Friday, September 30, 2011

Cinta Penunu Bunsen: Achai Make A Move

"Dalam mencari cinta sejati,hati yang putih dan jiwa tanpa warna menentukan gerak hati dan naluri untuk menilai siapakah dia dihati kamu."

Suatu pagi hari Isnin tatkala murid semua muka macam musibat dipaksa ke perhimpunan, sekonyong konyong terlihat susuk tubuh Achai berjalan ke bilik makmal untuk memulakan rutin harian.Cuma yang sedikit pelik pagi itu ada bunga ros sekuntum ditangan beliau.Apa gila Achai bawa bunga pergi sekolah pagi pagi begini?Tenang, nanti penulis akan beritahu kenapa dia pegang bunga pepagi buta.Gile sepera si Achai ni gamaknya.

Mata Achai melilau kearah stage di padang astaka sekolah.Beliau masih berdebor-debor sambil mencuri pandang kelibat Cikgu Syafika."Eh mana Cikgu Syafika bakal suri hidup aku ni...". Achai sedikit mengeluh bila tak nampak buah hati.Sedang terhendap-hendap balik tiang koridor, "Assalamualaikum Syahril,awak buat apa terhendap hendap ni?" Suara garau sama macam Hamid Gurkha menyapa.Kemain melompat melatah si Achai terperanjat.

"Errr..err...tuan pengetua,hehehe..saya tengok bebudak ni beratur.Teringat zaman saya bersekolah dulu..". Achai menipu tanpa baca bismillah.

"Tulah..siapa suruh sekolah tak abis,kan dah terkenang,menyesal.Eh ni bunga ni untuk siapa pulak?" tanya Pengetua Harun.

"Aaa?Bunga?Oh...errmmm...aaa...bunga ni..bunga ni...." Kebetulan pula Aisyahtun Bahiyah,kerani sekolah janda anak satu ni lalu tepi Achai,spontan saja Achai kabo, "Bunga ni untuk Mek Tun, Pengetua!"

Wahh kemain senyum simpul mati Mek Tun beri kat Achai.Dahi Achai berpeluh tak patut.Apsal la gampang sangat mulut beliau kabo bunga tu untuk Mek Tun.Melentok-lentok badan Mek Tun malu dek seprais si Achai yang bangang tak beragak nak cover line.

"Wahh ada hubungan rupanya kamu berdua ye?Baru saya nak masuk line ejas Mek Tun.." Pengetua terus berlalu sambil membebel terlambat seminit nak tekel Mek Tun.

"Terima kasih ye awak.Tak sangka awak dalam diam ada hati kat saya..hihi" Mek Tun tekup mulut ketawa kecil.

Achai senyum kelat tinggalkan Mek Tun terpinga-pinga yang tengah syok sendiri.Sekarang Achai bingung mana nak cekau bunga ros baru nak di kasi ke Cikgu Syafika.Takkan nak petik bourgenvilla kat laman sekolah?Jadah apa kasi bunga kertas ke awek ye dak?

Dari jauh disudut tingkat 2 bilik guru,rupa-rupanya Cikgu Syafika yang dalam perjalanan turun ke perhimpunan nampak segala kejadian antara Achai,Pengetua Harun dan Mek Tun.Entah mengapa hati beliau berasa cemburu tiba-tiba.Cemburu akan sekuntum bunga ros yang diberi Achai pada Mek Tun.

"Ahh..jatuh cinta kah aku pada Syahril...tolong jangan buat aku gundah Syahril...hmmm..." Dup dap dup dap hati Cikgu Syafika berdebor.Dengan longlai Cikgu Syafika melangkah anak tangga demi anak tangga untuk ke perhimpunan.Hati beliau serabut berkecamuk dek bunga ros Achai dan Mek Tun.

Di bilik makmal..........

Kemain kusut kepala Achai memikirkan insiden tadi.Apa bala si Mek Tun boleh lalu kat situ.Mana Cikgu Syafika?Lengan urat urat Achai sandarkan ke dahi,kaki disilang atas meja.Sambil pejam mata, Achai berangan dia Shah Rukh Khan dan Cikgu Syafika tu Aishwarya Rai dalam filem Mohabbattein berlari-lari bernyanyi dipadang sekolah yang saling tak tumpah rupa macam kepala Pengetua Harun.Sopak sana sini takde rumput...oh ye Pengetua Harun pesen botak tengah.Barulah kena kriteria seorang pengetua sekolah.Kalau rambut penuh ni biasanya Cikgu Disiplin atau Penolong Kanan je.



Bersambung..............

Monday, September 19, 2011

Sarah Bukan Pelacur

Dalam lorong gelap yang menjadi lot banglo untuk tikus tikus mondok itulah laluan Sarah ke tempat kerja.Bukan setahun dua Sarah menyusur lorong gelap tu.Dari umur 19 tahun hingga sekarang udah 30 tahun umur Sarah menggunakan lorong gelap tu.Dan selama itu jugalah Sarah menyerap segala cakap cakap manusia sekeliling yang mengatakan beliau seorang pelacur.Ye,pelacur.Bukan calang calang pekerjaan yang manusia manusia ini anggap terhadap Sarah.

Manakan tidak Sarah mendapat jolokan pelacur.Pakaian Sarah mahal mahal belaka.Dari gaun satin jenama Chanel dengan kaki dihiasi Jimmy Choo,cuping telinga dihiasi Rafflesia dan beg tangan kecil Miu Miu.Masakan manusia sekeliling tidak kenal Sarah.Dari kecil beliau membesar dengan Rahman,Fazli dan Shahima di Chow Kit.Membesar dengan hiruk pikuk pasar,menolong ibu angkat beliau Mak Shadikarogi.Dari kecil Sarah tidak kenal erti sekolah melainkan beliau hanya tersenyum senyum melihat telatah budak balik sekolah.Mungkin membayangkan keadaannya jikalau dia memakai uniform sekolah tersebut.

Tapi Sarah punya impian.Dia mahu hidup senang,dia mahu bantu Mak Shadikarogi.Dia tak sanggup melihat ibu angkatnya itu bersusah payah menjual sayur dan buah-buahan di Chow Kit.Dia pernah berjanji akan senangkan hidup Rahman,Fazli dan Shahima bila berjaya kelak.Mungkin Fazli dan Shahima bisa mengecap janji Sarah.Tapi tidak bagi Rahman.Rahman maut pada malam raya tahun lepas setelah bergaduh dengan pendatang dari negara jiran.Perut Rahman dirobek dengan kerambit hingga terburai isi perut beliau kerana berebut kawasan.Begitu murah nyawa manusia dipersekitaran tempat tinggal mereka.

Kehilangan Rahman merentap jiwa Sarah.Dia lupa segala janji janji yang pernah diucapkan bersungguh-sungguh suatu ketika dahulu.Mak Shadikarogi makin merempat,bawah jambatan sudah jadi rumah Fazli menagih dan Shahima tak ubah seperti mayat hidup selepas mengikut jejak langkah Fazli.

Sarah?Ye,misteri kehidupan mewah Sarah masih belum terungkai.Dari mana beliau dapat kemewahan sebegitu dalam masa yang singkat?Sesingkat skirt yang beliau pakai tiap-tiap hari Rabu malam.Malah Sarah turut membesarkan kelenjar mamari beliau.Setiap ekor mata yang memandang Sarah seakan meratah tubuh Sarah yang mantap pejal bergetah di setiap sudut.Malahan Haji Seman dengar ceritanya sehingga sanggup suntik kolagen semata-mata nak nampak muda dan tegang dihadapan Sarah.Ada Sarah pandang?Takde makna de.Sia sia je orang tua tu cucuk kolagen.Sudahnya Haji Seman lepas gian ke Gayah,janda anak satu.Jadilah dari takde langsung ye dak?

Tapi Sarah bukan pelacur....betul dia bukan pelacur.Apa kerjanya si Sarah ni?
Wallahualam..hanya Allah yang Maha Mengetahui tentang hamba ciptaan-Nya..

Mengambil Lima (Take 5)

Sebenarnya dalam draft gua tu dah ade dua tiga series Cinta Penunu Bunsen.Cuma gua rasa belum patut gua publish je dulu.Ade benda yang perlu gua edit,banyak nak kena editnya.Bukan kecik kecik anak dia punya banyak.Nama watak yang gua gunapakai kebanyakkan manusia manusia realiti yang gua jumpa sepanjang hidup gua hinggalah ke hari ni.

Dan kebanyakkan kisah dan pengalaman adalah berdasarkan kisah betul.Konteks kisah betul disini lain benar dengan definisi kisah benar.Kisah betul di olah tanpa mengubah fakta cuma dihiasi dengan humor dan satira untuk menjadikan cerita itu hidup.Manakala kisah benar kadang kadang boleh jadi benar sebenar cerita dan kadang kadang penuh dengan nasi tambah.Ye,mungkin untuk melariskan cerita,itulah yang perlu dilakukan oleh penerbit kisah benar.Berbeda benar dengan kisah betul.

Jadi projek blook Cinta Penunu Bunsen ini sedang dalam pembikinan.Dan sebagai tambahan akan diselang selikan dengan Cerkas sebagai bahan iklan supaya cinta Achai terhadap Cikgu Syafika tampak tidak terlalu berat dan tidak terlalu menjurus kearah cerita karut yang serius.Biarkan logik bahasa bermain dengan perbendaharaan kata.Tak perlu puitis hingga depan mahupun lawak sembab sepanjang penceritaan.

Bukan kesempurnaan yang gua cari,cuma satu karya yang lahir dari tembolok gua yang kuat makan ini.Tidak mengharap akan dikenali cukup sekadar kalian berselera menatap karya gua yang mungkin menjengkelkan manusia lain.Akhir kata untuk mukadimah serta pembukaan pemgembaraan gua ke alam yang lebih virtual lagi keliru ni,gua cuma nak menulis dan berkongsi dengan lu semua akan apa yang pernah gua lalui dan bagaimana nanti muncul watak watak seperti Mat Gedut,Apen BmC,Nas Dugong,Linglung Terbang serta Deus Merah Kuning.

Penutup kata untuk take 5 yang pertama, kalau orang miss call tepon,jangan layan.Pesen suruh call balik ni memang gua menyampah.

Cinta Penunu Bunsen: Cabaran Makmal

Apabila kamu melihat suatu keindahan, bersyukurlah kerana kamu masih bisa menikmati keindahan yang belum tentu akan kamu bisa lihat lagi.
Berasak asak kata kata diatas bermain dikepala Achai.Semuanya penangan Cikgu Syafika.Keindahan yang ada pada Cikgu Syafika memang tiada tolok banding.Bagi Achai segala sifat sempurna ada pada wanita terindah dalam Sekolah Menengah Kebangsaan Halim Napi itu.Kalau dipamerkan Cikgu Syafika sebelah menyebelah dengan Fasha Sandha, memang tiada dakwa dakwi Cikgu Syafika lah yang paling cantik.

Jam menunjukkan 10.45 pagi.Kelas sains Cikgu Syafika akan bermula pukul 11.00 pagi.Ini memang celaka bala buat Achai.Satu barang apa pon belum beliau prepare.Buku sains dicapai.Jadual menunjukkan barang barang yang diperlukan.Barbiturat,spatula,tabung ujikaji.Ini nampak senang getus Achai.

Karbon disulfida,kalium,silikon tetraklorida aluminium dan ammonium nitrat.Bala.Sepatah sahaja keluar dari mulut Achai.Apa menatang semua benda benda ni.Sangat asing buat Achai yang hanya kenal iodin je sepanjang beliau belajar sains 12 tahun dahulu.

Tapi itu bukan alasan untuk beliau putus asa.Putus asa tiada dalam kamus Achai.Tapi dalam kamus Mat Gedut tak tahulah pulak dia.Sebab Mat Gedut pesen cepat putus asa.Pernah sekali penutup air mineral tu ketat tak patut dia nak bukak,langsung dia putus asa nak minum air.Cepat sangat mengalah.Time makan pandai pula berlawan,taknak kalah.Celaka.

Berkat kesungguhan Achai,beliau berjaya ,menyediakan barang barang yang diminta Cikgu Syafika.Kembang kempis hidung Achai masa Cikgu Syafika senyum pada beliau.Achai bersandar bahu dipintu belakang bilik makmal memerhatikan Cikgu Syafika mengajar murid murid tingkatan 3 Murni.Naluri seorang guru memang sebati dalam diri Cikgu Syafika.Tentu dia akan menjadi ibu yang penyayang dan tekun mendidik anak anak kami nanti.Kata Achai dalam hati berangan tak agak agak.

Mata Achai melirik kearah barisan meja paling hadapan.Dia kaget.Jenis kaget yang memang tak patut kalau orang tengok.Mundar mandir dia dalam bilik pembantu makmal.Macam mana dia boleh terlupa nak letak barang yang paling penting tu dalam setiap ujikaji.Achai bersandar mendongak ke siling.Mata pejam.

Tiba-tiba Cikgu Syafika muncul didepan pintu....."Syahril....boleh berikan saya penunu bunsen untuk meja barisan depan?"

Achai bingkas ambil penunu bunsen hulur ke Cikgu Syafika.Bunyi beliau telan air liur kemain kuat sampai Pakcik Usop tukang kebun sekolah yang tengah trim pokok tu pon boleh dengar.Power betul aura Cikgu Syafika.

bersambung..............................

Cinta Penunu Bunsen

Hari pertama Achai bekerja sebagai pembantu makmal disalah sebuah sekolah menengah dekat kota metropolitan bermula dengan sederhana.Sudah berkali dia bertukar kerja dan kerja ini dirasakan cukup sesuai bagi diri Achai.Dah lama Achai menantikan tawaran kerja dengan gomen.Fikir Achai kerja dengan gomen ni terjamin masa depan dia.Skim pencen jadi pilihan.Dah tua nanti balik kampung kerjakan tanah sawah sambil makan duit pencen.Getus hati Achai sambil tangan membelek penunu bunsen dalam makmal sains.

Achai walaupun sekolah habis,subjek sains ni bukan makanan Achai.Menjadi pembantu makmal memang mencabar kredibiliti baginya.Manakan tidak mencabar,nak menyebut barbiturat sahaja udah bersembur sembut air liur beliau.Itu belum lagi barang barang lain macam spatula,kertas litmus dan hidrogen.Kalau disuruh tegak berdiri dan sebut satu satu barang barang makmal nescaya terkencing berak si Achai nak menyebutnya.Tapi beliau nekad nak berkerja sebagai pembantu makmal.Anjakan paradigma kata Achai pada Apen BMC pada pagi beliau nak pergi kerja tadi.

Sedang mengelamun membelek barang barang makmal Achai dikejutkan dengan suara lembut.

"Assalamualaikum. Awak Syahril kan?Pembantu makmal yang baru tu?"

"Waa..waa...waalaikumussalam cikgu.Ha'ah saya Syahril.Boleh saya bantu cikgu?" Achai gelabah tak patut.

"Oh ye,kejap lagi ada kelas sains untuk tingkatan 3 Murni.Boleh Syahril sediakan barang barang untuk ujikaji nanti?" Pinta cikgu manis bersuara merdu itu.

"Boleh sangat cikgu,apa apa yang perlu saya sediakan?" Achai sedikit berani.

"Nanti kamu boleh tengok dekat jadual dekat bilik makmal sebelah kiri,ada kertas jadual yang ditampal kat dinding.Syahril ikut je apa yang tulis kat situ ok?" Cikgu manis bersuara lembut membalas.

"Err..baik cikgu.Lagi 10 minit saya siapkan."

"Emm..terima kasih ye Syahril.By the way,awak boleh panggil saya Cikgu Syafika." Tersenyum manis Cikgu Syafika.

"Oh terima kasih Cikgu Syafika..terima kasih.." Achai dah gaya orang nak terkucil.

Cikgu Syafika berlalu dengan gaya lemah lembut berpaling dari Achai.Tatkala Cikgu Syafika membelakangi Achai,dia dapat rasakan inilah cinta...cinta yang dah lama tidak dia rasakan sejak dikecewakan oleh Ayu Flat.

Tapi masalah paling besar Achai sekarang,barang barang yang Cikgu Syafika minta disediakan untuk kelas sebentar lagi.Melihatkan jadual di dinding,satu patah haram pon Achai tatau apa semua barang barang celake tu.

Achai mengeluh panjang.Demi Cikgu Syafika beliau nekad baca buku sains dalam masa 10 minit yang ada ni.Achai memandang sayup ditengah padang membayangkan cabaran nak baca buku sains.Tangan kanan beliau menggenggam erat penunu bunsen...ye penunu bunsen.


bersambung...............

Wednesday, September 7, 2011

Perihal Raya,Reunion & Syamsuri Mustafa

Selamat hari raya gua ucapkan buat semua umat Islam seluruh dunia baik yang mengenali gua atau tidak.Gua ni jenis ikut mood nak cerita ceriti kat blog.Kalau gua rasa gedik gua ceritalah sedikit sebanyak,kalau tak pergila mampos.Kahkahkah.

Hari Isnin 29hb Ogos tu hari gua balik Terengganu beraya.Gua gerak malam,kul 9.30.Tapi menunggukan adik bongsu gua cari kasut si Muaz kat Sogo,sudahnya gua terperap kat Petronas Bentong sampai pukul 11pm.Pukul 11pm masih kat Bentong pukul brape nak sampai Terengganu ni?Cilake.Hati gua sedikit marah.

ok ni Muaz nama dia..budak gemuk camni mmg payah nak dpt kasut.

Makanya dalam pukul 4.30am kami selamat sampai di Kuala Terengganu.Kepulangan disambut dengan kebebalan adik ipar gua pasang mercun botol 2 biji pukul 4.35am..diikuti satu das mercun KLCC pukul 6 pagi.Nak ditampor kang laki adik gua,tapi sebenarnya seronok tak patut main mercun pukul 6 pagi ni sebenarnya.

OK pendekkan cerita,semayang raya gua kantoi.Sampai dah abis walaupun masjid depan rumah je jalan kaki.Anak gua Adam Harrazz mengamuk nak pegi masjid lain ajak sembahyang raya,pesen warak macam ni memang sebijik perangai gua masa kecik kecik..harap berkekalan.Raya pertama tengahari gua keluar ajak adik beradik gua beraya rumah anak beranak mak gua kat Rusila..beraya kat Rusila scene mudah tak patut.Parking kereta depan rumah mak sepupu gua takyah pakai kasut.Sebab dari rumah pertama sampai akhir semua sebelah sebelah je jarak dia.

Siapa pakai kasut memang kodi.Buang masa.Budak budak lainla..nak merasa kasut raya.Bapak budak buat perangai gitu memang minta kaki.Overall gua seronok la tahun ni balik beraya sebab gua rindu suasana the real kampung punya beraya.Dan jumpa kawan kawan yang ada gua dah tak jumpa for almost 15 years!!15 tahun bukan kejap brader.Kalau dalam konteks persenyawaan dah berderet deret anak gua.Dah kalau tak jumpa berbelas tahun nak dicompare kan borak sejam dua memang tak cukup.Mana nak jawab soalan mak bapak sahabat sahabat gua lagi.Mana nak goreng sahabat sahabat gua yang gua skang ni berkerjaya hebat.Hebat macam Khairy Jamaluddin gayanya.

Raya ke-3 gua ada reunion ngan SPM batch 98 SMSS.Jumpa balik saing rodong hok lama lama ni memang scene best tak patut.Nak dijadikan cerita salah sorang sahabat gua suruh call Syamsuri Mustafa atau nama masa kat kelas dulu Sak Bulu.Pesan sahabat gua yang bernama Imran tu, "Kau call dia suruh datang reunion,tapi kalau dia angkat call kau memang ajaiblah..lagi2 dia tatau nombor kau.." ujar Imran masa gua beraya kat rumah dia petang raya ke-3 tu.

Gua dail nombor Sak Bulu.Peduli apa gua dia star ke tak star...apa dia ingat dia pakai helmet macam Petr Cech time lawan bola dia nampak cool?Sebenarnya kami semua tak sabar nak membahan malaun sekor ni.Maha suci Allah,Sak Bulu angkat call gua.

Gua: Assalamualaikum...woi Sak Bulu!
SM: Waalaikumussalam...siapa nih?
Gua: Skang kau jangan cakap banyak,dtg reunion skang kat Xtreme Futsal,Goat Island. ~ gaya gua nak kasi Sak Bulu goyang.
SM: Sapa ni?Alah dah abis futsal kang kau call aku lepak mana aku datang.
Gua: Datang skang la main ngan kiteorang..
SM :Alahh...takpelah..lagipun korang kan dah selalu tgk aku kat TV..tak puas puas ke?
Gua: Babi..............


Penulis bersama rakan rakan sekolah batch SPM 98 Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman.Yang tengah tu mamat perasan Petr Cech ngan Tumulak.Dari kiri atas, Ayeng,Farino dan Idham.

Bawah duduk: Gua,Syamsuri Mustafa ngan orang kuat MB Ganu, Imran Azmi.