Wednesday, January 18, 2012

Stopa Warden dan Daud

"Daud buat hal lagi!!!" Stopa Warden tepuk meja. Kali ni hati Stopa berapi macam loji minyak kat Kerteh nun. Bukan sekali Daud buat taik dengan dia. Ini dah kali keempat Daud main gila sama Stopa. Dia nekad, kali ni apa nak jadi, jadilah. Stopa akan bertindak. Gelaran warden paling digeruni dekat Aspura mesti ada tanda. Bukan dengar cerita-cerita orang sahaja. "Petang ni masa budak-budak ni balik asrama siap kau Daud!", Stopa ketap gigi.

Jam tangan Quartz pemberian isteri beliau sudah dijeling hampir lapan belas kali. Bukan Stopa jeling sebab rasa cinta pandang pertama pada isteri beliau macam 15 tahun dulu. Jelingan Stopa kali ni jelingan maut! "Lambat betei bebudok ni balik skoloh." Stopa merengus. Grumpy old man orang putih kabo. Penuh sabar Stopa menanti bebudak balik ke asrama. Dihirupnya kopi jantan paket 3 in 1 penuh hati-hati seraya menjeling lagi kearah jam tangan beliau. "Ahh sudah pukul 1.15, kejap lagi balikla budak-budak ni. Daud, hari ni kau akan tahu kenapa aku warden paling brutal kat Aspura ni". Stopa pejam mata tarik napas dalam-dalam. Gaya nervous macam nak amik acara lompat kijang Sukan SEA.

Diperkarangan sekolah....


Daud berlari-lari kesana sini. Gembira benor Daud arini. Ntah apa yang gembira sangat pon tatau. Murid-murid lain cuma mampu kehairanan dan tak kurang juga yang terhibur dengan keletah Daud berlari kulu kilir. Daud beriringan dengan bebudak Aspura yang lain menuju je ke pintu asrama lelaki. Dalam jarak 200m Stopa nampak Daud berlari-lari anak beriringan dengan murid-murid lain. Kadang-kadang Daud terlanggar kaki bebudak lain dek kerana gembira yang tak tahu hujung pangkal. Murid-murid lain ketawa dan ada yang geleng-geleng kepala.

Stopa bingkas dari kerusi panjang Aspura. Tangan dicekak ke pinggang. Langkah Daud bantut. Perlahan-lahan Daud masuk pagar Aspura dengan kepala tunduk. Murid-murid lain ikut sama tunduk tak berani angkat muka. Siapa tak kenal Stopa Warden Aspura? Pali Buyet kena starlite masa form 2 sampai skang dah nak amik SPM masih ada tanda kat dahi tu. Power tak power starlite Stopa.

Daud dah tak selera nak berlari. Perlahan dia berjalan ditepi longkang, berhati-hati Daud atur langkah. Stopa ikut segala pergerakan Daud dengan ekor mata. "Sekarang Daud, sekarang. Kau berani, kau buatla sekarang..." perlahan Stopa bersuara sambil ketap gigi. Tak ngilu ke si Stopa ni ketap-ketap gigi? Daud dah bersedia dengan kebiasaan dia. Dipalingkan kepala kebelakang, Stopa masih tegak berdiri menunggu "kebiasaan" si Daud.

Daud sampai ke port biasa. Dikuis-kuisnya tanah berdebu itu dengan kaki. Berpusing-pusing Daud cari keselesaan. Dikuis-kuisnya lagi tanah tu sampai berlekuk. Daud berhenti sejenak, memandang kekiri dan kanan. Daud ambil posisi, dibetulkan kuda-kuda, digelek-gelek bontot. Aah ini selesa, Daud tengok kiri kanan lagi. "Kebiasaan" Daud bermula.

Stopa senyum iblis. "Celaka, berani betul ye kau Daud. Ni kali kelima kau main taik dengan aku. Dah sampai masanya aku ajar kau apa itu adab!!" Stopa berlari dari penjuru koridor. Ditangan beliau tergenggam batu bata dan batang penyapu. "Hoiii!!! Dasar tak tau diuntung! Aku jaga kau, aku kasi kau makan, aku kasi kau duduk asrama, kau buat taik kat sini!!!". Stopa baling batu bata kearah Daud. Melompat Daud yang tengah asyik masyuk dengan "kebiasaan" dia. Berdarah kening Daud. Dia lari meninggalkan Aspura.

"Cikgu, biarlah Daud dengan "kebiasaan" dia. Itu dah memang fitrah dia. Kucing, manalah dia tau nak berak kat tandas ke apa kalau bukan kat tanah". Faizal Razali yang tengah nak pergi prep tegur Stopa Warden.

Stopa bungkam. Timbul rasa kesal melukakan Daud. Kucing yang dia bela sejak sebesar tapak tangan. Mata Stopa bergenang.


Tamat.

2 comments:

pinyu pjah said...

hahaha..cikgu stopa..
time aku kene denda ngan dia kat depan ostel boy..time tu ada seko kucing ngah main ngan anak dara katak.cikgu stopa ni bleh plak dia pergi sembur kucing tu..

cikgu stopa:doh mung main nape ngan katok owh.adok aroh pekdoh la..

kucing:dengan "kebiasaannya"buat muka stupo ngan cikgu stopa sambil meneruskan aktiviti kacu anak dara katak.

Jarr said...

oh budak aspuri ye kamu pjah? =)