Friday, August 7, 2009

Asal Usul Molotov Cocktail

Sejarah Molotov Cocktail

Tersebutlah satu hari,arakian di Ulu Jempol,Negeri Sembilan yg pada masa itu lebih dikenali dengan nama Pampawat Tinilan[zaman penjajahan].Adalah seorang budak lelaki yg maha nakal perangainya.Hinggakan ketua kampung yg sebelumnya meninggal kerana disakat budak yg bernama Sikochi ini.

Hatta pada suatu hari,orang kampung mengadakan keramaian.Kebiasaan org org kampung buat obor api dengan minyak tanah.Minyak tanah menjadi sumber utama utk semua pekerjaan itu.Pada malam mereka bergotong royong menyiapkan majlis keramaian itu,Si Sikochi ini pon sibukla menempel nak membantu.Walhal,cebok berak pon mak dia yg buatkan.ade hati nak tolong..sklempes.

Maka sedang Sikochi bermain di bilik stor,ternampak la akan dia stok minyak tanah yg dipacking dlm botol To'yu[org utara tau].Lalu diambilnya sebotol dan dibelek-beleknya minyak tanah itu.lalu diambilnya kain buruk dan disumbat dlm botol minyak tanah itu.Maka disebabkan kenakalan dan terjal tahap dewa nektiung.maka dicucuhnya dengan api.

Terperanjat dengan api yg marak,dibaling nya keluar tingkap dan jatuh dan meletup bebetul depan sorang makcik yg tgh melalui bilik stor itu sambil melatah dengan kuat,
"OOO MOLOTOP KOTEY EHHH" - pada masa ini salah seorang residen british bertugas terdengar jerittan makcik tadi dan mendapat ilham bahwa bom mini buatan tangan itu adalah MOLOTOP KOTEY EH - setelah melalui evolusi,ianya menjadi MOLOTOV COCKTAIL.

Sekian.

3 comments:

Pengganas said...

ape yang ko cuba mencarot nih? =|

Kaki Gebang said...

Bole makan tak Molotov Cocktail ni?
Saya biasa makan cocktail buah-buahan campuran sahaja =|

Jarr said...

Mira,

ya,sangat sengal.

Cheng,

aku mencarot eh?maaf =|

Erfi,

lebeh kurang arr...kalau makan pon setakat mamposs jer...buleh makan serabai..