Wednesday, October 14, 2009

Penampakan Hantu

Tadi kan masa lunch ngan Nicky dan Faizah,kami duk la berciter pasal anak masing masing nampak orang halus.Aku ni dah mcm Kak Nam plak lunch ngan mak mak...wakakakakaka.

So arini aku nak berciter pasal diri aku yg senang sangat nampak benda benda halus ni.Aku masa kecik,mak aku ckp asal malam tutup lampu je meraung,tutup lampu melalak.Masa tu kami duk Klang Gate...so satu malam tu dtgla jiran aku pakcik apa pon aku lupa,dia nyalakan rokok dia dan taburkan incense atas bara rokok dia dan dengan izin Allah SWT,aku SENYAP dan TIDUR nyenyak.Diulang,tido nyenyak.

Tu yg mak aku citer la kan..adakah aku syok dengan bau kemenyan tu or aku mmg nampak benda alah itu?Bila dah besar aku baru perasan yg aku buleh nampak benda benda ni,yg pada mulanya aku agak stress dan tak keruan.Giler apa muka pecah pecah,ada yg takde muka,gigi panjang,berlumut mcm Swamp Thing,berkepak mcm ciken wing NZ...eh.Tapi alhamdulillah skang aku dah boleh terima yg aku boleh nampak benda itu, HANTU atau SYAITAN.

Setakat ni apa yg aku nampak kategori yg mmg ngeri la bagi org biasa mcm kita.Sebab aku masa mula mula dulu pon akan demam,tapi sekarang tidak lagi!:)
Aku penah nampak yg ade sayap berkepak tapi berlumut mcm baru keluar dari paya.Aku juga penah tgk duk bertenggek atas kereta aku masa on the way nak gi Desaru,aku juga penah ditenung oleh makhluk tidak bermuka,dan masa kat awana genting aku penah dipegang oleh satu tangan yg sangat sejuk.Sejuk mengalahkan ais kepal..

Dulu masa mak aku tanam pokok cempaka kat laman rumah,aku balik dari melepak 2-3 pagi,selalu benda alah tu panggil nama aku..aku ingat makcik aku ke sapa,rupanya setan gondol...lemah longlai lutut aku merangkak sambil suruh mak aku buka pintu.Tapi dengan mcm takde pape,mak aku sound,"padan muka kau,balik tgh malam lagi".
Skarang aku dah tak kisah dah...nampak aku buat diam...sebab bukan dia boleh kacau kita pon...cuma sebagai peringatan,Syaitan takkan berhenti cuba menghasut anak cucu Adam a.s.Benda ni ada dimana mana jer,samada kita sedar atau tak,itu jer.

Dia pon makhluk Allah,cuma dia kerek dan menerima kenyataan manusia dijadikan Allah dengan sebaik baik kejadian,setan jeles!dan kalau aku berjalan ngan org pregnant,mesti aku selalu mendapat alamat [surat menyurat]itu "worang" ada disekeliling.Percaya kepada benda ghaib,benda benda mcm ni lah..syurga neraka,dosa pahala.Masalahnya "dia" tak gahib depan aku,malahan muncul depan aku.Yg tak bestnye lagi,dia tahu kita nampak dia dan die akan tengok kau balik.itu yg part parah bagi aku.

Banyakkan zikrullah.InsyaAllah selamat...

Sekian.

1 comment:

ida zakaria said...

setahu i .. kita kena buat tak reti je - kalau u perasan dia - dia akan tahu u nampak dia - so buat deeeek je hehehe

org yg bole nampak benda halus ni selalunya dikategorikan sebagai org yg ber-gifted .. gifted utk menolong org yg tak nampak nih hehe ..

kiranya awak ni bole jadi ghostbusters yeh!