Wednesday, November 9, 2011

Risau

Semalam aku berfikir panjang.Panjangnya aku punya fikir tu tak dapatlah pulak aku nak gambarkan kat korang.Cuma pada hemat aku,betul ke apa yang dah aku buat dan apa yang aku dah hantar kat Lejen Press?Berbaloi ke kalau aku buat percubaan ni?Aku bukan Lucius mahupun Linglung yang ada perbendaharaan kata power tak patut bila menulis?Confirm aku takde semua tu.Tapi atas desakan hormon menda yang membuatkan aku nekad hantar materials Pompang Pompang kepada Lejen Press?

Itulah yang aku risaukan sekarang ni.Passion aku dalam bidang menulis ni besar cuma aku belum berpeluang untuk fokus secara tawadduk terhadap minat menulis aku ni.Apa yang aku risaukan kualiti penulisan aku yang celaka ala kadar tu masuk ke dengan selera pembaca?Pembaca indie lately dah seronok disuap dengan karya-karya agung dari penulis-penulis yang lebih dikenali seperti Nami (Awek Chuck Taylor),Linglung (Sperma Cinta),Lucius Maximus (CPD,CMTKPD),Fdaus Ahmad (Sembang Kencang I,II) dan otai-otai dari Kitab Terfaktab dan tak lupa juga hardcores Sarkasis.Pandangan mereka terhadap Pompang Pompang hanya ada dua kemungkinan.

Pertama, aku bisa ambil semua kritikan membina dan terus mencuba untuk jadi lebih tajam dan deep demi menghasilkan satu penulisan yang boleh menyerap tanpa dipaksa oleh mana-mana entiti sekeliling mereka.

Atau yang keduanya, aku ambil segala kritikan dan komen mereka sebagai tanda aras untuk aku berhenti berkarya sebab penulisan aku sememangnya macam lahanat tapi ada hati nak buat blook?

Persoalan ni yang paling merisaukan aku.Tapi orang kabo kalau nak berjaya kenalah struggle dulu ye dak?Aku tak kejar habuan royalti mahupun kemasyhuran.Cuma aku nak pembaca menyelam dan scuba diving dalam cerita-cerita aku.Secara serius,aku tak pandai menghibur orang dengan kaedah menulis apatah lagi buat stand up comedy.Aku biasa melawak dengan anak bini aku,keluarga terdekat aku dan sahabat handai secara lisan dan pergerakan.Punchline aku datangnya dari sesuatu yang aku luahkan hingga bisa menggeletek hati dorang.Ok mungkin sebab mereka itu adalah mereka-mereka yang rapat dengan aku jadinya ketawa itu suatu yang mesti ditunjukkan untuk mengambil hati setelah bersusah-payah aku cuba buat komedi yang aku rasa takde la kelakar mana pun.Malah kekadang aku sendiri rasa bangang pon ada.Kadang-kadang bangang yang aku rasa tu bodoh tak patut.Bangangnya dia sebijik macam Arsenal.Kan ke hina namanya tu?

Tapi apa salahnya mencuba ye dak?Kalau orang tak suka itu hak kamu la ye dak?Pada yang suka maknanya aku dah lakukan tanggungjawab aku dengan memeriahkan scene indie ni.Pada yang tak suka dan kurang gemar maafkan aku sebab tak bisa mencapai standard seperti yang kamu inginkan.Berikan saya tunjuk ajar supaya saya lebih sharp pada masa hadapan.Sharp tu sharp macam Dirk Kuyt hat trick masa lawan Man U sedikit masa dulu.Atau kalau takmo sandarkan pada kenangan sangat kita ambil sharp yang paling ternow sekali masa Man City menang 6-1 dengan Man U tu hari.Macam tu la sharp dia maksud aku.

Ok camtu?

4 comments:

ayobkelubi said...

fear not my friend. coz You'll will never walk alone!.

buat aje!. yang penting niat tu!. bila dah buat. secara otomatik, perbendaharaan kata segala neka tok nenek lu akan jadi power macam mereka2 yg biasa kita baca hasil tulisannya.

gua yakin lu mampu. kalau lu mampu. baru gua yakin gua pun mampu!. ha ha ha!...

Mince4AM said...

selamat geng..mung ganah lening.. bakat menulis mung di sana sini dan merate rawe. i harap u sukses!!! ( ni skrip rafi pada jamal dlm Azura kahkahkah..muke je ganah)

Jarr said...

terima kasih kpd sohibul kastam berdua.akan gua cuba yg terbaik..

di dialog shabri pakai dai filem Azura tu mmg gampang..kakakakaka

talkIZcheap! said...

risau? pisau? hijau?? - Shin Chan :p