Tajuk je omputih, tapi gua tulih bahasa ibunda juga..
Takkan melayu hilang didunia kata Hang Tuah, ntah sapa yg dengar Tuah ckp gitu pon gua tak sure.Yg gua syak Tuah ada darah Cina.Ntah.Tanya Khoo Kay Kim.
Ok hari ini gua nak bercerita tentang masalah dalaman yg melanda Liverpool buat masa ni.Seperti yg kamu semua, - kamu semua itu merujuk kepada penyokong tegar liverpool dan pembenci Liverpool sebagai kelab paling success di England suatu ketika dulu - Dan skarang liverpool dah menjadi kelab adik adik yg bisa diperkotak-katikkan oleh supporters kelab lain terutamanya Scumchester.Masalah dalaman yg berpunca daripada 2 ekor Yankees itu telah menjurus Liverpool ke lembah penyingkiran.Dengan bebanan hutang yg membukit dan keras kepala 2 ekor lahabau itu, krisis dalaman Liverpool dah sampai ke kemuncak.
Manakan tidak Jovanovic yg baru nak bertatih di Liverpool sudah menyatakan kekesalan beliau menyertai kelab berprestij suatu ketika dahulu - lagi sekali gua tekankan suatu ketika dahulu.
Apakah bala yg melanda Liverpool?bermula dengan kekalahan kepada man citeh, man u, northampton di Carling Cup dan terbaru tersungkur dilaman keramat, Anfield kepada Seasiders, Blackpool?Anfield bukan lagi fortress Kopites, sesiapa sahaja bisa dtg dan mengaibkan Liverpool.Attractive football yg biasa disajikan sudah tidak wujud dlm kamus Liverpool, rata rata pemain Liverpool mcm dlm keadaan separa sedar disaat ini dan tak tahu hala tuju selain Gerrard yg tau kalau score goal kena cepat2 lari gi cium kamera, ya, at least dia ada halatuju, kan wawasan namanya tu.
Potential buyers yg digembar-gembur sebelum ni nak takeover Liverpool semua dah tarik diri dek permainan bangang 2 ekor americanos itu.Melihat saja keduanya di Anfield cukup membuat darah semua kopites dan liverpudlians menyirap sampai ke ubun ubun.Kenapa dan mengapa jadi gini sudahnya kelab Liverpool?Kalau mengambil kira dan iktibar dari kelab kelab sebelum ni yg gah sejak zaman Kejuaraan Liga sampailah Road to Wembley hinggalah sekarang era Barclays, Nottingham Forest, Derby County,Newcastle Utd, Southampton dan Leeds Utd adalah nama nama besar dlm liga inggeris suatu ketika dahulu - ya, sekali lagi gua tekankan suatu ketika dahulu.
Dan kelab kelab hebat ini akhirnya tersungkur ke liga bawahan atas sebab sebab dalaman dan dibebani hutang yg memaksa mereka menjual aset aset berharga mereka - pemain.Aset paling berharga adalah pemain pemain.Dan bagi kelab "besar" seperti Liverpool, sebahagian pemain berharga cukup utk menampung sebahagian hutang mereka yg duk ada skang.Tapi berbaloi ke menjual pemain utk melangsaikan hutang?bila dah jual aset dan tinggal fringe players dan hot prospect ( aku pakai terms dlm CM, kah kah kah) boleh build up the team balik ke?tgk apa jadi pada Leeds, contoh terbaik.Betapa lama masa mereka nak build up balik dan sampai skang masih belum promoted lagi..Big 4 yg duk ada skang, Chelsea, Man U, Citeh dan Spurs dulu pon takleh makan Leeds (even season lepas pon Man U takleh makan Leeds masa FA Cup - betul ke fakta gua ni?).
Adakah Liverpool akan menerima nasib serupa seperti Leeds?To think about relegation agak relevan buat masa ni, walau Uncle Woy Si Penggigit Kuku ckp "I have to accept that we are in the relegation zone after seven games.But if you asked me whether we will be (there) after 38 matches, i would say that defied credulity" - Saya harus menerima bahawa kita berada di zon penyingkiran selepas tujuh games.But jika anda bertanya apakah kami akan (ada) setelah 38 perlawanan, saya akan mengatakan bahawa mencabar mudah percaya - terjemahan berbunyi begitu, mencabar mudah percaya, prof. bola sila explain kat gua apa itu mencabar mudah percaya?Ayat nak kasi sedap hati ke apa?cilake.
Sejurus selepas wisel penamat dibunyikan weekend tu hari di Anfield, rata rata Liverpudlians melaungkan nama King Kenny.Mereka ada hak utk menyatakan kekecewaan mereka terhadap pengurus skarang - itu kata Roy.Mana taknye, korang ingat season ticket murah ke?Babi dia punya mahal..nak nak plak kelab kelab mcm Liverpool, Chelsea, Man U dan sebagainya.Walaupun kekadang harga siling sampai 1,800 pound utk season ticket, ttp sold out.Let say amik minimum 1,000 pound for season ticket (ni rege utk kelab pertengahan - liverpool kelab bawahan, so jgn nak banyak cekadak), kalau 45,000 season ticket holder kat Anfield kumpul duit banyak tu each of them, sure kick out that buggers from the ground already. Ok pengiraan gua tak masuk akal, abaikan.
Tapi itu yg gua cuba berfikir secara rasional skang ni, Liverpool in their dark moment of century.Dan gua tak paham situasi dan pemainan cilake musibat 2 ekor tu.Tingkap perpindahan January dah bermcm mcm rumours keluar.Gua tak mengharapkan pape, gua cuma rasa akan ada few big names from our beloved club will make a move.Kita kena terima apa saja kemungkinan yg mendtg, kalau jatuh Liverpool, kita jatuh sama-sama..kalau bangkit Liverpool, kita bangkit sama-sama.
Jangan cepat amarah kalau di nganjing, sebab Lucy dah declare Board Sokernet dah sebulat suara mengisytiharkan tahun 2010 adalah promosi besar-besaran Tahun Menganjing Liverpool.
Akhir kata, dimana saja my fellow scousers berada, You'll Never Walk Alone!
16 comments:
:) yang penting peminat Liverpool bersatu menghadapi anjing-anjing yg cuba menganjingkan team kesayangan kita itu....
Biarkan mereka...mereka juga berhak gembira.yg penting bersatu...ecehh.
biarkan je dorang menyalak. biar bunyi sebiji dengan anjing
-iwal
kikikikiki
The Board of Directors have received two excellent financial offers to buy the Club that would repay all its long-term debt. A Board meeting was called today to review these bids and approve a sale. Shortly prior to the meeting, the owners - Tom Hicks and George Gillett - sought to remove Managing Director Christian Purslow and Commercial Director Ian Ayre from the Board, seeking to replace them with Mack Hicks and Lori Kay McCutcheon.
This matter is now subject to legal review and a further announcement will be made in due course.
source= http://www.liverpoolfc.tv/news/latest-news/liverpool-fc-statement-3
Apakah??
Iwal - kau dimana ni?
deus - kekekekekekeke
Encik Din - thanks for the info.apakah yg 2 ekor tu nak lakukan?Mack Hicks tu dah sah sah darah daging dia la tu kan?makin parah liverpool...sad ending for the great club.
ada source yang kata, salah seorang daripada new bidder itu adalah hicks sendiri. dia dah dapat refinance loan. tak taule.memang ular betul yankees ni..
ciss..mmg confirm sinking ship la kita nanti.gua pon tak paham apa dia cuba buat selain menjahanamkan kelab.
Dia cuba nak gantikan purslow dan ian ayre sebab dia taknak jual lagi pada red sox yg offer 300m.dia mau up lagi harga liv.tapi liv board tengah fight benda ni.mereka kata tom takde hak nak remove b.o.d..argh serabut betul diorang ni.nak berniaga pegi pasar malamla,bukannya anfield.
jarr ko memang tegar!aku suka.
hope ada berita gembira by 15th October. kalau tidak, memang betul tahun ni tahun menganjing pool. cilake!
derr...dgr cerita Mydin berminat nak bid. gua dgr cerita saja. keh keh keh.
aku harap biar liverpool kuar dari relegation zone before christmas..
top 4 tahun nie mustahil dengan skaud yang ada..
afzan - haha..tegar tapi dlm hati ade taman,bleh?kah kah kah
LingLung - lu jgn mcm2 derr...kalau mydin sponsor pon apa salahnya..oklah dari Kilang Kicap Tat Seng.
Eskay - relegation mungkin tak kot..tapi apa pon boleh jadi ekk?hehe
adek bradek deus ke nih?kat cni pon psl bola jugak.hu3
Aleen - deus tu adik belah jauh...mak ngan bapak pon tak sama, tapi still adik badik, beza tak sokong kelab yg sama je..kah kah kah.
Post a Comment