Thursday, April 21, 2011

Pergerakan Dalam Perut Bumi

Benda ni aku perasan dari balik kerja petang semalam lagi.
Sambil sambil aku makan kerepek pisang sira,aku rasakan perjalanan semalam tak smooth.Mcm ada sesuatu dari dalam tanah lepas lapisan tar yg kerajaan kasi turap kat Jalan Tun Razak tu bergegar gegar.
Aku usha Mem,dia mcm takde pape.Ye lah org pompuan dah mengunyah,mana nak perasan dunia nak kiamat,ye dak?

Aku pelan kan kereta sampai depan IJN,ye mmg kena pelan kan sebab jalan pon jem.Langit mmg dah sedia gelap,gaya awan berarak pon mcm awan dalam cerita Book Of Eli.Tak semena hati rasa risau tak patut.

Mem masih ligat mengunyah kerepek pisang sira.Yg keras dia pass kat aku sebab gigi aku kuat katanya.Aku amik tanpa banyak ckp.Kunyah kerepek pisang sira sambil hati berdebor mmg sedap tak patut.Pelan pelan aku tundukkan kepala kot kot bunyi gegaran dari luar aku boleh dengar ke apa.Takde.
Bau busuk cucuk idung tetiba...cilaka,tengahari gua makan nasi ayam penyet,mmg gampang la bau dia.Bukan buleh tahan tahan kalau nak kentut ye dak?Tingkap Mem buka,mulut membebel.Sayang la tu,tau sangat.Kalau tak sayang dia akan cakap kentut aku wangi,kan membohong namanya tu.Kalau membohong maknanya dia dah tak selera ngan aku.

Sampaila di Jalan Kuching kerisauan aku reda sebab dah takde gegar gegar ngan bumping masa kereta bergerak.Aku sampai rumah,main ngan Adam,makan obat,makan nasi,tgk movie jap pastu berangkat nak naik tido.Masa ni lah aku rasakan gegaran tu dtg balik.Kali ni lagi kuat,sampai terangkat meja mekap Mem.Ini dah poltergeist!Aku jerit kata stop.Dia stop,aku ckp dance,dia dance.Then aku try plak,jump!Melompat lompat meja mekap tu.Dari perasaan takut dah timbul plak perasaan seronok yg mmg tak patut.Ye la kan,benda dlm rumah semua mendengar kata,mcm Wonderland.

Aku taknak bangunkan anak isteri yg tgh nyenyak tido.So aku stop arahkan benda benda tu bergerak.Aku borak ngan sebijik sebijik benda dlm bilik aku.Memula aku layan borak ngan single sofa aku,pastu aku borak ngan meja mekap Mem,tu pun dia tercungap cungap sebab aku dajal dia suruh lompat memula tadi.Paling mcm bertih takleh berenti bercakap,iron rambut bini aku.Kuat komplen pon ye jugak benda alah ni.Dah puas melayan iron rambut bercakap si kereta control Adam nak borak.Aku layan la dia sampai ke pagi..

Last sekali,bini aku ajak berborak tapi aku dah letih.Tapi dia marah marah jugak suruh aku bangun berborak.Aku buat derk je,letih bhai satu malam suntuk berborak.Last sekali aku dgr Mem nak tinggal aku gi kerja sendiri.Kelam kabut aku bangun mandi pagi tadi.Celaka punya mimpi.Setan betul,apa ke mengarut mimpi mcm tu.Mmg aku tido bawah malam ni.

5 comments:

h a n i e said...

pesen kentut takde warning ni lebih bahaya dari global warming!!

h a n i e said...

cih..mcm pantun pulak dah komen wa.






p/s: ok. wa saja nk komen 2x. sb kagum kehebatan lu menghapdet arini. kahkahkah!

Jarr said...

woi hahahaah..aku update 2x sehari jadi issue berbangkit ni..

Linglung said...

dah pandai update blog skrg...mana dapat seru ni?

J@J@ / Bini The Rock said...

aik Jarr...

smgt menghapdet dah terkubur balik ke?
haiyaaaa!