Semasa membaca blog Joe Vienna[Orang Koliba ni],entry mendaki Gunung Kinabalu.Aku teringat plak zaman mendaki gunung pada tahun 1999,selang setahun lepas Joe Vienna sampai Mount Kinabalu.Tapi bezanya Joe naik Mount Kinabalu,aku cuma mendaki Gunung Tebu di Besut,Terengganu.Semuanya bermula pada suatu petang yg agak damai.
Lokasi kejadian,dorm Institut Teknologi Petronas Batu Rakit,Terengganu.Aku ngan Piang duk tgk senior training pekebenda pon kurang pasti.Pastu mcm bese la,aku ngan Piang kat rebel,pi tanya senior apa dorang buat.Rupenye tgh buat persiapan stamina nak panjat Gunung Tebu kata mereka.
Aku dan Piang berpandangan.Timbul idea sengal nak turut serta.Ye,turut serta mendaki Gunung Tebu.Tanpa apa apa persiapan aku roger lagi geng junior yg mana click kiteorg je la,semua nak join!cantit....kami pon inform ketua ekspedisi[Nama dia aku dah lupa].Pastu aku,Piang,Wadi paka,Pok yed,toyo dan beberapa kaum junior menyertai ekspedisi impossible kami ini.Keseronokkan menjelma weii...masa dlm bas mcm mcm perangai sengal kami buat.Sampai senior naik menyampah..nak pukul tak bleh,sebab kami semua mmg budak budak situ jugak.wakakakakakakaka..padan muka!berani pukul la..
sampai kat besut and aku dah lupa apa nama tempat nak mendaki tuh..nampak la kapten ntah hapa ntah tgh tunggu kite org.Pastu ade sorang pakcik otai sebagai penunjuk jalan atau kata Joe Vienna "guide",atau org Himalaya panggil "sherpa".Pakcik ni sempoi giler beb,army raincoat,kasut getah yg 3 hengget tu,seluar khaki lusuh banyak poket.tu jer.
Kami start mendaki..2 jam pertama mendaki best wooo...tau sebab apa?gunung ni korang kena nadap bukit dulu...utk sampai ke gunung,ade 7 bukit nak kena hadap.so jalan bukit takdela mendaki...dia mcm mendatar jer...kami tatau.Piang pulak bawak bekalan,sambil jalan sambil stoned.Korang takyah la tau apa bekalan itu.kah kah kah...dlm pukul 10am[start mendaki at 7.30am].kami sampai satu tempat mcm jalan mati,pastu berdindingkan batu batan..ngan akar akar kayu...
piang tanya kat atuk tuh,pokcik,sapa[sampai] doh ke?Pakcik tu senyum jer,pastu dia bersuara,"baru nok daki ni,tu sakning bukit jah..ni baru kaki gunung"!Mak Nkau!
aku dan Piang dah berpandangan,Wadi dah senyak tupah![senyap terus].yg lain bersandor kat perdu pokok pokok.Piang pelan pelan bukak beg amik bekalan dan meneguk dengan kelat[Perhatian:ni bukan arak,todi,samsu atau alkohol ye].
start mendaki,masing2 dah takmo berckp atau melawak.ckp skit jer piang dah marah...dah la dia tu kepala hangin.semua bersungguh-sungguh mendaki,sebab nak elak maghrib.kalau boleh by 5 or 6pm dah sampai puncak.Aku kencing jangan citer arr kan,pantang berenti.Piang tak abis duk tanya pakcik tu,lambat lagi ke?jauh lagi ke?
Pakcik tu lak jawab,dekat dah..lagi sebatang rokok sampai la....tu la jwpn dia every half an hour.sebatang rokok dia la,kiteorg dah nak dekat 2 kotak abis.tak sampai sampai...akhirnya ntah pukul brape kami sampai ngam ngam kaki cramp!perghhhh...Tuhan je yg tau beb..nak lempang org je rasanya.
Tapi perasaan kat puncak.Susah nak gambarkan....aku nampak seluruh bandar Besut...pastu belah selatannya Laut...perghhhhhhh...hening dan bening.lepak atas batu mcm pelana kuda bentuk dia[mlm tu ade benda duk bertenggek atas batu ni].dan bawahnya dipenuhi bonsai2 yg cantik giler ahhh!Pakcik tu pesan,jangan kencing kat bonsai bonsai ni ye.ni bukan org punye..."org tu" punye,kang dia maroh..susoh pulok nok jawab"...semua dah mcm pucat...tapi Subhanallah cantik betul taman bonsai "org itu"....malamnya dengan aktiviti yg tak brape nak digemari aku dan piang..kami lepak khemah buat hal sendiri.air jangan risau,ade takungan air gunung yg lagi sejuk dari air peti...mandi sekali celup je,pastu blah.sejuk weii....
turun takde la seksa,tapi kena tahan kaki arr.Pastu kena dajal ngan pakcik guide tu suruh cabut pokok Eurycoma Longifolia aka Ali punye tongkat.sampai kiamat pon takleh cabut...pastu aku ngan Piang amik jalan kampung,pastu terserempak ngan tapak RIMAU!perghhhh...berderau darah.last last jumpa kampung,pastu sampai jalan besar.nampak bas Petronas...berlari masuk,tido mengeruhh.Sampai kampus,sambung membuta bak org mati.nasib baik kawan2 tak talkin kan.Sok nye baru ckp mak aku,aku panjat gunung.
Sekian.
3 comments:
mak aii!!! seronoknya adventure belakang mak bapak - nasib baik selamat - kalau hilang dlm bansai tu mcm mana????
dah besar panjang ni dah baik sikit kot?!?!
ada satu je yg kureng ngan cita lu ni. kata Gunung Tebu. takde cita pasal tebu pun? mesti ada banyak tebu kat situ sebab tu nama gunung tu gunung tebu. gunung mana laa lu dah panjat ni. gunung bonsai gamaknya.
Ida,
lupa nak ckp kat parents.=D
dah balik esok baru ingat....
Ano,
mmg haram aku tak nampak tebu..nama je gunung tebu.
Post a Comment