecik anak dia punya banyak.Nama watak yang gua gunapakai kebanyakkan manusia manusia realiti yang gua jumpa sepanjang hidup gua hinggalah ke hari ni.

Dan kebanyakkan kisah dan pengalaman adalah berdasarkan kisah betul.Konteks kisah betul disini lain benar dengan definisi kisah benar.Kisah betul di olah tanpa mengubah fakta cuma dihiasi dengan humor dan satira untuk menjadikan cerita itu hidup.Manakala kisah benar kadang kadang boleh jadi benar sebenar cerita dan kadang kadang penuh dengan nasi tambah.Ye,mungkin untuk melariskan cerita,itulah yang perlu dilakukan oleh penerbit kisah benar.Berbeda benar dengan kisah betul.

Jadi projek blook Cinta Penunu Bunsen ini sedang dalam pembikinan.Dan sebagai tambahan akan diselang selikan dengan Cerkas sebagai bahan iklan supaya cinta Achai terhadap Cikgu Syafika tampak tidak terlalu berat dan tidak terlalu menjurus kearah cerita karut yang serius.Biarkan logik bahasa bermain dengan perbendaharaan kata.Tak perlu puitis hingga depan mahupun lawak sembab sepanjang penceritaan.

Bukan kesempurnaan yang gua cari,cuma satu karya yang lahir dari tembolok gua yang kuat makan ini.Tidak mengharap akan dikenali cukup sekadar kalian berselera menatap karya gua yang mungkin menjengkelkan manusia lain.Akhir kata untuk mukadimah serta pembukaan pemgembaraan gua ke alam yang lebih virtual lagi keliru ni,gua cuma nak menulis dan berkongsi dengan lu semua akan apa yang pernah gua lalui dan bagaimana nanti muncul watak watak seperti Mat Gedut,Apen BmC,Nas Dugong,Linglung Terbang serta Deus Merah Kuning.

Penutup kata untuk take 5 yang pertama, kalau orang miss call tepon,jangan layan.Pesen suruh call balik ni memang gua menyampah.

Cinta Penunu Bunsen: Cabaran Makmal

Apabila kamu melihat suatu keindahan, bersyukurlah kerana kamu masih bisa menikmati keindahan yang belum tentu akan kamu bisa lihat lagi.
Berasak asak kata kata diatas bermain dikepala Achai.Semuanya penangan Cikgu Syafika.Keindahan yang ada pada Cikgu Syafika memang tiada tolok banding.Bagi Achai segala sifat sempurna ada pada wanita terindah dalam Sekolah Menengah Kebangsaan Halim Napi itu.Kalau dipamerkan Cikgu Syafika sebelah menyebelah dengan Fasha Sandha, memang tiada dakwa dakwi Cikgu Syafika lah yang paling cantik.

Jam menunjukkan 10.45 pagi.Kelas sains Cikgu Syafika akan bermula pukul 11.00 pagi.Ini memang celaka bala buat Achai.Satu barang apa pon belum beliau prepare.Buku sains dicapai.Jadual menunjukkan barang barang yang diperlukan.Barbiturat,spatula,tabung ujikaji.Ini nampak senang getus Achai.

Karbon disulfida,kalium,silikon tetraklorida aluminium dan ammonium nitrat.Bala.Sepatah sahaja keluar dari mulut Achai.Apa menatang semua benda benda ni.Sangat asing buat Achai yang hanya kenal iodin je sepanjang beliau belajar sains 12 tahun dahulu.

Tapi itu bukan alasan untuk beliau putus asa.Putus asa tiada dalam kamus Achai.Tapi dalam kamus Mat Gedut tak tahulah pulak dia.Sebab Mat Gedut pesen cepat putus asa.Pernah sekali penutup air mineral tu ketat tak patut dia nak bukak,langsung dia putus asa nak minum air.Cepat sangat mengalah.Time makan pandai pula berlawan,taknak kalah.Celaka.

Berkat kesungguhan Achai,beliau berjaya ,menyediakan barang barang yang diminta Cikgu Syafika.Kembang kempis hidung Achai masa Cikgu Syafika senyum pada beliau.Achai bersandar bahu dipintu belakang bilik makmal memerhatikan Cikgu Syafika mengajar murid murid tingkatan 3 Murni.Naluri seorang guru memang sebati dalam diri Cikgu Syafika.Tentu dia akan menjadi ibu yang penyayang dan tekun mendidik anak anak kami nanti.Kata Achai dalam hati berangan tak agak agak.

Mata Achai melirik kearah barisan meja paling hadapan.Dia kaget.Jenis kaget yang memang tak patut kalau orang tengok.Mundar mandir dia dalam bilik pembantu makmal.Macam mana dia boleh terlupa nak letak barang yang paling penting tu dalam setiap ujikaji.Achai bersandar mendongak ke siling.Mata pejam.

Tiba-tiba Cikgu Syafika muncul didepan pintu....."Syahril....boleh berikan saya penunu bunsen untuk meja barisan depan?"

Achai bingkas ambil penunu bunsen hulur ke Cikgu Syafika.Bunyi beliau telan air liur kemain kuat sampai Pakcik Usop tukang kebun sekolah yang tengah trim pokok tu pon boleh dengar.Power betul aura Cikgu Syafika.

bersambung..............................

Cinta Penunu Bunsen

Hari pertama Achai bekerja sebagai pembantu makmal disalah sebuah sekolah menengah dekat kota metropolitan bermula dengan sederhana.Sudah berkali dia bertukar kerja dan kerja ini dirasakan cukup sesuai bagi diri Achai.Dah lama Achai menantikan tawaran kerja dengan gomen.Fikir Achai kerja dengan gomen ni terjamin masa depan dia.Skim pencen jadi pilihan.Dah tua nanti balik kampung kerjakan tanah sawah sambil makan duit pencen.Getus hati Achai sambil tangan membelek penunu bunsen dalam makmal sains.

Achai walaupun sekolah habis,subjek sains ni bukan makanan Achai.Menjadi pembantu makmal memang mencabar kredibiliti baginya.Manakan tidak mencabar,nak menyebut barbiturat sahaja udah bersembur sembut air liur beliau.Itu belum lagi barang barang lain macam spatula,kertas litmus dan hidrogen.Kalau disuruh tegak berdiri dan sebut satu satu barang barang makmal nescaya terkencing berak si Achai nak menyebutnya.Tapi beliau nekad nak berkerja sebagai pembantu makmal.Anjakan paradigma kata Achai pada Apen BMC pada pagi beliau nak pergi kerja tadi.

Sedang mengelamun membelek barang barang makmal Achai dikejutkan dengan suara lembut.

"Assalamualaikum. Awak Syahril kan?Pembantu makmal yang baru tu?"

"Waa..waa...waalaikumussalam cikgu.Ha'ah saya Syahril.Boleh saya bantu cikgu?" Achai gelabah tak patut.

"Oh ye,kejap lagi ada kelas sains untuk tingkatan 3 Murni.Boleh Syahril sediakan barang barang untuk ujikaji nanti?" Pinta cikgu manis bersuara merdu itu.

"Boleh sangat cikgu,apa apa yang perlu saya sediakan?" Achai sedikit berani.

"Nanti kamu boleh tengok dekat jadual dekat bilik makmal sebelah kiri,ada kertas jadual yang ditampal kat dinding.Syahril ikut je apa yang tulis kat situ ok?" Cikgu manis bersuara lembut membalas.

"Err..baik cikgu.Lagi 10 minit saya siapkan."

"Emm..terima kasih ye Syahril.By the way,awak boleh panggil saya Cikgu Syafika." Tersenyum manis Cikgu Syafika.

"Oh terima kasih Cikgu Syafika..terima kasih.." Achai dah gaya orang nak terkucil.

Cikgu Syafika berlalu dengan gaya lemah lembut berpaling dari Achai.Tatkala Cikgu Syafika membelakangi Achai,dia dapat rasakan inilah cinta...cinta yang dah lama tidak dia rasakan sejak dikecewakan oleh Ayu Flat.

Tapi masalah paling besar Achai sekarang,barang barang yang Cikgu Syafika minta disediakan untuk kelas sebentar lagi.Melihatkan jadual di dinding,satu patah haram pon Achai tatau apa semua barang barang celake tu.

Achai mengeluh panjang.Demi Cikgu Syafika beliau nekad baca buku sains dalam masa 10 minit yang ada ni.Achai memandang sayup ditengah padang membayangkan cabaran nak baca buku sains.Tangan kanan beliau menggenggam erat penunu bunsen...ye penunu bunsen.


bersambung...............

Wednesday, September 7, 2011

Perihal Raya,Reunion & Syamsuri Mustafa

Selamat hari raya gua ucapkan buat semua umat Islam seluruh dunia baik yang mengenali gua atau tidak.Gua ni jenis ikut mood nak cerita ceriti kat blog.Kalau gua rasa gedik gua ceritalah sedikit sebanyak,kalau tak pergila mampos.Kahkahkah.

Hari Isnin 29hb Ogos tu hari gua balik Terengganu beraya.Gua gerak malam,kul 9.30.Tapi menunggukan adik bongsu gua cari kasut si Muaz kat Sogo,sudahnya gua terperap kat Petronas Bentong sampai pukul 11pm.Pukul 11pm masih kat Bentong pukul brape nak sampai Terengganu ni?Cilake.Hati gua sedikit marah.

ok ni Muaz nama dia..budak gemuk camni mmg payah nak dpt kasut.

Makanya dalam pukul 4.30am kami selamat sampai di Kuala Terengganu.Kepulangan disambut dengan kebebalan adik ipar gua pasang mercun botol 2 biji pukul 4.35am..diikuti satu das mercun KLCC pukul 6 pagi.Nak ditampor kang laki adik gua,tapi sebenarnya seronok tak patut main mercun pukul 6 pagi ni sebenarnya.

OK pendekkan cerita,semayang raya gua kantoi.Sampai dah abis walaupun masjid depan rumah je jalan kaki.Anak gua Adam Harrazz mengamuk nak pegi masjid lain ajak sembahyang raya,pesen warak macam ni memang sebijik perangai gua masa kecik kecik..harap berkekalan.Raya pertama tengahari gua keluar ajak adik beradik gua beraya rumah anak beranak mak gua kat Rusila..beraya kat Rusila scene mudah tak patut.Parking kereta depan rumah mak sepupu gua takyah pakai kasut.Sebab dari rumah pertama sampai akhir semua sebelah sebelah je jarak dia.

Siapa pakai kasut memang kodi.Buang masa.Budak budak lainla..nak merasa kasut raya.Bapak budak buat perangai gitu memang minta kaki.Overall gua seronok la tahun ni balik beraya sebab gua rindu suasana the real kampung punya beraya.Dan jumpa kawan kawan yang ada gua dah tak jumpa for almost 15 years!!15 tahun bukan kejap brader.Kalau dalam konteks persenyawaan dah berderet deret anak gua.Dah kalau tak jumpa berbelas tahun nak dicompare kan borak sejam dua memang tak cukup.Mana nak jawab soalan mak bapak sahabat sahabat gua lagi.Mana nak goreng sahabat sahabat gua yang gua skang ni berkerjaya hebat.Hebat macam Khairy Jamaluddin gayanya.

Raya ke-3 gua ada reunion ngan SPM batch 98 SMSS.Jumpa balik saing rodong hok lama lama ni memang scene best tak patut.Nak dijadikan cerita salah sorang sahabat gua suruh call Syamsuri Mustafa atau nama masa kat kelas dulu Sak Bulu.Pesan sahabat gua yang bernama Imran tu, "Kau call dia suruh datang reunion,tapi kalau dia angkat call kau memang ajaiblah..lagi2 dia tatau nombor kau.." ujar Imran masa gua beraya kat rumah dia petang raya ke-3 tu.

Gua dail nombor Sak Bulu.Peduli apa gua dia star ke tak star...apa dia ingat dia pakai helmet macam Petr Cech time lawan bola dia nampak cool?Sebenarnya kami semua tak sabar nak membahan malaun sekor ni.Maha suci Allah,Sak Bulu angkat call gua.

Gua: Assalamualaikum...woi Sak Bulu!
SM: Waalaikumussalam...siapa nih?
Gua: Skang kau jangan cakap banyak,dtg reunion skang kat Xtreme Futsal,Goat Island. ~ gaya gua nak kasi Sak Bulu goyang.
SM: Sapa ni?Alah dah abis futsal kang kau call aku lepak mana aku datang.
Gua: Datang skang la main ngan kiteorang..
SM :Alahh...takpelah..lagipun korang kan dah selalu tgk aku kat TV..tak puas puas ke?
Gua: Babi..............


Penulis bersama rakan rakan sekolah batch SPM 98 Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman.Yang tengah tu mamat perasan Petr Cech ngan Tumulak.Dari kiri atas, Ayeng,Farino dan Idham.

Bawah duduk: Gua,Syamsuri Mustafa ngan orang kuat MB Ganu, Imran Azmi.

Wednesday, August 17, 2011

Jangan Cepat Menilai

Berbelanja besar itu memang dah lumrah bagi orang yang mampu.Setakat bawak 20k masuk KLCC hidung dah sampai dahi dia punya tinggi.Masuk Hermes or Mont Blanc mesti nak pandang kiri kanan suruh orang lalu lalang nampak yang dia nak masuk butik ni,bukan Bundle Mat Yoe atau Sidek Florist.Itu kalau dari segi perbelanjaan individu.Yang mana pada zahirnya orang kebanyakkan akan buat konklusi "Oh orang kaya dia ni,duit tak abis pakai ni.."

Bagaimana pula dengan sebuah kelab bolasepak?Kalau ikut trend masakini,Pak Arab dengan juak Yahudi mabuk pakai jubah from US sibuk nak buat investment dengan kelab kelab besar bolasepak dalam dunia ni.Mereka nampak dari segi marketing kelab kelab yang ada nama dan gah seantero dunia dan consider macam direct marketing tak perlu promotion yang super heavy cuma kasi nampak lebih compact dan attractive supaya power of marketing itu dapat memikat peminat peminat "bolo" khususnya bolasepak inggeris.

Contoh paling ternow sekarang adalah Man City.Sedikit sejarah tentang Man City yang pada asalnya dikenali dengan nama St.Marks dan pengasasnya Anna Connell bersama dengan 2 orang warden gereja St.Marks di Gorton timur Manchester pada tahun 1880.Tahun 1899 Man City dah penah menang title kat Second League Division, power juga sebab time tu gua kenot brain lah rupa dan keadaan perlawanan "bolo" sepak inggeris.Mesti mcm kartun.

Fortune club Citeh ni bermula pada tahun 2008 bilamana Abu Dhabi United Group buat keputusan untuk membazirkan duit mereka kearah yang tak diredhai Allah atau ke jln yang lebih Islam.Sebaliknya mereka bermegah megah dengan membeli pemain pemain berstatus bintang untuk menghadirkan instant success kepada Citeh.Hasilnya selepas 35 tahun mereka memenangi satu trophy yakni FA Cup (Liverpool bersepah FA Cup dalam kabinet,apadahal).Terbaru mereka baru sahaja menandatangani salah seorang arnab tambatan Atletico Madrid, Kun Aguero.Dari segi overall, Aguero ni berbaloi baloi.Manakan tidak berbaloi, debut saja sudah score 2 bijik lawan kelab GERGASI Championship League iaitu Swansea.Main main?Power tak patut Citeh ni.

Atas sebab ini juga ramalan serta betting agencies di UK dah mencongak congak keuntungan atas angin dek perebutan takhta antara kelab setan nirrojim & citeh.Dengan kondipen setan nirrojim kabo mereka akan remain the title dan penyokong yang tengah membongkok duduk isi borang nak support Man Citeh kabo dorang akan jadi juara liga season ni.Perghhh...belanja ratus ratus juta 2 season ni manakan tidak seberani itu supporter yang masih belum isi ruang jantina kat borang penyokong Man Citeh ye dak?

Dorang ni lupa kot yang Bolton pon power juga.Gua bajet Bolton lah juara liga season ni atau mungkin Newcastle, Joey Barton punya rambut tu azimat Magpies nak menang liga season ni.

Liverpool?Aaahhh...jangan ditanya dimana kedudukan mereka season baru ni.Sebab Liverpool memang power!

YNWA!

Thursday, August 11, 2011

Kenangan Ramadhon 2

Masa gua masih di alam kanak kanak,geng paling kacip dengan gua adalah Pijoe,Peli dan Izzat.Kadang Sudin ngan Sepul pon join juga tapi malaun 2 ekor tu lebih cenderung kearah scene mandi parit.Gua tak berapa nak gemar mana sebab orang kabo ada anaconda.Pada hemat gua yang masa tu berumur 8 tahun,anaconda tu pada gua lagi momok dari langsuir.Dah besor baru gua tahu anaconda tu menatang ular.Celake.

Aktiviti bulan puasa kite org memang meriah.Kampung gua kalau bulan puasa first day puasa dah meriah.Masa ni kalau keluar malam takde pikir takut.Power tak patut.Siap cakap kuat kuat tengah malam suruh hantu keluar.Gua lupa yang hantu sebenarnya pendendam.Ok bab tu nanti gua citer lain entry.Biasanya tengahari bulan puasa yang paling rajin datang rumah gua Pijoe.Pijoe rajin datang bulan posa ada 2 sebab,ajak main mercun paip pastu sambung makan eskem poli ngan biskut burung.Sedap tak patut.Dosa pon tak patut patut.

Jadinya bila Pijoe dah menyeringai depan tangga rumah kampung gua,dengan pantas gua masuk dalam pakai spenda.Gua memang tak suke duduk rumah pakai spenda,kebebasan bersuara macam takde.Kalau keluar baru pakai,tu pon pilih jugak tengok apa aktiviti.Kalau mandi sungai gua kena show off skit so gua akan pakai spenda gambar Gaban kat tengah.Pijoe ngan Peli mana ada spenda gitu,paling kuat pon dorang pakai spenda Flashman,budak baru nak naik.Izzat je kadang kadang suka melawan gua dalam bab dressing ni,taknak kalah.

Maka lepas tu gua keluar rumah dengan Pijoe.Kayuh beskal sampai rumah Peli gua gegar nama dia, "Peliiiiiiiii...oooo Peliii..."

Pijoe sambung, "Peli ooiiiii....cepatla...langit tak selalunya cerah.."

Bapak Peli, Pok Heng keluar pegang senapang patah.Gua tak sure brand apa,kalau Remington mau tercampak gua ngan Pijoe kalau kena tembak."Tetengah hari buta ni kau orang nak pegi mana!!??Posa ke tak kau ni!??"

Gua ngan Pijoe goyang juga,tapi bila pikirkan Pok Heng tu ketua kampung takkanlah seorang ketua kampung nak tembak orang kampung dia sendiri,ye dak?Singkat betul pemikiran kami masa tu.Gua ngan Pijoe jawab dengan berhemah kabo nak gi mancing ikan puyu.Peli keluar pintu buat gaya org muda minta lalu kat orang tua.Gua boleh nampak ekspresi muka Pok Heng masa tu macam nak letupkan kepala Peli ngan senapang dia,tapi sebab Peli pakai Bin dia jadi dia sabar.Alah kuar mancing je kot,bukan pegi ngintai Bidi punya kakak mandi ke apa.

Kami bertiga gerak nak menuju ke port sebenar kami,rumah Izzat.Ye,rumah Izzat time time gini line clear tak patut.Dalam tangan Peli gua nampak mercun padi satu kotak,ntah mana dia rembat kalau bukan abang dia punya.Memang mendapat si Peli ni balik kang,getus hati gua.Kat pinggang Pijoe gua nampak dia ikat bunga api putih belang merah 3 ikat.Gua dah agak dia nak bikin mercun paip.Yang paling best kat tangan gua,plastik merah yang gua bawak ni sepatutnya berisi kandungan mercun katak,padi dan naga.Tapi masa sampai rumah Izzat,Peli maki maki gua macam hapa.Semua keluar jenis macam maki dari mulut Peli,mentang mentanglah sebelum tu dah makan kopok Rota ngan air soda botol pat posen kemain eksen.Rupanya gua dah salah capai plastik,itu plastik adik bongsu gua yang umur 2 tahun tu.Memang tanglung ngan lilin je lah dalam plastiknya.Bangang.

Tak pasal pasal Izzat kena korek tabung supaya gua boleh beli mercun kedai Syed Ali.Mana ada duit bhai time tuh,lagipun gua cuti hantar kuih Tok gua dah dua hari.So takde income.Untuk tak nampak ketara tabung Izzat kena korek,bajet dia kuarkan untuk mercun padi je.Oklah tu dari takde langsung.Untuk pengetahuan korang size dan bunyi mercun 22 tahun dulu ngan skang beza dia macam langit dan bumi.Sebab tu gua tak ajar anak gua skang main mercun,buat malu je kalau gua citer berdentum dentum kehebatan masa lalu.

Usai membeli mercun padi gua rushing balik rumah Izzat.Semua dah isi perut,minum air secukupnya dah bersedia nak main mercun.Port depan rumah Izzat.Izzat ni anak orang senang kalau nak dibandingkan ngan kiteorg.Rumah dia semua batu,dua tingkat ada kereta 3 biji.Yang best dia ada dua basikal,semua canggih.Peli pon boleh tahan senang,rumah separa kayu separa batu.Adik beradik berbelas belas.Bab tu gua pelik,mak Peli penghidap asthma yang kronik tapi steady beranak ramai.Kuasa Allah s.w.t.Pijoe pulak duduk kuarters guru dalam boarding school depan jalan besar kampung gua.Rumah dia sebiji sebiji sebab bapak dia penolong kanan pastu mak dia ketua matapelajaran bahasa melayu negeri terengganu.Ironiknya,masa SPM 98 dulu,Pijoe fail Bahasa Melayu.Celaka ke tak celaka namanya tu?

Rumah gua?Rumah kayu kampung sopak sopak,dinding pon dah rongga rongga.Tangga je batu,itu boleh gua banggakan.Tapi nikmatnya duduk kampung hanya Allah saja yang tahu.Harap rumah tu masih ada sampai sekarang.

Ok lepas gua dah angkat mercun padi dan sampai kerumah Izzat.Kami start main mercun.Pijoe sebok duk mampatkan belerang ke dalam besi batang payung nak dijadikan bom katanya.Peli ngan mercun padinya,sama macam Izzat dan gua.Mercun plag mesti standby bila mercun konservatif dah abis,mercun plag jadi pengganti kebosanan dan juga bajet.Izzat dapat satu akal bangang.Nak eksperimen katanya.

Depan rumah Izzat ada satu tong besar muat cat kat dalam.Cat tu pun dah kering keras.Masih ada lembiknya sikit sikit je kalau dicucuk.Izzat ajak explore benda baru.Pacak mercun padi kat atas cat,cucuh tgk bersembur ke tak.OK!Serentak gua ngan Peli yang lagi bangang dari Izzat bersetuju.Seronok.
Sebab cat tu terkopak dan mula cair balik dek kepanasan mercun.Tapi bila masuk 3-4 ikat mercun padi masing masing dah bosan.

Ntah apa setan yang merasuk dan meracuni fikiran,gua ajak dorang buat benda lagi fear factor dari tadi.Depan rumah Izzat ni consider macam hiway untuk lembu lalu lalang.Sekali dengan itu,jadi jamban lembu jugalah depan rumah dia.Pada pemahaman gua,kalau kita cucuk mercun padi ke taik lembu itu dan letupkan ia pasti satu permainan yang sangat seronok walhal itu semua kerja segala bangang dari bangang yang ada atas dunia ni.

Gua rasa gua yang suggest jadi gua kena tunjuk hero dan teladan.Gua ikat 3-4 biji sekali mercun padi tu dan cucuk kat taik lembu separa kering tu.Izzat ngan Peli dah kagum.Dua dua datang mencangkung nak hendap cara gua bikin.Pijoe masih duk mampatkan belerang dalam batang besi payung.Tak paham gua perangai dia ni.Macam sakai.

Gua pon amik bara ubat nyamuk yang tinggal besar kuku je nak cucuh ke sumbu mercun padi.Izzat ngan Peli masih mencangkung nak tengok result lebih dekat.Gua cucuh, zaaapppppppppp! Bara sambar sumbu mercun sekali ngan bunyi dentum maha bingit.Depan kiteorg berasap,gua sengih sebab gua rasa ekperimen gua sukses.Gua nampak Pijoe tengah barai tergelak gelak sampai tak keluar suara.

Gua pandang kiri gua tengok muka Peli tompok tompok hijau.Paling ketara mata kanan dia,tutup seketul terus gaya macam lanun buta sebelah.Gua usha kanan gua nampak Izzat tengah muntah muntah sambil nangis.Gua nampak kat hidung ngan mulut dia penuh dengan tompok ijau basah basah pekat.Gua tgk tangan gua sampai lengan jadi hijau pekat macam rumput kena blender.

Izzat at least dia boleh cerita kat anak cucu dia skang apa rasa taik lembu.Tapi gua musykil apsal muka  gua tak kena walhal muka gua yang paling dekat ngan taik lembu tu.Kuasa Allah,manalah kita tahu kan?

Monday, August 8, 2011

Kenangan Ramadhon 1

Bila sebut bulan puasa gua cukup cuak dulu.Itu masa umur 5-6 tahun.Masuk Darjah 1cuak gua dah kurang sebab gua tahu mcm mana nak cilok kuih tart Mama gua buat time dia ralit kat dapur.Gua masih ingat masa pertama kali gua puasa penuh.Hari tu hari Jumaat,dalam erti kata lain hari tu tak sekolah sebab negeri negeri yang refer kitab Injil je yang cuti Ahad.Terengganu lain sikit, dia cuti Jumaat.Maka scene puasa hari tu pon bermula.Gua steady bangun pagi bukak TV nak tengok kartun Jam.Ok time tuh top kartun Jam.Awek kartun tu comolot pon gua dah bleh sengih sorang sorang,kartun je padahal.

Usai nonton kartun gua mandi.Niat nak telan air sebab tekak kering tapi teringatkan mak gua cakap kalau gua kencing dia malam kang dia bertukar jadi pontianak gua dah goyang.Padahal bulan posa mana ada setan,getus hati gua.Tapi takutkan Mama punya pasal gua tahan kering tekak gua.Lepas mandi ngan bedak bertepek kat dahi dan leher,Mama gua jerit dari dapur."Adik Mattt...nanti pegi rumah Tok,tolong dia antar kuih gi pasor.."

Ok industri kuih Tok gua memang sudah jadi tradisi.Setiap cucu dia merasa antar kuih dia gi Pasar Batu 6.Siapa tak kenal kuih Tepung Bunga Che Wok dia kodi.Satu trip Tok kasi singgit.Gua penah jadi cucu kesayangan sebab gua bolot semua delivery.Sebab gua pikir masa tuh satu hari gua boleh buat 3 trip hantar kuih.1 satu trip gua boleh bawak 3 dulang atas beskal Raleigh merah gua.Sepit udang gua dah spray kaler silver..garang kot.Lu orang bayangkan kalau 3 trip satu hari gua kayuh beskal brape gua earned masa tu?Gaji gua dah macam pembantu tadbir sekolah rendah time tu.Tujuannya satu je, nak borong mercun.

So aritu gua bergegas kayuh Raleigh gua merentas baruh dan paya.Jambatan titi dia memang mencabar.Kalau ikut jalan besar jarak rumah Tok dengan rumah Mama dalam 7 kilometer.7 kilometer kalau kayuh beskal tanpa singgah singgah minum soda botol 40 posen memang tewas posa gua.Kalau ikut shortcut yang mana bebudak beskal je tau,jadi 1.5 kilometer je.Cuma cabaran dia baruh,paya dan titi jambatan yang muat muat beskal Raleigh je.Dah berapa kali Peli,Nayeng,Bukhori dan aku terserempak dengan anaconda kampung.

Sampai rumah Tok kat Batu 6 terus aku berlari masuk salam cium tangan, kaki kanan jongket ke atas,hormat.Tok kabor suruh antor 3 dulang yang pertama ke kedai Muzah.Muzah ni top kat Pasar Batu 6 terutamanya Dept Kuih Muih.Usai gua buat delivery yang ke-3 tiba tiba gua rasa mual.Jam dah 4.30 petang.Pelan pelan gua minta diri ngan Tok gua nak balik rumah kat Kg.Tok Jiring. Gua kayuh pelan pelan beskal gua.Kedai runcit Mok Soh ada gantung kopok udang dengan cikedis,gua dah kena rasuk setan.Duit ade 3 ringgit ni dalam kocek.Setakat nasi lauk daging lepas.Kaya betul gua rasa time tuh.Mat Deck lalu senyum kat gua pon gua buat tatau je.

Alhamdulillah lamunan gua tersentak dengar hon lori yang berdentum kat telinga gua.Tak jadi gua nak naik syeikh beli nasik.Gua kayuh lagi pelan pelan,gua jeling kat kedai roti canai atuk sedare gua punya jam dinding dah pukul 5.15.Apa ke jauh benor rumah gua arini.Peluh menitik jangan cerita la,gua kalau banyak peluh maknanya nak demam,gua cuba fikir alasan nak bukak pose.

Orang cakap,kalau sabar selalunya menang.Memang betullah orang cakap.Gua sabar berkayuh akhirnya gua sampai rumah.Dan gua tak meroyan pon belanjakan 3 ringgit upah Tok gua antor kuih tadi.Gua laung panggil Mama gua,senyap je.Semayang agaknya ni.Gua turun dapur,astaghfirullahal'azim....Mama gua buat daging sambal!Ada cekodok udang,kuih keria,masak asam dan yang paling ketara sirap bandung eskem soda mama gua.Jam dah 6 petang.Gua senyum.

Dalam bilik air gua steady duk makan cekodok udang 5 ketul,cili sos dlm tisu dengan sirap bandung eskem soda dalam gayung sambil bukak paip kuat kuat gaya orang nak mandi.Alas perutlah sikit sementara tunggu 7.02 petang.Ye dak?

Friday, August 5, 2011

Update Gaya Che Det

Agak berkurun juga gua tak menjenguk blog.Bukan gua malas,jauh sekali lupa pasal blog.Tapi masa gua terhad amat.Jadi gua update pesen Che Det je la...takdela buang masa dgn merapu,terus kepada point.

  • gua cuti 2 minggu sampai 1st aug tu hari sebelum masuk kerja baru.
  • Kat rumah gua takde broadband,laptop gua jahanam dan gua malas nak gi Cyber Cafe si Telor tu.Bangun pon suke ati dia pukul 2.30 baru sebok nak sapu CC nak bukak.Gua naik menyampah..
  • Kat rumah gua happy sebab gua bleh jaga Adam Harrazz dengan lebih fokus.Cth tasks gua,mandikan dia,siapkan dia pergi sekolah,hantar gi sekolah,ambik balik sekolah pastu gua membuta.
  • Layan TV sampai muntah.Akhirnya gua surrender,tak bleh dowh layan TV lama lama.Melainkan semua cerita tu pelakon dia Heather Locklear,Famke Jansen,Courteney Cox atau Natasha Heinstridge baru gua duduk depan TV sampai meletop.
  • Kemas bilik.Ok bab ni gua buat ala kadar.
  • Makan gua makan luar...nak masak mmg gua malas kalau sengsorang.Kalau Mem gua ada dia boleh tepuk tepuk tangan kasi semangat suruh masak.Malas..
  • Walaupun cuti 2 minggu gua ttp bangun awal mcm biasa sebab nanti gua lemau bila dah start kerja.
  • Gua dah masuk kerja baru,tempat ni tempat orang alim alim.Rasa mcm rugi gua beli gel botol besar tu hari nak pacakkan rambut.
  • Dah 5 hari puasa gua rasa kelainan dan ketenangan berpuasa ditempat kerja baru.Tempat lama setan ramai sangat.
  • Tempat kerja baru gua balik kerja 4.30pm kalau bulan puasa.Tapi hari Jumaat gua rasa purata kerja org org kat sini dlm sejam setengah je kot.Ni dah pukul 3..japgi dah nak balik...

Tu lah dia jenis update malas gua...jgn kata gua tak update langsung plak.Oh ye, birthday gua 9th August...gua taknak pape..baju raya,kasut raya dengan iPad2 je..thanks.

Monday, July 18, 2011

Bila Patriotisme Dijadikan Provokasi

Lately banyak isu patriotisme dibangkitkan.Semangat patriotik memang dituntut dlm diri seoarang warganegara apa pon.Tak kiralah kau ni warganegara Burkina Faso mahupun New Caledonia,patriotisme itu harus.

Usai menonton perlawanan Malaysia XI vs Liverpool aku terus eager nak bukak Facebook utk berposting dan menghapdet status.Malangnya aku terus rasa down yang teramat sangat dengan sesetangah golongan yang mengaku Ultras Malaya membangkitkan isu patriotik.Aku respek Ultras Malaya sebagai sebuah kumpulan yang hardcore pasukan kebangsaan and i'm proud of that.Wish can be one of them.Tapi sesetengah Ultras tak sepatutnya membuat provokasi terhadap perlawanan persahabatan Malaysia dan kelab kelab EPL ini.

Semasa perlawanan Arsenal,aku memang hangin sebab ada fans yang boo pasukan kebangsaan dan kami fans Liverpool nekad akan mempertahankan pasukan kebangsaan walau apa sekalipun.Kami passion with Reds tapi Malaysia is our soul.No matter what,we will always put Malaysia as our priority.Tapi atas dasar apa korang nak butthurt sangat dengan game ni?Doesn't make sense at all.Every single point korang nak jadikan provokasi.Tak kurang juga yang hanya duduk tengok kat TV then buat assumptions yang mcm gampang.You're not there so better check your facts.

Dan aku terkilan dengan kenyataan our beloved striker,Safee Sali yang mengatakan semangat Man Utd yang membuatkan beliau score 2 biji.Tak kurang juga statement sampah dari our respectful coach,Datuk K.Rajagobal.Lebih kurang mcm nila bunyi dia masa Jay Menon interview,komen saya sebagai Man U fans,saya gembira dan teruja kerana at least kami score against Liverpool lebih dari kita scored against Man U few years ago?So?Sekarang ni kau punya semangat lawan Liverpool tu hari atas dasar kau penyokong Man U?Itu yg mendorong kau bersungguh sungguh lawan Liverpool.Shame on you.

Aku tabik Safiq Rahim walaupun dia peminat Man U he never come out with that kind of statement.And yes, goal dia paling world class petang tu.And again Safee Sali came out with bloopers statement yang mengguris perasaan aku sebagai penyokong Malaysia, "Saya confused nak celebrate gol pada ptg tu sebab tak sure fans sokong team mana"..lebih kurang gitu lah bunyi dia...You're not professional at all with that statement.

U shud have known Malaysians behind you Safee.Tak payah confused.Kami tak penah berbelah bahagi cheer up for Harimau Malaya.Isu jersi tak timbul,this is the first time they came here and we greet our guest showing them our appreciations.Problem?

Malaysia vs Singapore.Walau aku mmg sakit hati dengan statement Safee dan Rajagobal aku ttp akan turun bukit jalil menyokong pasukan tanahair aku tanpa rasa berbelah bagi.Itu tekad sebagai seorang supporters.And to Ultras Malaya,keep up the good work.Hope this support will long last walau Malaysia dalam kesulitan.


Go Harimau Malaya!!!

Tuesday, July 5, 2011

Nak Telan Kebenaran Memang Susah Tak Patut

Kadang kadang bila kita menyayangi seorang insan,kita akan sayang mereka tanpa kompromi.Itulah kuasa kasih sayang.Dan sebab kasih sayang tanpa batasan jugalah kita sering dikecewakan baik secara langsung atau tidak,kita tetap terluka kalau dikecewakan.

Tapi kecewa dengan insan yang kita sayang ni lebih pedih makan dia dari kecewa dengan orang jual eskem.Sekurangnya bila kecewa ngan orang jual eskem yang tak lalu satu hari depan rumah,kita masih ada pilihan ke kedai Ah Hock beli Mat Kool Jelly.

Abis kalau kecewa dengan insan yang kita sayang?Apa pilihan kita ada?Takde pilihan.Cuma banyakkan bersabar dan bersabar.Nak lagi art bersabarlah sambil gali lubang idung dengan bersungguh.Mesti ada hasil.Setidak tidaknya la.

Actually scene kecewa ni benda wajib dalam kehidupan.Ada orang kecewa dia berterusan.Jenis tak sempat nak rehat dia punya kecewa.Baru abis kecewa datang lagi kecewa hak lain.Baru nak suap nasik datang plak kecewa yang lain.Itu kecewa berterusan nama dia.

Kecewa kadang kadang plak jenis tengok keadaan.Minggu ni kemain happy malaun ni terkinja kinja dapat amik gambar dengan Julia Ziegler kat Cineleisure Damansara.Bila tengok balik gambar baru perasan itu bukan Julia Ziegler,itu sebenarnya Abdul Jalil Sukimin.Nampak hampir sama kalau tak check bulu kaki ngan halkum.Nasib baik IC dia tercicir,so nampakla Julia Ziegler ni tak pakai binti rupanya.

Kecewa bermusim ni biasanya kaum Hawa.Musim ni kemain happy shopping sakan baju raya,tempah baju kebarung siap letak lampu lip lap LED nak nampak vogue.Ye lah nak balik kampung dia kan.Kena la melaram...Alih alih musim depan dah start monyok,kecewa.Walhal baru bulan Februari tu.Raya bulan sepuluh kot kak?Apa pesen kecewa 7 bulan lagi nak raya?

Tapi tu lah dia.Kecewa ni semua orang merasa.Ada yang boleh handle,ada yang buat tatau,ada yang bawak sampai masuk kubur dia punya kecewa.Ada setengah tu sampai hantar surat kat Astro,Seth Tan punya penangan.Melayu...melayu........sedih!

Apa pun scene kecewa ni akan terus menjadi sebahagian proses dalam menjalani kehidupan atas dunia ni.Takyah cakap pasal akhirat,ramai sentap.Gossip takde plak nak sentap.Cakap bab kebenaran nak sentap...Meleis...Meleis....

Tu lah,Nak Telan Kebenaran Memang Susah Tak Patut...

Friday, July 1, 2011

The life that I'll be missing so much

I hate what will happen next cuz i know it will hurt me.
And i hate to face the same thing cuz i know how does it feel.
Lord gimme strength so i can go thru all the misery...
since you're The Almighty and i know you will help me....

I don't need assurance for my anxiety...
All i want is guaranty..
But i know You'll never gonna let me die in blasphemy..
Cuz my descendant will carry my great legacy...

Lord, hope you listen to me...
Cuz my faith to you is the key...
I always be what You wanted me to be...
Cuz in the end,my life,my soul belongs to the Almighty.


Allahuakbar.

Monday, June 13, 2011

Bila Semangat Nak Menang Melebihi Segala Galanya

Perlawanan akhir Piala FA edisi 2011 Sabtu tempohari boleh dikategorikan sebagai satu perlawanan epik yg pertama menemukan dua gergasi bolasepak Pantai Timur dipentas final.Terengganu dan Kelantan dua seteru dan musuh tradisi baik dlm segi sukan mahupun aktiviti gocoh.Pertembungan pada hari Sabtu tempohari menjadi tanda aras dimana level kedua dua pasukan.Baik dari segi prestasi dalam padang mahupun mentaliti penyokong kedua belah pihak.

Satu perkara yang aku bersetuju,penyokong Kelantan memang Ultras tahap Elland Road.Malah lebih Ultras dari Nottingham Forest mahupun Kopites.Dimana sahaja perlawanan melibatkan pasukan Kelantan,mereka akan turun beramai-ramai memeriahkan majlis.Dan ini sedikit sebanyak mempengaruhi pasukan lain seperti Ultras Terengganu dan Ultras Selangor.Dari segi sorak,kemenangan memang berpihak pada Kelantan.Semangat melawan?Kedua dua mereka ade semangat juang yang tinggi.Cuma beza Kelantan cepat berasa selesa dengan waktu berbaki 5 saat sambil melupakan semangat Megat Panji Alam pasukan Terengganu.

Hasil larian dan lorongan Ashaari Shamsuddin dapat kepada kaki Abdul Manaf yang menyepak sekuat hati dengan kudrat irodat yg masih tinggal.Khairul Fahmi dah jalankan tugas beliau,menepis.Tapi bola itu rebound dibawah ketiak kepam beliau dan melantun kearah pintu gol.Ok ini situasinya,dibelakang barisan Khairul Fahmi ada Farisham dan Daudsu.Dibelakang Daudsu ada Zhasna dan Nordin Alias.Dalam istilah sains kegagalan Daudsu mengeluarkan bola dari kawasan itu akan menyebabkan kedua pemain Terengganu berkokok riang sambil tap in bola muntah tu.Tapi,ada tapinya.Daudsu datang dengan kelajuan maksimum dalam usaha menyelamatkan gawang Kelantan setelah Khairul Fahmi menampan bola kurang kemas.Beliau lupa,dengan kelajuan maksimum nisbah kawalan bola akan berkurangan.Momentum hasil dari kelajuan itu juga bisa menjadikan sasaran tepat dan padu.Posisi Daudsu bukanlah begitu baik utk clearance.

Tapi beliau mengambil risiko 50-50 utk mengeluarkan bola dari membiarkan Zhasna dan Nordin menunggu dibelakang dengan sentuhan mudah.Dengan momentum yang padu dari Daudsu,beliau mengambil keputusan yang mana bisa merubah perlawanan atau satu turning point yang tak terjangkau dek akal mana mana peminat bolasepak.Gol sendiri.Ye benda yang paling pemain bolasepak takut untuk hadapi,lebih lebih lagi dalam perlawanan akhir.Dan yang lebih perit,masa berbaki 5 saat.M.Karathu dah standby nak sarung blazer,Halim Napi dah lap minyak kat muka nak amik hadiah dan Hashim Mustapha dah freestyle kat tepi padang sambil minum Gatorade.Dah nak menang kena la minum air mahal skit ye dak?

Hanya Tuhan yang tahu betapa luluh perasaan Daudsu tatkala beliau melihat bola yg ditanduk menerjah ke gawang sendiri.Tambah lagi apabila itu menjadi tonik kebangkitan pasukan Terengganu untuk memenangi perlawanan.Bukan salah Daudsu.Dia hanya lakukan kerja beliau untuk menyelamatkan gawang dari dibolosi.Nasib tak menyebelahi Daudsu.Sedikit sebanyak cerita ni tak lari jauh dengan cerita Liverpool buat comeback di Istanbul pada 2005.Dengan kehadiran 85,000 penonton di Bukit Jalil pada malam tu yg mana majoriti nya adalah penyokong Red Warriors.Dianggarkan lebih 55,000 penyokong Kelantan pada malam itu dan selebihnya adalah penyokong Terengganu.Mana datang awok awok ni yang ramai sangat?Itu pun tak semua brader tomyam mahupun brader bundle tutup kedai.Kalau tak mau dalam 70,000 penyokong Kelantan malam tu.Bala...bala...

Tapi determination untuk menang memang dalam diri pasukan Terengganu.Kata coach main sampai tiup wisel,ya itulah yang mereka lakukan.Hasilnya?Dapatla Piala FA yg sama berat mcm Grand Livina tu bawa balik ke Terengganu Darul Iman.Dahla pasukan bolasepak negeri menang Piala FA,dikhabarkan pula kontinjen SUKMA Terengganu melakukan hattrick sebagai juara keseluruhan kejohanan SUKMA utk kali ke-3 berturut-turut.Makan apa budak budak Terengganu ni?Populasi takdelah ramai mana,tapi bab sukan,yarabbi,power tak patut.

Obviously akan jadi cliche bila aku cakap aku bangga jadi rakyat Terengganu.Tapi itulah hakikatnya bila jadi anak jati Terengganu,Same goes to others dengan negeri masing masing.Aku bukan bangga hanya sebab kami menang FA,aku dah mengikuti bolasepak Terengganu sejak zaman Semi Pro.Sejak zaman Ariffin Osman,Ahmad Paijan,Frank Pastor,Martin Busse,John Onwedegu,Samuel Chebli,Wan Ahmad Ridzuan,Zubir Ibrahim,Raimi Jamil dan juga Mubin Mokhtar serta Zamri Mohd Noor.Zaman air seriya,kepok seriya,burger seriya.Aku rindu zaman kegemilangan Terengganu waktu tu.Dan aku dapat kembali merasa zaman yg dah lama berlalu dengan kebangkitan anak muda yg menjadi sandaran pasukan Terengganu sekarang.\

Semoga kamu semua terus menjadi pasukan yg digeruni.Bermainlah demi perjuangan dan maruah negeri bukan disebabkan nama dan habuan.Ayuh Ganu!Tunjukkang Nelang Mu!!

Peteh Teghanu Peteh!









sama tak mcm yg kat bawah ni?kahkahkah!

Friday, June 3, 2011

Patriotik Biar Masuk Akal

Hari ni gua nak bercerita bab patriotik.Patriotik lebih kurang macam bila lu pakai baju Che Guevara rasanya,patriotik tak patut.Lately ramai anak muda tampil bersuara akan hal patriotik.Apa yg mendorong mereka jadi bersemangat macam ni?US nak jajah Malaysia?Singapore pau pasir?Atau pendapatan per kapita Bangladesh lagi upfront dari Malaysia sendiri?

Bukan.Semua tu bukan.Ini semua gara gara FAM anjurkan perlawanan persahabatan Malaysia menentang 3 kelab Barclays Premier League dari United Kingdom.Sebenarnya kerja kerja perlawanan persahabatan ni wujud dari zaman lipas kudung Allahyarham SuperMokh lagi.Masa tu ntah mike mike semua ada lagi ke ntah.Mcm aku sendiri,masih berupa placenta dlm perut ibu gamaknya.

Kita pernah friendly ngan England B,Arsenal dan Everton dan beberapa kelab kelab terkemuka yg lain hinggalah bila muncul era kebangkitan bolasepak negara baru baru ni.Atas nama Malaysia sekarang dah main "attractive football" dan menang pingat emas serta AFF Suzuki Cup,rata rata rakyat Malaysia ibarat mendpt seorang Perdana Menteri baru yang hanya tahu menjaga kepentingan rakyat instead of kepentingan sendiri.Gembira sungguh rakyat Malaysia akan fenomena pasukan bolasepak kebangsaan.Meriah,dah lama tak rasa meriah mcm ni kalau petik bolasepak Malaysia.

Dulu dulu kalau gi stadium nak tgk Malaysia lawan,aku takkan terpikir nak beli pape waima kuaci sepeket sekalipun.Tapi masa zaman kejatuhan bolasepak negara,mcm mcm benda aku nak beli time tgk bola.Yang paling penting air botol.Airnya tak berapa penting mana.Yang penting botol tu,kalau dah start main cam bangang baru la teruja nak baling.Kalau time time teruja macam tu,balingan selalunya tepat.

Tapi patriotik bebudak zaman skang lain macam plak aku tgk.Patriotik bermusim.Sebelum ni patriotik wajib dalam kalendar masa 31 Ogos.Itu wajib jadi patriotik,kalau rumah tak pacak bendera kat bumbung consider deme ni tak patriotik.Antibiotik jauh sekali.
Pembawakkan patriotik skang ni macam satu gelombang gerakkan rakyat secara pukal.Tau pukal?Tak tau takpe,dah mmg dasar bengap nak buat mcm mana ye dak?


Bila kita bercakap bab patriotik ada 2-3 perkara akar yang harus kita huraikan.Salah satunya devotion atau kesetiaan.Kesetiaan terhadap negara aku percaya mmg takde seorang pun yang berbelah bahagi terhadap tanahair mereka.Ibrahim Ali satu contoh yg bangang boleh aku kasi.ok abaikan dia,kang emo pulak orang tua tu.Dalam soal kesetiaan,tiada perasaan in between.Nope,takde semua tu.Kalau ade sekelumit rasa in between maknanya dia kena muhasabah balik diri dia.Cewahhh..

Atas nama apa mereka yg patriotik ni kondem friendlies Malaysia dengan 3 BPL team.Melanggar ideology patriotisme ke apa?Atau kalau Malaysia buat friendly dengan kelab luar jatuh hukum Syubahah ngan kapir harbi?atau dengan kedatangan kelab kelab ni bisa menarik anak anak muda memberontak menentang kerajaan mcm segelintir korang duk buat sekarang ni?Dahla belajar pon gomen sponsor,subsidi tu,subsidi ni.Sampai masa kau nak against them.Make sense ke?

Banyak beri pandapat kebaikkan dan keburukkan kedatangan kelab kelab berprestij ini ke Malaysia.Tapi rata rata tak setuju atas nama takde pape pekdah,tak masuk ranking FIFA,waste of money dan yang paling kuat sekali utk mereka yg against match ni adalah sebab Man U tak datang.Tapi bebudak Man U nak chill sebenarnya.Dorang ckp tak kisah Man U tak dtg sebab dorang dah penah dtg and lawan Malaysia,2 matches lagi.So skang Man U focus game game besar dan penting je.Setakat M'sia ni sekadar isi masa lapang la mcm tu.

That's why skang dorang against kemasukkan kemasukkan team BPL ESPECIALLY Liverpool.Dorang tak marah or benci ngan Liverpool.Sebenarnya dorang nak Liverpool main game yang lebih penting dan besar bukan duk layan team macam Malaysia ni.Tau kelab kelab besar?Ye mcm Torquay,Stevenage dan Havant Waterlooville.Itu besar bagi penyokong golongan pekerja mcm mereka.

Mata aku skang berkedip kedip...paragraph atas tu asalnya tunggang langgang sebab mata aku dah tertutup tadi.Tapi aku dah ejas.

Penah ahh nak tulis,korang pikir sendiri la.

Wednesday, June 1, 2011

Kak Nah Kerani Sekolah Kat Kedah

Siapa tak kenal Kak Nah?Dari budak budak Form 1 sampaila Form 5 semua dengar nama Kak Nah dah goyang.Siapa tak kenal Kak Nah dia kodi.Begitu sekali budak budak ni jatuh hukum pada siapa tak kenal Kak Nah.

Tugas Kak Nah atas sikit dari Penolong Kanan dengan Hal Ehwal Murid.Even Hal Ehwal Murid pon refer kat Kak Nah kalau ade papehal.Nampak kuasa Kak Nah?Segala bentuk pemberitahuan,pengumuman,garis panduan dan hal ehwal semasa semua Kak Nah yg settle.Paling penting bab hantar surat pemberitahuan atau apa segala jenis surat dari sekolah,mmg Kak Nah handle.Bebudak cukup takut kalau dgr Kak Nah nak ngantor surat ke mak bapak.Kalau tak sebab gantung sekolah ni mesti kes bebudak Aspura curi coli ngan spenda Aspuri.Semua dah jadi alim pergi surau setiap waktu...ada yg gi surau pukul 10 pagi nunggu Zohor.Yg pesen gitu confirm jenis Kak Nah kenal mak bapak dorang,tau sgt dah.

Nak dijadikan cerita,Perlih ni antara bebudak terjal kat sekolah.Kak Nah mmg duduk area rumah Perlih.Dek kerana terjal,Perlih dah tutoh sorang budak junior sampai berak pon nak kena papah.Maka kata Pengetua,gantung sekolah.Yg Si Perlih dah ligat kepala pikir apa dia nak pusing bapak dia balik Perlis nanti.2 minggu gantung sekolah nak kelentong apa ye dak?Cuti peristiwa?Melampau sekolah kau cuti peristiwa sampai 2 minggu.

Maka baliklah Si Perlih ke kampung dia di Perlis.Balik plak ngam ngam weekend.Hari senin bapak Si Perlih dah siap siap nak ngantor Si perlih balik asrama.Perlih muka toye depan TV tgk Kamen Rider kabo kat bapak dia sekolah cuti lagi seminggu.Bapak Perlih dah pelik.Dalam hati Perlih punya berdebor tuhan aje yg tahu.Perlih tahu,skang ni kat sekolah Kak Nah dah start letak kertas kat typewriter nak kabo ke bapak dia pasal gantung sekolah.Perlih standby 3 hari depan letter box.Haram takde sampai surat apa apa pon selain katalog Singer maknye Perlih.

Hati dah kurang berdebor.Petang esok nak main bola lah kata Perlih.Besoknya masa bangkit tido Perlih dengor kemain bising bapak dia kat luor.Memaki maki hamun mcm nak gila bapaknya si Perlih.Berdebor datang balik,takleh tengok orang senang berdebor ni pun.
Pelan pelan Perlih intai kot pintu.Bapak Perlih duk pegang surat ada logo Sekolah!Celake...ini mmg celake,abis aku kali ni.Kabo Perlih ke diri sendiri.Bapak Perlih kalau dah mengamuk satu kampung tido.Tak berani dorang nak jalan2 kat luar.

Perlih beranikan diri pelan pelan kat belakang bapak dia.Perlih dah nekad nak mengaku yg dia kena gantung sekolah.Oh ye nama penuh Perlih Mohd Habibul bin Mohd Sap.Mohd Sap plak bin Ghani.Benda benda camni mmg makanan Kak Nah kalau nak bikin surat.

Perlih ckp baik baik ngan bapak dia.Bapak Perlih pusing mengadap Perlih.Sejahat jahat Perlih kat sekolah tapi bila Mohd Sap naik angin mmg kotey Perlih pon lari masuk bawah meja.


"Sekolah hang ni apa bebai sangat?Kalau hang buat jahat sekalipun gantungla hang sorang.yang depa nak pi gantung aku sekali buat apa?"

Perlih dah pelik.Bapak Perlih hulur surat dari sekolah,Perlih tenung penuh fokus.


Kepada ibubapa/penjaga,dukacita dimaklumkan bahawa Mohd Sap bin Ghani telah digantung persekolahan beliau atas kesalahan bla..bla...bla..bla...

Bala.Kak Nah ni perlukan assistant aku rasa.Mana bleh semua benda dia buat sorang.Murid sekolah bukannya sikit.

Julai Yang Merah

Kebanyakkan korang semua sedia maklum kelab bolasepak pujaan hatiku adalah Liverpool.Sudah menjadi impian setiap penyokong utk menyaksikan kelab mereka beraksi depan mata.Bukannya selama ni mereka beraksi dibelakang mata,depan mata juga cuma bezanya dalam kaca tv.Kalau korang pakai TV Plasma masih boleh panggil kaca tv sebab layer depan plasma masih kaca.Kalau LCD?Nak panggil apa?Itu aku tinggalkan kat korang utk buat conclusion sendiri nak panggil apa.

14th July dan 16th July akan menjadi tarikh keramat utk penyokong teras keras Liverpool.Kesudian pasukan hebat alam maya ini akan bertandang ke negara kita utk mengadakan sesi perlawanan dengan pasukan tanahair yg tercinta,Malaysia.Ramai mencebik dgn aku kabo suruh sokong Malaysia sebab itu pasukan kebangsaan kita,kita kena support dan agungkan.Bukannya kelab inggeris bekas penjajah Malaya.Ok time time gini korang petik sejarah penjajahan inggeris keatas Malaya la ye?Takpe.

Btw,aku paham perasaan mereka yg berkata begini.Semangat patriotism tu sangat tebal dlm dada.Tapi semangat mcm ni hadir setahun tak sekali.Lagi lagi time mcm ni la.Dan dan emo ngan Inggeris tu belas penjajah,so tak relevan kalau kau sokong kelab inggeris.Ok paham.
Memula aku malas nak kaji org org mcm ni sebab pada pendapat aku mereka mmg betul betul Ultras Malaya (yg wujud sejak M'sia menang cup baru baru ni.lama bukan kewujudan mereka?).

Tapi aku jumpa sorang hamba Allah penyokong paling tegar Newcastle atau Magpies sejak zaman Peter Beardsley.Dia kabo, "Jarr,cer deme kaji balik dari mana dtg org yg bikin statement patriotism tak patut mcm tu.Deme tgk sekali dorang tu penyokong kelab mana." ujar member aku tadi tu.Oh nama dia Hamid,Hamid Kengkang.
Hamid ni umur dah nak masuk 42 tahun.Tapi sibuk nak berkawan ngan org muda mcm aku.Kahkahkah!

Ok berbalik kpd isu tadi,maka aku pun buatlah kajian rambang ttg permasalahan ini.Aku pick up randomly 10 org peminat sukan bolasepak di Malaysia dan buat survey.

aku tanya 5 soalan wajib setiap seorang.

- Apa pendapat anda ttg perlawanan persahabatan anjuran FAM dan 3 kelab EPL?
- Wajarkah kita menyokong kelab kesukaan kita atau support team kebangsaan?
- apa pandangan anda ttg kualiti permainan pasukan kebangsaan sekarang?
- adakah perlawanan ini mendtgkan apa apa benefits kpd pasukan kebangsaan?
- akhir sekali, apakah pasukan kegemaran (sokongan)anda di Liga Inggeris?

ini soalan wajib aku tanya utk survey aku.Dari 10 peminat sukan bolasepak yg aku tanya dengan kelima lima soalan wajib diatas,rata rata memberikan jawapan yg seperti dijangka.Against all the BPL teams yg akan hadir ke Malaysia.Dan tak kurang yg menyatakan kualiti kita dah jauh lebih bagus dari dulu,so tak perlu lawan lawan kelab BPL ni.Buang masa dan duit kata mereka.

Lepas berbual lebih kurang dengan 10 peserta survey,aku tanya soalan last,ye soalan last yg berbunyi apakah pasukan kegemaran (sokongan)anda di Liga Inggeris?

Dari 10 org peserta survey, sepuluh sepuluh jawab kami penyokong MAN UTD.

Babi.Patutla........nak kena buat balik la ni.Masalahnya mana tempat kat M'sia yg takde majoriti penyokong dorang ni?Putrajaya pon sama.

Ini mmg celaka.

Thursday, May 12, 2011

Rindu Champions League pada Liverpool

Rata rata fans football club yg layak ke Champions League dah sibuk pompang pompang pasal Liverpool yg tak layak ke UCL season depan.Sebaliknya Liverpool masih berada dlm kelompok Europa League,ok mungkin yg terakhir season depan.Fans yg bising2 menganjing Liverpool tak qualified UCL tu sebenarnya rindu nak tgk aksi Liverpool di UCL ye dak?

Kalau tak masakan Johan Cruyff,Diego Armando Maradona dan Michel Platini dah malas nak layan sangat UCL la ni.Sebab dorang akan hadir Final di Wembley pon atas dasar menghormati semangat kesukanan.Nama nak rasa terhibur layan bolasepak sampah dari team setan freemason merah jauh sama sekali la kan.

Kalau tak masakan dorang tayang UCL masa match Fulham vs Liverpool tempohari?Itu kerana UCL rindukan Liverpool,bukan Liverpool rindukan UCL.Tau ke tak tau ni?