Thursday, September 9, 2010

Antara Cinta Kris Dayanti dan Aidilfitri

Penat juga kaki ni berjalan sekitar financial centre Jenderal Sudirman.Hiruk pikuk kota Jakarta menenggelamkan lamunan aku ditgh kotaraya yg tak masuk akal sesaknya.
Dengan berteman beg laptop dibahu dengan sepasang sut armani, aku melangkah malas menuju ke Mulia Senayan, nak balik hotel.Meeting dengan salah sebuah bank di Jakarta tadi berjalan lancar.

Agak jauh perjalanan aku, tapi apa neraka aku nak naik mobil bersupir mahupun speda kaki dalam keadaan jam yg macam orang tawaf ni.Biji mata hitam aku berpusing pusing melihat gadis gadis Indonesia yg rata rata berdarah Belanda.Jakarta dan Bandung boleh dikatakan pusat cewek cewek cantik, keaslian kacukan mereka mengatasi orang Belanda itu sendiri.Kadang kadang aku terpikir, kenapa Malaysia dulu tak dijajah Sepanyol,Perancis mahupun Lebanon?(langsung tak masuk akal bab Lebanon tu)
Sebaliknya Portugis, British,Siam (beberapa negeri) dan Jepun (ini paling disaster kalau bab kacukan) yg menjajah, hasilnya?Dapatlah native Portugis berambut kerinting dan hidung penyek, kulit putih dan berbelak belak (tak semua),mata sepet.....manakala negeri negeri yg pernah berada dibawah Siam menghasilkan kacukkan yg agak lazat.Sila refer pada aku sendiri, my great grandfather (ckp omputih skit), adalah penasihat atau mufti agama islam utk kerajaan Pattani, maknanya keturunan belah mama aku adalah bertajuk Siam.Mama aku putih melepak sampai kat kampung bapak aku (Malacca), orang pangil dia Putih.Mata sepet.

Bapa aku pula, great great grandfather dia berasal dari salah sebuah negara di Middle East.Maka apabila kacukkan antara mama dan bapak aku, kuar la aku yg pure Malaysia ni.Takde la ensem mana, cukup mcm Jericho Rosales okla..ok itu melampau.Tapi orang selalu ingat aku Filipinos, sungguh jauh lari kalau nak ikut keturunan mak bapak aku.Pangako sayo?Sanay Wala Nang Wakas?tak masuk akal kot.

Ok abis bab keturunan dan kacukkan, dah jauh aku menyimpang.Kalau belajar tarekat, consider dah jauh terpesong.

Aku melangkah ke ruang lobi Hotel Mulia Senayan, bell boy si Farwalis tersenyum memandang aku, "selamat sore pak nadjmuddean"....
Selamat sore balas aku lemah...
Farwalis, aku kenal dia sejak aku dah beberapa kali menginap di Mulia Senayan, dialah yg banyak beri aku tips sepanjang berada di Jakarta ni.Baik budaknya, tapi buruk lantak...(maaf Iwal).Pantang nampak makanan, umpama macam kau taruk hidangan Garumi sebelah kanan, dan tetek Katie Price belah kiri, dia akan makan Garumi sambil tangan kiri menguli Katie Price.Ok ini sudah obscene.Maaf.

Dalam aku melangkah hendak ke lif, aku ditahan oleh seorang wanita yg pada aku sangat familiar di mata aku.
Kris.......perlahan tapi sedikit terkejut aku bersuara.Aku dirangkul oleh Kris semahu mahunya, rindu benar dia pada aku.Aku membiarkan Kris memeluk aku melepaskan rindunya, biarlah.Namun aku tidak membalas pelukan Kris, bagaimana aku nak membalas, tangan kanan laptop, tangan kiri beg plastik shopping yg aku beli kat Mangga 2 tadi...semua orang melihat kami, terutamanya aku.Mungkin mereka pelik atau lebih tepat irihati,bagaimana mamat yg kudut ni bisa dipeluk semahunya oleh diva hebat indonesia, Kris Dayanti.Biarlah, mereka tak tahu sejarah kami berdua.

setelah sehari setengah KD memeluk aku dihadapan lif itu, dia meleraikan pelukannya sambil menghela nafas panjang tanda puas, orgasm sungguh riak wajahnya walau sekadar peluk.Kami beriringan ke coffee house,takkan nak naik kebilik aku pulak kan?Kami bukan muhrim (cewahhhhhhhh).
Rancak sekali KD berbual menceritakan kehidupannya, berulang kali dia mengucapkan betapa dia merindui aku, ntah apa aku buat ntah kat dia sampai camtu sekali rindunya.Mata buntangnya yg bersinar tak penah berkelip memandang aku, aku agak kaget.Tapi naluri dan hormone testosterone seorang lelaki berjaya menyembunyikan perasaan kaget itu.

Cinta?Mungkin bagi KD...tapi aku tiada apa apa perasaan buat masa ni.Cukuplah aku anggap dia sebagai kawan baik or kakak bagi diriku ( cewahhhhhhhh lagi sekali).Hampir 3 jam kami berbual, ok actually dia je la yg berbual, aku mendengar sahaja.Aku terpandang kalendar di coffee house, 9.9.2010?
Aku bingkas bangun, memanggil waiter dan terus memberi note Rp.250,000 utk 3 cawan espresso tadi.mahal juga espresso kat senayan ni.KD terpinga-pinga melihat tindakan aku, lantas dia menyambar lengan aku...mulus sekali wajahnya sambil bertanya,

KD: Kenapa dengan kamu Nadj?Nggak suka aku disini?
Nadj: Tak, bukan mcm tu KD...tapi gwe harus pergi (masa ni slang indon dah skit)..
KD: Tapi, kok baru ketemu loe udah bisa mau ninggalkan gwe?Mana pergi rindumu,mana pergi passion mu ketemu aku?
Nadj: Gwe bilang, gwe harus pulang ke Malaysia, gwe butuh loe paham KD.Gwe harus pulang.
KD: tapi kenapa?aku nggak cocok disisi mu?katakan padaku!
Nadj: Jangan terus terusan mendesak gwe KD...
KD: Aku bisa terus terusan mendesak loe!Aku mahu jawaban!Pilih gwe atau Malaysia!

Nadj: Baiklah, kalau itu yg loe mahu.Gwe mahu pulang ke Malaysia, esok Hari Raya kot.Apa jadah aku nak lepak Jakarta?

Selepas mengambil balance duit ngan resit, aku bangun utk packing barang dibilik hotel.KD yg sebentar tadi meroyan, mengambil tangan ku dan bersalam seraya meminta maaf atas segala salah silap beliau.Selesai mencium tangan aku dan kedua pipi aku.Dia berlalu...aku syak dia pon baru sedar besok raya, sebab aku nampak dia tergesa-gesa keluar dari hotel.Nak beri barang kelengkapan utk besok barangkali.

Dan aku?Berbunga nak balik Malaysia berhari raya!

P/s: Dikesempatan ini, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kawan kawan blogger aku disini, maaf zahir dan batin.Halalkan makan minum aku, maafkan kertelanjuran aku.Terima kasih buat kamu semua yg sudi membaca blog ngarut aku.

Jaga diri kalian semua.Luv Ya!

Wassalam.

9 comments:

Anonymous said...

Hi everyone!

I really immensly enjoy this site, continue the great work!
Let me know what you think about my writings regarding hypnosis!

Chase said...

apalah...Ingat ada continuation where she goes up with you to the hotel and ahem.... Oik mimpi ke :D

Selamat Hari Raya...

Pet Shop Boys said...

Seronok ke tgk Liverpool vs Br'ham? hahaha....

Kaki Gebang said...

Pompang bro!!

talkIZcheap! said...

yo, hai... selamat hari raya for what it's worth :P

Bertabov kirim salam...

Pet Shop Boys said...

Cepat ah Jarr backing Liverpool...kat Sokernet kena teruk tu....

:))

Linglung said...

gua maafkan zahir saja..yg batin gua tak rasa gua maafkan..haha

gurau je derr..

selamat hari raya yg belum berakhir :)

deus X machina said...

apalah dosa gua membaca entry fantasi sebegini di subuh hari raya yang ke 20 ni

Jarr said...

Charlie - kan dah ckp bukan muhrim..ehhe.

Pet - bikin gua sentap je!

SP - Pompang ke kalumpang?

Izz - waalaikumussalam...berba apa?

Pet - biarkan mereka Pet, mereka masih belum mummayis...ekekekeeke..

Linglung - batin lu banyak salah ngan gua derr...gua pon mintak mahap la atas gua punya wrongdoings..selamat bro.

Deus - kah kah kah...dah sujud subuh?