Monday, June 13, 2011

Bila Semangat Nak Menang Melebihi Segala Galanya

Perlawanan akhir Piala FA edisi 2011 Sabtu tempohari boleh dikategorikan sebagai satu perlawanan epik yg pertama menemukan dua gergasi bolasepak Pantai Timur dipentas final.Terengganu dan Kelantan dua seteru dan musuh tradisi baik dlm segi sukan mahupun aktiviti gocoh.Pertembungan pada hari Sabtu tempohari menjadi tanda aras dimana level kedua dua pasukan.Baik dari segi prestasi dalam padang mahupun mentaliti penyokong kedua belah pihak.

Satu perkara yang aku bersetuju,penyokong Kelantan memang Ultras tahap Elland Road.Malah lebih Ultras dari Nottingham Forest mahupun Kopites.Dimana sahaja perlawanan melibatkan pasukan Kelantan,mereka akan turun beramai-ramai memeriahkan majlis.Dan ini sedikit sebanyak mempengaruhi pasukan lain seperti Ultras Terengganu dan Ultras Selangor.Dari segi sorak,kemenangan memang berpihak pada Kelantan.Semangat melawan?Kedua dua mereka ade semangat juang yang tinggi.Cuma beza Kelantan cepat berasa selesa dengan waktu berbaki 5 saat sambil melupakan semangat Megat Panji Alam pasukan Terengganu.

Hasil larian dan lorongan Ashaari Shamsuddin dapat kepada kaki Abdul Manaf yang menyepak sekuat hati dengan kudrat irodat yg masih tinggal.Khairul Fahmi dah jalankan tugas beliau,menepis.Tapi bola itu rebound dibawah ketiak kepam beliau dan melantun kearah pintu gol.Ok ini situasinya,dibelakang barisan Khairul Fahmi ada Farisham dan Daudsu.Dibelakang Daudsu ada Zhasna dan Nordin Alias.Dalam istilah sains kegagalan Daudsu mengeluarkan bola dari kawasan itu akan menyebabkan kedua pemain Terengganu berkokok riang sambil tap in bola muntah tu.Tapi,ada tapinya.Daudsu datang dengan kelajuan maksimum dalam usaha menyelamatkan gawang Kelantan setelah Khairul Fahmi menampan bola kurang kemas.Beliau lupa,dengan kelajuan maksimum nisbah kawalan bola akan berkurangan.Momentum hasil dari kelajuan itu juga bisa menjadikan sasaran tepat dan padu.Posisi Daudsu bukanlah begitu baik utk clearance.

Tapi beliau mengambil risiko 50-50 utk mengeluarkan bola dari membiarkan Zhasna dan Nordin menunggu dibelakang dengan sentuhan mudah.Dengan momentum yang padu dari Daudsu,beliau mengambil keputusan yang mana bisa merubah perlawanan atau satu turning point yang tak terjangkau dek akal mana mana peminat bolasepak.Gol sendiri.Ye benda yang paling pemain bolasepak takut untuk hadapi,lebih lebih lagi dalam perlawanan akhir.Dan yang lebih perit,masa berbaki 5 saat.M.Karathu dah standby nak sarung blazer,Halim Napi dah lap minyak kat muka nak amik hadiah dan Hashim Mustapha dah freestyle kat tepi padang sambil minum Gatorade.Dah nak menang kena la minum air mahal skit ye dak?

Hanya Tuhan yang tahu betapa luluh perasaan Daudsu tatkala beliau melihat bola yg ditanduk menerjah ke gawang sendiri.Tambah lagi apabila itu menjadi tonik kebangkitan pasukan Terengganu untuk memenangi perlawanan.Bukan salah Daudsu.Dia hanya lakukan kerja beliau untuk menyelamatkan gawang dari dibolosi.Nasib tak menyebelahi Daudsu.Sedikit sebanyak cerita ni tak lari jauh dengan cerita Liverpool buat comeback di Istanbul pada 2005.Dengan kehadiran 85,000 penonton di Bukit Jalil pada malam tu yg mana majoriti nya adalah penyokong Red Warriors.Dianggarkan lebih 55,000 penyokong Kelantan pada malam itu dan selebihnya adalah penyokong Terengganu.Mana datang awok awok ni yang ramai sangat?Itu pun tak semua brader tomyam mahupun brader bundle tutup kedai.Kalau tak mau dalam 70,000 penyokong Kelantan malam tu.Bala...bala...

Tapi determination untuk menang memang dalam diri pasukan Terengganu.Kata coach main sampai tiup wisel,ya itulah yang mereka lakukan.Hasilnya?Dapatla Piala FA yg sama berat mcm Grand Livina tu bawa balik ke Terengganu Darul Iman.Dahla pasukan bolasepak negeri menang Piala FA,dikhabarkan pula kontinjen SUKMA Terengganu melakukan hattrick sebagai juara keseluruhan kejohanan SUKMA utk kali ke-3 berturut-turut.Makan apa budak budak Terengganu ni?Populasi takdelah ramai mana,tapi bab sukan,yarabbi,power tak patut.

Obviously akan jadi cliche bila aku cakap aku bangga jadi rakyat Terengganu.Tapi itulah hakikatnya bila jadi anak jati Terengganu,Same goes to others dengan negeri masing masing.Aku bukan bangga hanya sebab kami menang FA,aku dah mengikuti bolasepak Terengganu sejak zaman Semi Pro.Sejak zaman Ariffin Osman,Ahmad Paijan,Frank Pastor,Martin Busse,John Onwedegu,Samuel Chebli,Wan Ahmad Ridzuan,Zubir Ibrahim,Raimi Jamil dan juga Mubin Mokhtar serta Zamri Mohd Noor.Zaman air seriya,kepok seriya,burger seriya.Aku rindu zaman kegemilangan Terengganu waktu tu.Dan aku dapat kembali merasa zaman yg dah lama berlalu dengan kebangkitan anak muda yg menjadi sandaran pasukan Terengganu sekarang.\

Semoga kamu semua terus menjadi pasukan yg digeruni.Bermainlah demi perjuangan dan maruah negeri bukan disebabkan nama dan habuan.Ayuh Ganu!Tunjukkang Nelang Mu!!

Peteh Teghanu Peteh!









sama tak mcm yg kat bawah ni?kahkahkah!

5 comments:

sigedat said...

gamba last tu zaman tok undan tak payah nak up sangat.

Jarr said...

dengki...

zazmi said...

best bc artikel ni. sempoi n lawak... papepun, masa gol penyamaan saat2 akhir tu, seluruh penyokong tranung dlm stadium tu percaya yang kami akan keluar dr stadium mlm tu dengan membawa pulang kemenangan.Sepanjang 30 minit ms tambahan, kami tak duduk dan bersorak mcm dah menang. Alhamdulillah...

Jarr said...

alhamdulillah..aku ilang suara tgk T'ganu buat comeback.hehe

shahirahkhairudin said...

hai jarr
saya mencester unaited
saya okey