Friday, May 18, 2012

Siri Langgar: #2 - Kelar


Perut Jimi lapar. Berkeriuk bunyi dalam perut dek lapar. Atip ada kerja, Rakesh hilang entah kemana. Jimi longlai. Hidup kereta, tekan minyak menuju ke warung Dorai. Ramai betul manusia di kawasan Dorai malam itu. 

Jimi masuk kedai, ambil port menghadap mamak si penggoreng mee. Maggi goreng dan teh o ais limau, menu mampu makan Jimi kalau kesitu. Hidangan sampai depan mata. Tanpa Bismillah Jimi terus-terusan menyuap Maggi goreng yang nampak sedap benar pada mata Jimi. Mamak dihadapan beliau sedang memotong rojak menggunakan pisau dapur.

Jimi nampak kelibat dihadapan cermin beliau akan seseorang yang amat familiar mukanya. Jimi berpeluh. Bukan main-main punya peluh. Peluh orang yang dah nak sampai ajal gayanya. Orang yang Jimi hanya nampak kelibat sebentar tadi sekarang betul-betul berada dihadapannya. Mamak penggoreng mee bungkam.

“Apache……” sepatah perkataan keluar dari mulut Jimi.

Apache, ketua kumpulan Apache di Kuala Lumpur. Dia mendapat nama Apache pon kerana tattoo Apache dibadannya. Brader Apache terus capai pisau mamak penggoreng mee dan menarik rambut Jimi mengheret dia keluar dari warung Dorai. Jimi diheret sampai ketepi parit besar dikawasan itu. Pisau diletakkan dileher Jimi dan Apache bersedia untuk menamatkan riwayat Jimi. Jimi merayu supaya tidak dibunuh.

Kuasa Tuhan, lampu jalan yang terang yang menyuluh muka Jimi membuatkan Apache mengangkat pisau beliau dari leher Jimi.

“Lu adik Ropi? Hah! Lu adik Ropi? Cakap sama gua.” Apache menengking.

“Ye ye saya adik Ropi bang, saya adik dia. Tolong bang, saya mintak maaf.” Jimi merayu.

“Lu tau tak Ropi pon hormat gua. Lu adik dia baru umur 19 sudah mau tunjuk gangster. Apsal lu kejar budak gua!!!”

“Maaf bang, saya tak tahu dorang tu budak abang. Maafkan saya.” Jimi masih terus meminta maaf.
“Kalau tak kerana Ropi, lu dah mati. Gua sumpah lu confirm mati punya.” Apache yang wayar otak dah putus bersuara.

Sambung Apache, “Macam ni lah, memandangkan kau ni adik Ropi automatic kau jadi budak Apache sekarang. Apa-apa hal dekat Central Market, kau sebut je nama aku. Kau dah kira budak aku sekarang.”

Jimi yang waktu itu baru berumur 19 tahun gembira bila diterima dalam kumpulan Apache. Dan dalam masa yang sama, Jimi tertanya-tanya, “Apa betul ke power sangat dia ni.?”
  
Hari itu Central Market sesak seperti biasa. Tiada apa yang abnormal. Hanya gelagat manusia yang beraneka ragam dan hiruk pikuk penjaja mencari rezeki kedengaran. Deruman kenderaan, bingit pembinaan disekeliling menambahkan lagi gamat sekitar Central Market. Mata Jimi melilau seakan mencari sesuatu. Perlahan dia mengatur langkah menyusuri kedai demi kedai. Entah apa yang dicarinya.
Mata Jimi terpaku dihadapan Restoran Hameed. Diamati setiap umat manusia yang sedang melahap hidangan. Jimi telan air liur. Panjang tekak dia mengiyakan air liur yang nak lalu.




bersambung....................

3 comments:

bukankosong said...

ni KL gengstar version buku lak

not bad :P

Amirul (aremierulez) said...

Ni mesti kau promo kan..

Nanti kau cuma letak cite ni kat blog separuh je. Untuk promo bila kau compile buat novel nanti.

Tak pe, kelaur novel kau, aku beli. Aku support lu bro

specialshowtoday said...

hi!friend, now i want to share my blog with you
in my idea good if link each other coz we distribute
news or everything to an other person know our
culture too,this is my blog http://khmernews-specialshowtoday.blogspot.com/
if you think good or okay with me please your blog
to me , amokpongthom@gmailcom
thanks you in advance