Busu Raymen dah janji macam-macam dengan Pe'ah.Langit,bumi,ampaian besi,buaian colourful dan macam-macam lagi.Tapi masalahnya sekarang kerja mende si Busu Raymen ni?Mak Kiah memang tak berkenan dengan Busu Raymen sejak budak tu sekolah rendah lagi.Selalu saja tabur janji manis kat Pe'ah.Sampai Pe'ah mengidap kencing manis dek janji yang ditabur Busu Raymen.Sekarang dah dijanjinya pula nak kawin dengan Pe'ah dan yang paling bala,Pe'ah menggeletis nak kawin juga dengan Busu Raymen.
Tak dinafikan Busu Raymen ni kacak kemain kat Kampung Segenggam Kasih ni.Sebut sahaja Busu Raymen anak Lebai Richet semua orang kenal dan maklum akan hensem nye budak ni.Bukannya setakat Pe'ah.Malah Sabariah Gebu,Junaidah Montel dan Rokiah Mentol memang tergila-gilakan si Busu Raymen ni.Tapi yang dapat menambat hati Busu Raymen cuma Pe'ah seorang sahaja.Sebabnya?
Pe'ah cantik.Cantiknya Pe'ah ni sampai kalau nak dibandingkan dengan Nora Danish pon masih Pe'ah yang cantik.Kalau dibandingkan dengan Anita Sarawak,Pe'ah punya lagi besar.Eh!?.
Pakej yang Pe'ah ada memang dalam checklist Busu Raymen.Atas sebab sebab demikian Busu Raymen memang nekad nak kawin dengan Pe'ah.Halangan paling besar sekarang ialah Mak Kiah.Bagaimana caranya Busu Raymen nak menambat dan memenangi hati dan jiwa raga Mak Kiah supaya dapat dia miliki Pe'ah.
Bermulalah episod dalam hidup Busu Raymen menambat hati Mak Kiah.Kalau dibelinya makanan,dibelinya juga untuk Mak Kiah.Kalau dibelinya buah-buahan,dibelinya satu set untuk Mak Kiah.Waima maknya Busu Raymen pesan suruh gi kedai beli kicap,dibelinya juga kicap ke Mak Kiah.Apadahal?Bapak Busu Raymen,Lebai Richet orang kaya kat Kampung Segenggam Kasih.Cuma Busu Raymen ni jenis malas nak berkerja.Kerjanya perabih rete Lebai Richet je.Makcik Bellarina maknya Busu Raymen pon dah tak reti nak nasihat si musibat ni.Kemain ketegaq suruh cari kerja.
Scene menambat hati Mak Kiah ni berterusan selama 3 bulan.Tak penah sehari pon Busu Raymen miss bawak buah tangan untuk Mak Kiah.Kebanyakkan masa Busu Raymen dihabiskan ditangga rumah Mak Kiah,dilayannya orang tua tu berborak.Dari isu politik sampaila isu daun kelapa nak buat ketupat anyam hari raya takde stok.Intim bebeno dua orang tu.Sedikit demi sedikit Mak Kiah dapat terima Busu Raymen.Sehari tak tengok Busu Raymen, gundah gulana Mak Kiah dibuatnya.Sampai naik rimas pula si Pe'ah bila Mak Kiah selang dua minit bertanyakan datang ke idok si Busu Raymen bertenggek arini.
Dipendekkan cerita,Busu Raymen hantorlah rombongan meminang kerumah Pe'ah setelah mendapat lampu hijau Mak Kiah.Pada hari yang penuh bermakna tu,kemain dua beranak tu melaram dengan kebaya sendat.Nampak macam adik dengan kakak pulak si Pe'ah dan Mak Kiah.Cantik sepadan dua beranak tu.Pe'ah dan Mak Kiah tersipu-sipu bila rombongan mengusik siapa yang nak dipinang ni,mak ke anak?Almaklum lah Mak Kiah pun status janda bergetah.Selera pon mestilah masih panas.Eh kesitu pula.
Pe'ah dek tak tertahan malu dengan Busu Raymen berlari berdesup masuk kebilik.Orang orang tua kabo,kalau lari masuk bilik sebab malu tanda setuju.Wallahualam.
Mungkin dia terkentut siapa yang tahu.
Arakian tibalah hari pernikahan.Kemain meriah hari tu di Kampung Segenggam Kasih.Lebai Richet kasi tumbang 3 ekor lembu New Zealand.Kambing golek setiap penjuru khemah dan tak lupa kuaci serta daun pakau setiap meja tetamu untuk menghilangkan bosan.
Dibilik pengantin kelihatan terlihat Pe'ah yang menangis teresak-esak.Entah tangisan kegembiraan atau senggugut hanya Tuhan yang tahu.Mak Kiah tak putus-putus menenangkan Pe'ah yang tersedu-sedan.Majlis berlangsung gilang-gemilang dengan kompang,pertunjukkan live band,karaoke dan tak lupa juga pertunjukkan bunga api.Pendek kata kalah majlis juta-juta Norman Hakim dan Sememey tu.Mak Kiah tersenyum simpul tanda puas.Pe'ah diam membatu sambil mendongak kelangit.Bagi Pe'ah pertunjukkan bunga api tu takde makna bagi dia lagi.
Keesokkan paginya..........
"Selamat pagi sayang..." Busu Raymen mencium dahi isterinya pada pagi itu..
"Selamat pagi cinta..." balas isteri kesayangan Busu Raymen.
Busu Raymen melangkah kebilik air untuk mandi.Semasa melewati dapur, Busu Raymen disapa, "Errr...selamat pagi 'Ayah'...huwaaaaa..." kelihatan Pe'ah berlari masuk kebilik meraung-raung macam histeria.
"Kenapa tu sayang?" Laung Mak Kiah dari bilik tidur pengantin.
"Takde pape sayang,anak kita si Pe'ah ni terperanjat tengok saya kot" Balas Busu Raymen.
Mak Kiah keluar berkemban menghampiri Busu Raymen.Mereka berpelukan,bahagia sungguh pasangan baru berkahwin ni.Dibilik yang lain Pe'ah hanya mampu menangis mengenangkan nasibnya yang berbapa tirikan Busu Raymen.Lelaki yang sepatutnya jadi teman hidup beliau.
"Tu la,suruh lagi bopren kau amik hati orang tua tu lelebih.Dah tu Mak Kiah tu bukan janda sembarangan.Bergetah tau tak bergetah?" Terngiang-ngiang kata-kata Timah Jongket masa Busu Raymen datang meminang sedikit masa dahulu.
Pe'ah bungkam.
No comments:
Post a Comment