Friday, October 23, 2009

Langkawi Trip

Another week and aku akan pergi trip bersama kengkawan seramai 34 org ke Langkawi on 30th Oct sampai 2nd Nov.This will be a 2nd trip with them,first masa gi Cameron.
And kali ni ahli bertambah sampai 34 org!mak aih...riuh la nanti...
Flight aku,Judd,emy dan lagi 2 org pagi Jumaat.So sampai sana terus kena tunggu yg lain sampai,ada yg sampai petang..ada yg sampai malam...

Nama tempat kami tinggal nanti bertajuk Century Suria Apartment.Package menarik beb,4D 3N - 3 apartment - 3 MPV Serena.Sampai airport MPV tu dorang dah lepekkan kat situ,so sapa sampai dulu la jadi drebar.demn!pastu nak kena amik mereka mereka yg sampai kendian..demn lagi skali!Aku dah lama tak jejak kaki ke Langkawi sebenarnya,aku rasa adalah dlm berbelas tahun gak rasanya...eh ye ke?ye la kot.Aku pon tatau camna rupa Langkawi la ni..

ni rupa Century Suria.



Bilik tido[satu apartment ada 3 bilik,ni salah satu la]



Dapur



Dining Hall



Tula sedikit sebanyak info pasal trip Langkawi and rupa mukabumi Century Suria.
Terima kasih to Azma Geopark Langkawi yg menguruskan accommodation dan transportation kami disana nanti.

Nanti aku update yg lepas pergi plak.Tata

Sunday, October 18, 2009

Singgah Jap

Nuthing much to do..mesti korang tertanya tanya mcm mana aku bleh online malam sedangkan aku dah terminate wimax aku itu..
Well,kekadang kita perlukan miracle...ni one of the miracle tu la kan..
kejap je ni..mata takleh lelap..so dari aku duk terkebil kebil,baik aku melalut kat sini..lately mcm banyak benda berlaku kat diri aku..aku sendiri tatau nak kategori kan sebagai apa,malang ke,bertuah ke,tak reti reti bahasa ke,sampai bila nak mcm ni ke,ok sangat ke..eh..banyaklah kalau nak tulih kat sini.

So aku rasa ada baiknya aku sorang je la yg pikir semua itu...
Kenapa mesti aku libatkan org lain ye dak?
badan letih,sok pagi pagi nak gerak balik...nak drive.
sehingga itu,kita berjumpa lagi pada hari hari dan tak kira waktu...
dalam blog merapu aku ni...

"Siamang gagap termakan pulut,
Termakan pulut dan gado gado...
Eh apajadah lagi ko duk melalut?
dah dah dah,gi tido!!"

sekian.

Wednesday, October 14, 2009

Penampakan Hantu

Tadi kan masa lunch ngan Nicky dan Faizah,kami duk la berciter pasal anak masing masing nampak orang halus.Aku ni dah mcm Kak Nam plak lunch ngan mak mak...wakakakakaka.

So arini aku nak berciter pasal diri aku yg senang sangat nampak benda benda halus ni.Aku masa kecik,mak aku ckp asal malam tutup lampu je meraung,tutup lampu melalak.Masa tu kami duk Klang Gate...so satu malam tu dtgla jiran aku pakcik apa pon aku lupa,dia nyalakan rokok dia dan taburkan incense atas bara rokok dia dan dengan izin Allah SWT,aku SENYAP dan TIDUR nyenyak.Diulang,tido nyenyak.

Tu yg mak aku citer la kan..adakah aku syok dengan bau kemenyan tu or aku mmg nampak benda alah itu?Bila dah besar aku baru perasan yg aku buleh nampak benda benda ni,yg pada mulanya aku agak stress dan tak keruan.Giler apa muka pecah pecah,ada yg takde muka,gigi panjang,berlumut mcm Swamp Thing,berkepak mcm ciken wing NZ...eh.Tapi alhamdulillah skang aku dah boleh terima yg aku boleh nampak benda itu, HANTU atau SYAITAN.

Setakat ni apa yg aku nampak kategori yg mmg ngeri la bagi org biasa mcm kita.Sebab aku masa mula mula dulu pon akan demam,tapi sekarang tidak lagi!:)
Aku penah nampak yg ade sayap berkepak tapi berlumut mcm baru keluar dari paya.Aku juga penah tgk duk bertenggek atas kereta aku masa on the way nak gi Desaru,aku juga penah ditenung oleh makhluk tidak bermuka,dan masa kat awana genting aku penah dipegang oleh satu tangan yg sangat sejuk.Sejuk mengalahkan ais kepal..

Dulu masa mak aku tanam pokok cempaka kat laman rumah,aku balik dari melepak 2-3 pagi,selalu benda alah tu panggil nama aku..aku ingat makcik aku ke sapa,rupanya setan gondol...lemah longlai lutut aku merangkak sambil suruh mak aku buka pintu.Tapi dengan mcm takde pape,mak aku sound,"padan muka kau,balik tgh malam lagi".
Skarang aku dah tak kisah dah...nampak aku buat diam...sebab bukan dia boleh kacau kita pon...cuma sebagai peringatan,Syaitan takkan berhenti cuba menghasut anak cucu Adam a.s.Benda ni ada dimana mana jer,samada kita sedar atau tak,itu jer.

Dia pon makhluk Allah,cuma dia kerek dan menerima kenyataan manusia dijadikan Allah dengan sebaik baik kejadian,setan jeles!dan kalau aku berjalan ngan org pregnant,mesti aku selalu mendapat alamat [surat menyurat]itu "worang" ada disekeliling.Percaya kepada benda ghaib,benda benda mcm ni lah..syurga neraka,dosa pahala.Masalahnya "dia" tak gahib depan aku,malahan muncul depan aku.Yg tak bestnye lagi,dia tahu kita nampak dia dan die akan tengok kau balik.itu yg part parah bagi aku.

Banyakkan zikrullah.InsyaAllah selamat...

Sekian.