Monday, April 16, 2012

Sekali sekala

Setelah sekian lama aku tak update blog aku, aku tergerak untuk bermesra-mesraan dengan blog ini kembali. Aku bukanlah seperti bloggers lain yang tegar mengemaskini setiap masa dan tiap-tiap bulan nuffnang bayar dorang. Bukan, aku bukan begitu. Pada hemat aku, blogger adalah satu kerja seni. Kerja seni yang tak boleh dipaksa-paksa. Kemaskini setiap masa sampai kadang-kadang entri tak tahu kebende biji butir pon buleh bikin orang menyampah. Dan sebab aku tak kemaskini blog aku pun bukan sebab aku malas atau kurang bersemangat sebab Terengganu kalah dengan Selangor tu hari. Aku tahu Selangor main bomoh, ni bomoh Paya Jaras dia pakai ni, macam la aku tatau pesen team Selangor. Team ayam.

Cuma tetiba pada petang yang indah aku tergerak nak update blog aku. Aku takmo la nanti Cik Hani kabo aku ni pesen update blog 18 bulan sekali. Mungkin kebanyakkan masa aku dihabiskan di twitter mahupun FB. Tapi sebenarnya aku banyak abiskan masa di lampiran Microsoft Word dan beberapa software lain untuk senang aku menulis karya mahupun novel aku. Pada mulanya aku ingat nak habiskan novel Cinta Penunu Bunsen aku. Tapi beberapa menjak yang lepas aku bertemu dengan bekas pailang atau longsan atau lebih tepat lagi seorang gangster sejati. Hidup dia hanya didedikasi untuk menjadi jahat. Seram juga mula-mula menemubual dan mengorek cerita. Tapi memandangkan dia rancak bercerita pengalaman dirinya dan bagaimana 2-3 kali beliau dipanjangkan umur dari bertemu maut aku jadi eksaited nak dengar lebih lanjut.

Cuma isinya biarlah aku simpan. Biarlah sedikit intro aku luahkan kat sini. Cukup aku nama kan beliau dengan nama tak kena mengena dengan beliau, Damak. Damak datang dari keluarga yang majoritinya adik-beradik lelaki. Hanya kakak sulong beliau bernama perempuan. Yang lain semua lelaki, dan perangai yarabbi. Selepas ibubapa beliau berpisah, Damak dan adik beradik beliau membesar dengan kasih sayang ibu. Abang kedua Damak antara brader yang digeruni di Jalan Alur. Arwah adik beliau pula memang terkenal dengan hati kering dan Damak sendiri seakan akan hampir tidak mempunyai hati perut. Mereka kurang bercakap, hanya kaki tangan mereka ligat bekerja. Dari bawah mereka bermula, sekecil-kecil jahat mereka belajar hinggalah sebesar-besar jahat telah mereka buat.

Sahabat-sahabat yang dibunuh, ditangkap, dicincang dan hilang tanpa jejak semua mereka dah hadap. Dan bagaimana akhirnya Damak menemui jalan yang benar setelah 3 kali menjejakkan kaki ke tanah suci menunaikan umrah. Bagaimana Damak betul-betul insaf setelah kunjungan ketiga beliau ke Tanah Suci.

Cuma aku tak mahu letak apa-apa tajuk pada buku pertama bergenre serius dari aku kali ni. Cinta Penunu Bunsen sudah hampir siap. Sebaik sahaja siap, aku akan sambung dengan cerita pengalaman hidup Damak.

Nanti senang-senang aku update lagi, takkan nak ngadap blog je macam kutu-kutu kerja ngan nuffnang tu. Aku ada kerja konvensional yang lain kena buat.

Ciao!

2 comments:

ayobkelubi said...

kah kah kah kah! kecewa ek bang?

Jarr said...

kecewa tu gua takde la kecewa mana. adat bertarung. pakai bomoh paya jaras mana aci.