Thursday, May 17, 2012

Langgar: #1 - Apache


Telefon rumah berdering. “ Halo! Jimi, mana lu?” kedengaran suara halus macam budak baru baligh ditalian. “Gua tengah siap-siap ni. Lu pukul brape mau datang angkat gua kat rumah?” Balas Jimi. 

“Gua on the way, lagi 10 minit gua sampai. Gua mau lu sudah terpacak depan pintu pagar, jangan sampai gua hon.” Suara baru baligh memberi arahan.

“Baiklah celaka.” Jawab Jimi ringkas.

Dengan kemeja merah yang kemas dan jeans diselang dengan haruman Paco Rabanne, Jimi meluru turun tangga.

“Kamu nak pergi mana malam-malam macam ni Jimi?” Ummi sedikit gelisah bertanyakan pada Jimi. “Macam biasa Ummi, Jimi nak keluar jumpa kawan-kawan kat luar.” Belum sempat Ummi nak bertanyakan soalan seterusnya, Jimi terus sarung kasut dan keluar tanpa berpaling lagi. Ummi pandang anak ketiganya itu dengan sayu.

“Apa program malam ni? Tempat biasa?”
“Abis tu mana lagi nak tuju? Lu ni Atip macam tak biasa kita nak lepak mana.” Oh Atip nama budak suara baru baligh ditalian tadi.

“Manalah tahu kot lu ada tempat baru lagi syok, sharing is caring.” Ujar Atip.

Kereta Atip menderu laju menuju ke destinasi. Jimi mengelamun ditepi. Hiruk pikuk kota metropolitan Kuala Lumpur mula didengari. Mata Atip melilau mencari tempat letak kereta percuma. Memang dah jadi kebiasaan Atip selit kereta kat mana-mana yang dia rasakan takyah bayar. Jimi masih mengelamun.

“Hoi musibat! Tolongla tengok-tengokkan parking kereta yang gua boleh selit. Mengelamun je lu ni. Gersang ke apa?” Atip berbulu.

“Hah? Parking? Ok ok jap gua riki.” Jimi cover line. Entah apa yang dimenungkan hanya dia dan Tuhan yang tahu.

“Tu tu tu parking Tip! Masuk masuk!” Jimi menggelabah tak tentu pasal.
“Ye, ye gua nampak. Tak payahla nak menggelabah sangat.” Atip berlagak cool. Padahal dia sendiri tak nampak pon parking tu.

Malam itu Kuala Lumpur bingit dengan bunyi-bunyian malam minggu. Muda-mudi memenuhi pelosok kelab-kelab malam yang berselerakkan disekitar Jalan Sultan Ismail itu. Jimi dan Atip melangkah kearah tempat yang dituju, satu kelab yang sudah menjadi kebiasaan mereka menghabiskan masa atau lebih tepat, perabih duit. Didalam, Rakesh, antara sahabat baik mereka berdua sudah menunggu.

“Lu orang lambat sampai apa bikin? Main bontot ka?” Rakesh berseloroh.

“Jimi bersiap macam pondan, kemain lembab lagi gua tunggu dia Rakesh.” Atip jadikan Jimi mangsa bahan.

“Ini gua sudah sampai, lagi mau bising. Gua balik lu mau?” balas Jimi. “Aiyoh, cakap sikit sudah tarik muka meh? Jangan ini macam Jimi, duduk gua open table ini malam. Gua baru dapat projek besar.”


Jimi, Atip dan Rakesh sememangnya kawan baik. Akrabnya perhubungan mereka tak dapat diterjemahkan dengan perkataan. Mana ada Jimi, situ ada Atip dan Rakesh. Dan begitulah sebaliknya. Alunan muzik soul didalam kelab itu menemani Jimi, Atip dan Rakesh. Kadang-kadang diselangi dengan ketawa berderai Rakesh tatkala mendengar jenaka Jimi. Ye, Jimi pandai berjenaka dan atas sebab itu ramai yang senang dengannya.

Disatu sudut lain, sekumpulan pemuda asyik memerhatikan gelagat mereka bertiga. Jimi perasan akan keadaan itu tapi dibiarkan sahaja kerana tujuan mereka kesitu untuk berhibur. Dia tiada mood nak bergaduh hari ni. Kumpulan pemuda tadi masih tetap memerhatikan mereka bertiga. Jimi jadi panas hati, tapi dia bersabar. Jam sudah 2 pagi, Jimi memberi isyarat mata pada Atip tanda mahu pulang. Rakesh dah mabuk 18 tiang. Habis semua awek dalam kelab itu dipeluknya. Ada yang sporting,tak kurang ada yang menampar pipi Rakesh. Rakesh peduli apa, dah mabuk.

Jimi bingkas dari tempat duduk. Atip membontoti Jimi sambil Rakesh kelam kabut menghabiskan sisa minuman yang masih berbaki.

“Celaka, gua tak puas hati betul dengan budak yang usha-usha kita tadi.” Urat dahi Jimi timbul menahan marah.

“Rileks Jimi, itu budak-budak Apache. Biarkan saja. Dorang memang suka cari gaduh.” Atip cuba tenangkan Jimi. 
Rakesh mengcangkung ditepi kereta. Muntah dek kerana mabuk bergelen bir.
Riak muka Jimi penuh dengan tidak puas hati. Beliau mahu laukkan budak Apache malam ini juga. Diseberang jalan Jimi nampak budak Apache tadi masih memerhatikan mereka. Sabar Jimi sudah lenyap.

“Hoi sialan! Lu apa mau?” Jimi terus berlari mengejar budak-budak Apache tadi. Atip tanpa banyak soal terus ikut Jimi. Rakesh masih dengan halnya sendiri, muntah bir.
“Babi. Macam pelesit sekor-sekor lari. Kalau dapat tau la gua kerjakan
 dorang macam mana.” Jimi hampa. 
Atip membongkok keletihan dek kerana mengejar Jimi yang berlari laju mengalahkan Ben Johnson.
“Wei, Rakesh mana?”

bersambung...............

Tuesday, April 17, 2012

Bangunan Pasukan

Ye, ikut pada Google Translate itulah terjemahan dia untuk Team Building. Aku tak berapa berkenan sangat dengan benda-benda gini. Ada sebab kenapa aku tak berkenan, bukan sesaja aku antisosial mahupun ada niat nak buat Union dekat kompeni aku bekerja sekarang. Pada pemahaman orang bodoh macam aku, team building ni sepatutnya sesuatu yang menyeronokkan dan majoriti aktivitinya adalah outdoor. Tapi apabila consultant yang dilantik untuk mengaturcara program tersebut berkepala otak nerd or skema nak mampos, apa anda dapat bayangkan keadaan team building itu nanti? Haa cuba bayangkan. Aku cakap bayangkan, bayangkan je la. Tak payah la tanya kenapa.

Brainstorming session juga sepatutnya sesuatu yang menyeronokkan. Masa tu la kita boleh suarakan pendapat dan bagaimana kita boleh kondem management dengan cara bersopan. Bila team building kau buat tempat yang best tapi aktiviti so called team building kau banyak dihabiskan dalam hall/class untuk ntah pape punya session, team building kepala bana apa dia? Aku bukan marah woohhh. Aku sedang memikirkan alasan apa paling power untuk aku tidak menghadiri team building tersebut.

Tapi memandangkan aku dalam department event management, bos aku awal-awal dah kasi cadangan alasan-alasan yang memberangsangkan,


  • "Kami sibuklah, banyak event dengan Bank Negara nak kena handle"
  • "May ada 2 conference islamik dengan banking industri, mana sempat nak pikir semua tu. Lepas tu nak concentrate event September lagi, nak cari sponsor lagi. Exclude event please."
  • "Tak boleh, tak boleh. Program frontliners, nak cari participants, nak confirm speaker, Basel III kat Bali, masa bilanya kami nak pergi team building? takde takde, schedule kami tight."
  • "Tak pergi tak kena buang kerja kan? So taknak pergi."
  • "Ni semua duniawi. Memang takla aku nak join"
  • "Team building ni syirik. Kakaka. taknak pegi."
  • "Aku taknak pergi. Masalah?"

Itu antara alasan yang mungkin boleh digunapakai. Perut pon dah lapar. Aku plak tengah diet. Makan ulam pegaga je la tengahari ni. 

Monday, April 16, 2012

Sekali sekala

Setelah sekian lama aku tak update blog aku, aku tergerak untuk bermesra-mesraan dengan blog ini kembali. Aku bukanlah seperti bloggers lain yang tegar mengemaskini setiap masa dan tiap-tiap bulan nuffnang bayar dorang. Bukan, aku bukan begitu. Pada hemat aku, blogger adalah satu kerja seni. Kerja seni yang tak boleh dipaksa-paksa. Kemaskini setiap masa sampai kadang-kadang entri tak tahu kebende biji butir pon buleh bikin orang menyampah. Dan sebab aku tak kemaskini blog aku pun bukan sebab aku malas atau kurang bersemangat sebab Terengganu kalah dengan Selangor tu hari. Aku tahu Selangor main bomoh, ni bomoh Paya Jaras dia pakai ni, macam la aku tatau pesen team Selangor. Team ayam.

Cuma tetiba pada petang yang indah aku tergerak nak update blog aku. Aku takmo la nanti Cik Hani kabo aku ni pesen update blog 18 bulan sekali. Mungkin kebanyakkan masa aku dihabiskan di twitter mahupun FB. Tapi sebenarnya aku banyak abiskan masa di lampiran Microsoft Word dan beberapa software lain untuk senang aku menulis karya mahupun novel aku. Pada mulanya aku ingat nak habiskan novel Cinta Penunu Bunsen aku. Tapi beberapa menjak yang lepas aku bertemu dengan bekas pailang atau longsan atau lebih tepat lagi seorang gangster sejati. Hidup dia hanya didedikasi untuk menjadi jahat. Seram juga mula-mula menemubual dan mengorek cerita. Tapi memandangkan dia rancak bercerita pengalaman dirinya dan bagaimana 2-3 kali beliau dipanjangkan umur dari bertemu maut aku jadi eksaited nak dengar lebih lanjut.

Cuma isinya biarlah aku simpan. Biarlah sedikit intro aku luahkan kat sini. Cukup aku nama kan beliau dengan nama tak kena mengena dengan beliau, Damak. Damak datang dari keluarga yang majoritinya adik-beradik lelaki. Hanya kakak sulong beliau bernama perempuan. Yang lain semua lelaki, dan perangai yarabbi. Selepas ibubapa beliau berpisah, Damak dan adik beradik beliau membesar dengan kasih sayang ibu. Abang kedua Damak antara brader yang digeruni di Jalan Alur. Arwah adik beliau pula memang terkenal dengan hati kering dan Damak sendiri seakan akan hampir tidak mempunyai hati perut. Mereka kurang bercakap, hanya kaki tangan mereka ligat bekerja. Dari bawah mereka bermula, sekecil-kecil jahat mereka belajar hinggalah sebesar-besar jahat telah mereka buat.

Sahabat-sahabat yang dibunuh, ditangkap, dicincang dan hilang tanpa jejak semua mereka dah hadap. Dan bagaimana akhirnya Damak menemui jalan yang benar setelah 3 kali menjejakkan kaki ke tanah suci menunaikan umrah. Bagaimana Damak betul-betul insaf setelah kunjungan ketiga beliau ke Tanah Suci.

Cuma aku tak mahu letak apa-apa tajuk pada buku pertama bergenre serius dari aku kali ni. Cinta Penunu Bunsen sudah hampir siap. Sebaik sahaja siap, aku akan sambung dengan cerita pengalaman hidup Damak.

Nanti senang-senang aku update lagi, takkan nak ngadap blog je macam kutu-kutu kerja ngan nuffnang tu. Aku ada kerja konvensional yang lain kena buat.

Ciao!