Sejak bulan puasa hari tu gua gi kerja naik motor.Selama gua kerja kat KL ni,naik kereta nak gi kerja lama dia macam nak gi Nilai 3.Padahal dari rumah ke ofis tu baru dalam 15-20 menet.Tapi disebabkan Jalan Kuching dengan Jalan Tun Razak tu jem nya macam gampang tu yang jadi sejam lebih.Tapi sejak naik motor ni, dia punya jimat masa memang tak patut.Dulu bangun pagi 6.30 dah kelam kabut nak Subuh pastu siap siap nak gi kerja.Skang bleh rilek lepas Subuh,bangun balik 7.45am siap siap nak gi kerja.Hantar Mem ke Yap Kwan Seng pastu shoot ke Kg.Attap.Semua tu hanya memerlukan 40 menet je secara keseluruhan kalau mengikut cuaca normal.
Scene pergi kerja bawak motor ni baru benar pada gua.Gua tak biasa merempit apatah lagi wheelie mahupun wikang.Setakat double stand motor gua tahulah time nak parking.Scene paling ganas gua penah buat sejak pakai motor ni bawak Adam duduk belakang pergi jalan-jalan kat taman.Kalau petang tu gua rasa nak lagi mencabar dan menguji kemampuan diri,gua suruh Adam duduk depan dalam bakul.Goyang juge nak balance.Tapi gua dah khatam bab tu,cuma kalau time Mem nak betulkan duduk atau nak tarik kain dia je gua terhoyong-hayang skit nak kontrol.Pesen tak reti nak duk diam diam atas motor.
Bab korner dengan cilok time jem tu paling gua suke.Rasa cool dia memang tak patut.Perasaan rempit sejati tu macam nak menular dalam diri tapi cepat cepat gua tepis perasaan setan macam tu.Taknak gua simpan rambut ada ekor kat belakang bergentel-gentel.Macam tahi punya stail.
Dan selama gua bawak motor, pagi tadi adalah paling horror.Horror dia macam cerita seram Momok Jangan Panggil Aku.Usai hantar Mem ke opis gua terus meluncur laju seperti pucuk dilancar menuju ke Kg.Attap tempat gua cari makan.Semasa melalui jalan depan Bank Negara tu gua punya laju dah macam Eddie Lawson.Gua mendap sikit kepala ke meter kasi bongkok 38 darjah, ngam ngam ikut aerodinamik angin punya acceleration untuk menambah kelajuan.Sampai kat flyover Kg.Attap gua punya jantung dah sama level dengan skrotum bilamana gua angkat kepala rupa-rupanya divider betul-betul kat depan mata.Tuhan saja yang tahu hidup mati gua hari ni.
Gua tekan brek semahu-mahunya.Dia punya berdesit bunyi skreeett kat jalanraya macam Jason Statham konar dalam Transporter.Nak ikut fakta cerita benarnya,lagi 2-3 inci tayar depan gua nak cecah divider gua terus balas masuk exit bawah.Kereta belakang punya hon meriah macam malam Merdeka gua dengar.Gua berenti tepi,gua istighfar banyak-banyak.Gua cuba kira 1,2,3.Gua laung A,B,C,D dua tiga kali,last sekali gua baca doa makan.Alhamdulillah semua gua ingat dengan baik.Pelan-pelan gua pulas throttle gua bismillah,beristighfar pastu gua sendawa kemain kuat.Angin keluar banyak tak patut takut punya pasal.
Kalau gua tak alert tadi nescaya wahai kawan-kawan,hanya Al-Fatihah je lah yang bisa korang sedekahkan kat gua.Sebab kemungkinan dia dua je tadi.Samada gua balas kanan sapu semua kereta yang duk laju kejar punch card atau selamba rempuh divider kat depan kasi bertepek muka kat situ.Balas kekiri tu sebenarnya petunjuk dari Allah.Sebab kereta belakang dah bajet gua akan melayang tengah-tengah or berdentum kekanan.Jadi dia pelankan kereta dia supaya gua boleh terus bernyawa dengan balas kekiri jalan.
Pesan gua dari pengajaran hari ni,belilah motor besar skit yang 500cc keatas.Kalau eksiden minimal effect dia.Kalau LC macam gua ni,minimal juga.Tapi minimal kerja orang hospital lah.
Hoh..berdebor tak abih-abih lagi.
8 comments:
uishk...
hehe...misteri alam angker.haha
Paling aku takut naik motor kalau jalan basah. pehhh...
Basah paling aku cuak.Tayar motor LC ni pesen tak de bunga kat tgh2..kalau lalu line putih tu goang woo..hujan jgnlah main layan konar..sila tukar TT dunlop atas sebab sebab keselamatan.
Bro, divider sebelum turun ke roundabout tu memang dah ramai orang hentam. Gua dah 2-3 kali jumpa orang tersadai situ. Hati-hati. Gua pun pakai scooter sym vts200 tu saja. Kalau eksiden, perhhh lebih kurang LC saja.
moto lu laju tu pei.be careful.
aku mmg beringat lepas ni.giler lah.
gile ! leka !
tak sempat wa mintak sign nanti
eh sempatttttttttttttttttttt.....dada kan?eh.
Post a Comment