Dalam zaman yang serba moden ni,payah nak tengok lelaki urban berjalan kat Pavilion or KLCC mahupun The Curve pakai kain pelikat dan berbaju Melayu.Jangan mention serban, itu jauh sekali.Berjalan sambil pegang tasbih?Memang kiamat la kalau ade mamat mamat milennium dan urban buat camtu sambil hang around ngan kengkawan.Siap kena gelak maut ada la.
Tak kurang ade yg mencebik melihat kan perlakuan sedemikian rupa.Anggapan mereka mungkin begini, "Poyo nak mamposs brader ni jln ngan family sambil pegang tasbih mulut kumat kamit berzikir"...atau, "Hek elehh...nak buat benda pahala pon nak tunjuk kat orang..wtf?"..mungkinla..mungkin itu la percakapan brader brader urban,metroseksual yang gah duk pakai kasut Paul Smith,baju Fred Perry dan jeans kepala kain.
Tak lupa juga brader brader corduroy.Tapi brader brader corduroy ni jenis tak suka amik tau hal orang.Mereka grunge.Kalau boleh IC nak tukar location,Seattle.Nampak permainan grunge?
Manakala brader oi oi! lebih suka pandang orang ikut ekor mata.Perangai racist mau kuat bhai!Tak skin la kalau tak racist.Baca Mein Kampf pon tak penah,sebok nak skin sana sini.Puihh.
Brader brader yg kenal Sid Vicious ngan Ramones dari wiki atau paling kodi dengar NOFX pon tak ketinggalan dalam group bawah tanah ni.
Oh group paling besar jangan lupa mention ye adik adik?Ni group banyak nama.Ada group Justin Bieber,paling latest la ni.Ada group Bruno Mars,dgr Grenade dah menggelupur.Group Chris Medina pon ada tapi tak berani menonjol sgt,sebab apa?Ntah aku,kau tanya la mereka.Ni ada satu lagi group tgh naik..senang nak knal..lepak cafe memana mentekedarah WIFI sampai muntah.Yg pompuan dlm group ni kebanyakkannya sopan,pakai tudung tapi seluar baju fit berbonjol bonjol nampak apam.Tak paham aku..tapi tak semua la..yg lelakinya pon sopan,kalau tak jeans GA Blue, JC Benney tu pilihan utama.Paling kuat pon BUM lah senang citer.Baju mesti Polo ade lambang org naik kuda main polo kat dada ngan nombor 8 kat lengan kanan.Amacam?Tau group mana?Okeh sikit klu lagi, kekadang lelaki lelaki ni pakai baretta.Okeh pandai,group Maher Zain.Marah?pergila mamm...
Okeh skang ni group brader brader pegang tasbih,pakai serban,celak yg jalan jalan kat tempat camni pergi mana?Haaa cakap.Mana?
Brader brader soleh ni pon tergolong dalam komuniti jugak.Janganlah discriminate org org mcm ni.Brader2 ni ada hak sama rata mcm orang lain jugak.Oh lupa, bercakap pasal hak sama rata kita skang kat negara demokrasi.So hak tu tak sama, tapi rataaaaa je.amacam?Sosialis tak aku?
Jadi trend brader brader soleh dah pupus.Itu hari ade la 2-3 orang datang singgah masa aku tengah check enjin kereta.Biasala,kerja pondan..cek air ngan bateri.Kah kah kah.
Sempat borak borak kosong pasal duniawi dan ukhrawi.Muda muda lagi brader2 tu..suke aku tgk.Mengajak orang kearah kebaikkan..akhir perbualan salah sorang brader ni gegar aku.
"akhi,ana nak jemput anta ke surau malam ni,insyaallah lepas maghrib kita ada tazkirah sikit..ada jemput ustaz dari kelantan.."
aku dah excited, bab bab tazkirah ni memang aku suka..pulak lagi ustaz kelantan.Bunyi tazkirah tu dah macam wayang kulit kalau dalam dialek kelantan ni.
Sambung brader yg pakai celak lagi, "kita muda muda ni akhi, masa mcm ni lah nak dekatkan diri ngan Dia dan selalu ke surau..."
Malam tu aku tak pergi surau, aku kecik hati betul ngan brader brader soleh tu.Dorang tatau ke aku ni AJK Surau Hidayatul Mustaqimah?Apa kurang soleh ke muka aku ni sampai tak penah nampak aku kat surau tu?
Baru dtg sehari dua dah chop gua jarang gi surau.Malam tu gua layan Mistik Alam Hitam kat rumah dan apa yg gua dgr dari Jaja,dorang makan nasi beryani malam tu.Brader brader soleh siap tapau 3-4 bungkus.Cilaka.Bahagian aku la tu.
14 comments:
Jangan nak gebang tak tentu hala sangat la.
kah kah kah!.
gua ingat gua sorang jek kena..
tapi
lu AJK SURAU?. mantappppp..
Tajuk yang baik dan mantap dari seorang peminat team bola yang baik dan mantap
haha.
semua kau tapau eh!
erfi - baiklah erfi =|
ayob - dorang ni kalau buat research lebeh skit sebelum berdakwah,takkan timbul perkara2 kecik hati ni.
ha'ah ajk woohhh!
Pet - Team bola kita mmg mantap.mantap mcm Alex Curran..lalalalala
sastraboy - tu la pasal.Hamjadd sungguh.
jarang pergi surau takpe..jangan jarang mengadap kiblat sudahhh..
aku rasa aku memang termasuk dalam geng-geng kain pelikat lepak pavilion, keh keh...
Jarr pernah tulis dia ajk surau time artikel raya korban ari tu, ye dok? kalu tak silap...
hanie - alhamdulillah masih ingat..hehe
Izz - hahahah dtg sini kita buat!yep ade masa raya haji tu hari.
weih kau block aku kat fb,takleh add.cilaka.hahah :p
jarr, aku jenis yg maher zain tu kalau nak tahu.
JAJA tu aku ke tuh??
sebab aku tak masuk pon kelab tabligh nih...maklumlah aku kan pempuan!
heheheheh!!!!
LingLung - aku dah hagak dah.Kau ngan Ming mmg spesies JC Benney ni.Kahkahkah
Jaja - hahahaha Jaja yg aku sebut tu lelaki.Kau nak masuk tabligh bokpe!hahaha
brader tu niat baik Jarr, tengok dah melepas nasi beryani
Iwal,kau kalau bab makan mmg takleh blah kan?
Post a Comment