Friday, May 18, 2012

Siri Langgar: #2 - Kelar


Perut Jimi lapar. Berkeriuk bunyi dalam perut dek lapar. Atip ada kerja, Rakesh hilang entah kemana. Jimi longlai. Hidup kereta, tekan minyak menuju ke warung Dorai. Ramai betul manusia di kawasan Dorai malam itu. 

Jimi masuk kedai, ambil port menghadap mamak si penggoreng mee. Maggi goreng dan teh o ais limau, menu mampu makan Jimi kalau kesitu. Hidangan sampai depan mata. Tanpa Bismillah Jimi terus-terusan menyuap Maggi goreng yang nampak sedap benar pada mata Jimi. Mamak dihadapan beliau sedang memotong rojak menggunakan pisau dapur.

Jimi nampak kelibat dihadapan cermin beliau akan seseorang yang amat familiar mukanya. Jimi berpeluh. Bukan main-main punya peluh. Peluh orang yang dah nak sampai ajal gayanya. Orang yang Jimi hanya nampak kelibat sebentar tadi sekarang betul-betul berada dihadapannya. Mamak penggoreng mee bungkam.

“Apache……” sepatah perkataan keluar dari mulut Jimi.

Apache, ketua kumpulan Apache di Kuala Lumpur. Dia mendapat nama Apache pon kerana tattoo Apache dibadannya. Brader Apache terus capai pisau mamak penggoreng mee dan menarik rambut Jimi mengheret dia keluar dari warung Dorai. Jimi diheret sampai ketepi parit besar dikawasan itu. Pisau diletakkan dileher Jimi dan Apache bersedia untuk menamatkan riwayat Jimi. Jimi merayu supaya tidak dibunuh.

Kuasa Tuhan, lampu jalan yang terang yang menyuluh muka Jimi membuatkan Apache mengangkat pisau beliau dari leher Jimi.

“Lu adik Ropi? Hah! Lu adik Ropi? Cakap sama gua.” Apache menengking.

“Ye ye saya adik Ropi bang, saya adik dia. Tolong bang, saya mintak maaf.” Jimi merayu.

“Lu tau tak Ropi pon hormat gua. Lu adik dia baru umur 19 sudah mau tunjuk gangster. Apsal lu kejar budak gua!!!”

“Maaf bang, saya tak tahu dorang tu budak abang. Maafkan saya.” Jimi masih terus meminta maaf.
“Kalau tak kerana Ropi, lu dah mati. Gua sumpah lu confirm mati punya.” Apache yang wayar otak dah putus bersuara.

Sambung Apache, “Macam ni lah, memandangkan kau ni adik Ropi automatic kau jadi budak Apache sekarang. Apa-apa hal dekat Central Market, kau sebut je nama aku. Kau dah kira budak aku sekarang.”

Jimi yang waktu itu baru berumur 19 tahun gembira bila diterima dalam kumpulan Apache. Dan dalam masa yang sama, Jimi tertanya-tanya, “Apa betul ke power sangat dia ni.?”
  
Hari itu Central Market sesak seperti biasa. Tiada apa yang abnormal. Hanya gelagat manusia yang beraneka ragam dan hiruk pikuk penjaja mencari rezeki kedengaran. Deruman kenderaan, bingit pembinaan disekeliling menambahkan lagi gamat sekitar Central Market. Mata Jimi melilau seakan mencari sesuatu. Perlahan dia mengatur langkah menyusuri kedai demi kedai. Entah apa yang dicarinya.
Mata Jimi terpaku dihadapan Restoran Hameed. Diamati setiap umat manusia yang sedang melahap hidangan. Jimi telan air liur. Panjang tekak dia mengiyakan air liur yang nak lalu.




bersambung....................

Thursday, May 17, 2012

Langgar: #1 - Apache


Telefon rumah berdering. “ Halo! Jimi, mana lu?” kedengaran suara halus macam budak baru baligh ditalian. “Gua tengah siap-siap ni. Lu pukul brape mau datang angkat gua kat rumah?” Balas Jimi. 

“Gua on the way, lagi 10 minit gua sampai. Gua mau lu sudah terpacak depan pintu pagar, jangan sampai gua hon.” Suara baru baligh memberi arahan.

“Baiklah celaka.” Jawab Jimi ringkas.

Dengan kemeja merah yang kemas dan jeans diselang dengan haruman Paco Rabanne, Jimi meluru turun tangga.

“Kamu nak pergi mana malam-malam macam ni Jimi?” Ummi sedikit gelisah bertanyakan pada Jimi. “Macam biasa Ummi, Jimi nak keluar jumpa kawan-kawan kat luar.” Belum sempat Ummi nak bertanyakan soalan seterusnya, Jimi terus sarung kasut dan keluar tanpa berpaling lagi. Ummi pandang anak ketiganya itu dengan sayu.

“Apa program malam ni? Tempat biasa?”
“Abis tu mana lagi nak tuju? Lu ni Atip macam tak biasa kita nak lepak mana.” Oh Atip nama budak suara baru baligh ditalian tadi.

“Manalah tahu kot lu ada tempat baru lagi syok, sharing is caring.” Ujar Atip.

Kereta Atip menderu laju menuju ke destinasi. Jimi mengelamun ditepi. Hiruk pikuk kota metropolitan Kuala Lumpur mula didengari. Mata Atip melilau mencari tempat letak kereta percuma. Memang dah jadi kebiasaan Atip selit kereta kat mana-mana yang dia rasakan takyah bayar. Jimi masih mengelamun.

“Hoi musibat! Tolongla tengok-tengokkan parking kereta yang gua boleh selit. Mengelamun je lu ni. Gersang ke apa?” Atip berbulu.

“Hah? Parking? Ok ok jap gua riki.” Jimi cover line. Entah apa yang dimenungkan hanya dia dan Tuhan yang tahu.

“Tu tu tu parking Tip! Masuk masuk!” Jimi menggelabah tak tentu pasal.
“Ye, ye gua nampak. Tak payahla nak menggelabah sangat.” Atip berlagak cool. Padahal dia sendiri tak nampak pon parking tu.

Malam itu Kuala Lumpur bingit dengan bunyi-bunyian malam minggu. Muda-mudi memenuhi pelosok kelab-kelab malam yang berselerakkan disekitar Jalan Sultan Ismail itu. Jimi dan Atip melangkah kearah tempat yang dituju, satu kelab yang sudah menjadi kebiasaan mereka menghabiskan masa atau lebih tepat, perabih duit. Didalam, Rakesh, antara sahabat baik mereka berdua sudah menunggu.

“Lu orang lambat sampai apa bikin? Main bontot ka?” Rakesh berseloroh.

“Jimi bersiap macam pondan, kemain lembab lagi gua tunggu dia Rakesh.” Atip jadikan Jimi mangsa bahan.

“Ini gua sudah sampai, lagi mau bising. Gua balik lu mau?” balas Jimi. “Aiyoh, cakap sikit sudah tarik muka meh? Jangan ini macam Jimi, duduk gua open table ini malam. Gua baru dapat projek besar.”


Jimi, Atip dan Rakesh sememangnya kawan baik. Akrabnya perhubungan mereka tak dapat diterjemahkan dengan perkataan. Mana ada Jimi, situ ada Atip dan Rakesh. Dan begitulah sebaliknya. Alunan muzik soul didalam kelab itu menemani Jimi, Atip dan Rakesh. Kadang-kadang diselangi dengan ketawa berderai Rakesh tatkala mendengar jenaka Jimi. Ye, Jimi pandai berjenaka dan atas sebab itu ramai yang senang dengannya.

Disatu sudut lain, sekumpulan pemuda asyik memerhatikan gelagat mereka bertiga. Jimi perasan akan keadaan itu tapi dibiarkan sahaja kerana tujuan mereka kesitu untuk berhibur. Dia tiada mood nak bergaduh hari ni. Kumpulan pemuda tadi masih tetap memerhatikan mereka bertiga. Jimi jadi panas hati, tapi dia bersabar. Jam sudah 2 pagi, Jimi memberi isyarat mata pada Atip tanda mahu pulang. Rakesh dah mabuk 18 tiang. Habis semua awek dalam kelab itu dipeluknya. Ada yang sporting,tak kurang ada yang menampar pipi Rakesh. Rakesh peduli apa, dah mabuk.

Jimi bingkas dari tempat duduk. Atip membontoti Jimi sambil Rakesh kelam kabut menghabiskan sisa minuman yang masih berbaki.

“Celaka, gua tak puas hati betul dengan budak yang usha-usha kita tadi.” Urat dahi Jimi timbul menahan marah.

“Rileks Jimi, itu budak-budak Apache. Biarkan saja. Dorang memang suka cari gaduh.” Atip cuba tenangkan Jimi. 
Rakesh mengcangkung ditepi kereta. Muntah dek kerana mabuk bergelen bir.
Riak muka Jimi penuh dengan tidak puas hati. Beliau mahu laukkan budak Apache malam ini juga. Diseberang jalan Jimi nampak budak Apache tadi masih memerhatikan mereka. Sabar Jimi sudah lenyap.

“Hoi sialan! Lu apa mau?” Jimi terus berlari mengejar budak-budak Apache tadi. Atip tanpa banyak soal terus ikut Jimi. Rakesh masih dengan halnya sendiri, muntah bir.
“Babi. Macam pelesit sekor-sekor lari. Kalau dapat tau la gua kerjakan
 dorang macam mana.” Jimi hampa. 
Atip membongkok keletihan dek kerana mengejar Jimi yang berlari laju mengalahkan Ben Johnson.
“Wei, Rakesh mana?”

bersambung...............