Perut Jimi lapar. Berkeriuk bunyi dalam perut dek
lapar. Atip ada kerja, Rakesh hilang entah kemana. Jimi longlai. Hidup kereta,
tekan minyak menuju ke warung Dorai. Ramai betul manusia di kawasan Dorai malam
itu.
Jimi masuk kedai, ambil port menghadap mamak si penggoreng mee. Maggi
goreng dan teh o ais limau, menu mampu makan Jimi kalau kesitu. Hidangan sampai
depan mata. Tanpa Bismillah Jimi terus-terusan menyuap Maggi goreng yang nampak
sedap benar pada mata Jimi. Mamak dihadapan beliau sedang memotong rojak
menggunakan pisau dapur.
Jimi nampak kelibat dihadapan cermin beliau akan
seseorang yang amat familiar mukanya. Jimi berpeluh. Bukan main-main punya
peluh. Peluh orang yang dah nak sampai ajal gayanya. Orang yang Jimi hanya
nampak kelibat sebentar tadi sekarang betul-betul berada dihadapannya. Mamak
penggoreng mee bungkam.
“Apache……” sepatah perkataan keluar dari mulut Jimi.
Apache, ketua kumpulan Apache di Kuala Lumpur. Dia
mendapat nama Apache pon kerana tattoo Apache dibadannya. Brader Apache terus
capai pisau mamak penggoreng mee dan menarik rambut Jimi mengheret dia keluar
dari warung Dorai. Jimi diheret sampai ketepi parit besar dikawasan itu. Pisau
diletakkan dileher Jimi dan Apache bersedia untuk menamatkan riwayat Jimi. Jimi
merayu supaya tidak dibunuh.
Kuasa Tuhan, lampu jalan yang terang yang menyuluh muka
Jimi membuatkan Apache mengangkat pisau beliau dari leher Jimi.
“Lu adik Ropi? Hah! Lu adik Ropi? Cakap sama gua.”
Apache menengking.
“Ye ye saya adik Ropi bang, saya adik dia. Tolong bang,
saya mintak maaf.” Jimi merayu.
“Lu tau tak Ropi pon hormat gua. Lu adik dia baru umur
19 sudah mau tunjuk gangster. Apsal lu kejar budak gua!!!”
“Maaf bang, saya tak tahu dorang tu budak abang.
Maafkan saya.” Jimi masih terus meminta maaf.
“Kalau tak kerana Ropi, lu dah mati. Gua sumpah lu
confirm mati punya.” Apache yang wayar otak dah putus bersuara.
Sambung Apache, “Macam ni lah, memandangkan kau ni adik
Ropi automatic kau jadi budak Apache sekarang. Apa-apa hal dekat Central
Market, kau sebut je nama aku. Kau dah kira budak aku sekarang.”
Jimi yang waktu itu baru berumur 19 tahun gembira bila
diterima dalam kumpulan Apache. Dan dalam masa yang sama, Jimi tertanya-tanya,
“Apa betul ke power sangat dia ni.?”
Hari itu Central Market sesak seperti biasa. Tiada apa
yang abnormal. Hanya gelagat manusia yang beraneka ragam dan hiruk pikuk
penjaja mencari rezeki kedengaran. Deruman kenderaan, bingit pembinaan
disekeliling menambahkan lagi gamat sekitar Central Market. Mata Jimi melilau
seakan mencari sesuatu. Perlahan dia mengatur langkah menyusuri kedai demi
kedai. Entah apa yang dicarinya.
Mata Jimi terpaku dihadapan
Restoran Hameed. Diamati setiap umat manusia yang sedang melahap hidangan. Jimi
telan air liur. Panjang tekak dia mengiyakan air liur yang nak lalu.bersambung....................
2 comments:
ni KL gengstar version buku lak
not bad :P
Ni mesti kau promo kan..
Nanti kau cuma letak cite ni kat blog separuh je. Untuk promo bila kau compile buat novel nanti.
Tak pe, kelaur novel kau, aku beli. Aku support lu bro
Post a Comment