Thursday, May 12, 2011

Rindu Champions League pada Liverpool

Rata rata fans football club yg layak ke Champions League dah sibuk pompang pompang pasal Liverpool yg tak layak ke UCL season depan.Sebaliknya Liverpool masih berada dlm kelompok Europa League,ok mungkin yg terakhir season depan.Fans yg bising2 menganjing Liverpool tak qualified UCL tu sebenarnya rindu nak tgk aksi Liverpool di UCL ye dak?

Kalau tak masakan Johan Cruyff,Diego Armando Maradona dan Michel Platini dah malas nak layan sangat UCL la ni.Sebab dorang akan hadir Final di Wembley pon atas dasar menghormati semangat kesukanan.Nama nak rasa terhibur layan bolasepak sampah dari team setan freemason merah jauh sama sekali la kan.

Kalau tak masakan dorang tayang UCL masa match Fulham vs Liverpool tempohari?Itu kerana UCL rindukan Liverpool,bukan Liverpool rindukan UCL.Tau ke tak tau ni?

Wednesday, May 11, 2011

Bila Awek Layan Bola

Hati ni serba salah kalau awek awek cun claimed dia sokong Liverpool.Hati jantan yg ego terus cepat buat rumusan kau sokong Liverpool sebab Torres dulu kan?Abis Torres dah berambus lu sokong Liverpool sebab apa plak?Tapi tak semua awek cun berkelakuan begitu saudara dan saudari sekalian.

Rosanna Davison adalah salah satu contoh terbaik.Dia bukan jenis sokong sebab baca website tgk jejaka jejaka bolasepak baring pakai spenda Armani atau Gucci.Ini sokong sampai mati sampai tahap jadi duta Liverpool.Kau boleh?


Hati nak kutuk tak rasa langsung.Semangat makin membuak menyokong kelab kesayangan dengan adanya org org mcm ni.Tapi yg makin buat faith aku makin kuat terhadap Liverpool bila Angelina Jolie kabor dia sokong Liverpool sebab aku pon sokong Liverpool.Nampak obses tak obses Angelina Jolie ngan aku?

Perjuangan

Aku rasa akan ramai sahabat handai takkan bersetuju dengan keputusan aku utk serius dalam arena politik atas tiket UMNO.Pertama tama sekali objektif dan perjuangan aku hanya Islam dan Melayu itu sendiri.Atas dasar apa aku memilih UMNO sebagai medium perjuangan?Aku tak mahu perjuangan aku tersekat sekat dan separuh jalan.Ye aku harus bersikap optimistik dan mengambil peluang yang ada didepan mata.

Bukan aku tak boleh perjuangkan pendirian aku atas tiket pertubuhan lain lain.Tapi aku rasa dengan UMNO aku lebih banyak ruang utk menyampaikan perjuangan aku.Terima atau tidak diterima biar masa yg menentukan.Nawaitu aku cuma satu,agama dan bangsa ku.Kenapa aku perlu berbicara serius tentang ini sedangkan tidak pernah timbul soal perjuangan aku didalam penulisan sebelum ni?Dah lama aku perjuangkan apa aku impikan selama ni,cuma pergerakkan aku tidak mewakili atau dipayungi mana mana pertubuhan dalam Malaysia ni.

Sedikit latarbelakang pembabitan aku dalam bidang ni.Dalam diikut dari susur galur relung keluarga aku,politik itu mungkin salah satu cabang perjuangan mereka suatu ketika dulu.Bermula dengan almarhum moyang aku yg pernah bertugas sebagai Mufti Kerajaan Pattani ketika dahulu hinggalah penglibatan datuk sepupu aku Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan juga bekas abang ipar aku Dato Haji Mamat Ghazalee Abdul Rahman yg pernah bergiat secara aktif dan kononnya nama yg disebut sebut bakal menggantikan Wan Mokhtar mantan Menteri Besar Terengganu ketika itu.

Pendedahan politik dalam kehidupan aku agak meluas diawal umur akil baligh,aku dah mula ikut bekas abang ipar aku berkempen di kawasannya DUN Langkap,Setiu.Bagaimana aku melihat proses berkempen dari pihak kakak aku memenangi hati kaum wanita disitu dan memberi sokongan penuh terhadap bekas suaminya buat aku rasa teruja dengan arena politik.Dari situ aku belajar secara diam apa yg diperlukan utk menjadi seseorang yg mempunyai kepetahan bercakap tentang isu berbangkit dan bagaimana melaksanakan apa yang dijanjikan.Okeh bab tu aku masih belajar dan belajar benda mcam tu kena ada modal.Cilaka.

Selain bekas abang ipar aku,aku selalu hadir ke majlis ilmu anjuran Tuan Guru setiap Jumaat di Rusila.Ok situ dah mmg kampung mak aku,selain pergi mendengar Tokcik Haji Hadi mengajar,nasi minyak Cik Zah adalah satu kewajipan.Sedap tak patut.
Jadi dari situ,pendedahan dengan knowledge duniawi dan ukhrawi dalam berpolitik tu agak sebati dalam diri.Dari situ aku suka amik tau segala yg berlaku dalam dan luar negara tentang isu semasa.Ye dari Osama ada anak pompuan cun nak mampos sampailah bukti setiap menteri kita ada katalog pompuan.Tak caya?Ade aku kisah....

Tapi semua tu aku buat secara diam dan kajian yg terperinci setiap isu politik dalam negeri yang mana aku rasa menarik utk aku bahaskan.Juga secara diam dan bawah tanah.Kenapa?Sebab aku bukan bertauliah dari mana mana badan politik.Jadi kajian itu semua hanya utk rujukan aku.Siapa tahu lepas aku mati org jumpa notes aku tu semua dan jadi bahan sejarah penting?Kah kah kah!

Oklah,cakap panjang panjang nanti korang bosan.Yelah,politik jadah apa plak si Jarr ni nak gebang.Ckp omputih pon macam babi,ada hati nak berpolitik.Tapi takpe saudara saudari sekalian.Dalam konteks menegakkan kebenaran kita tidak memerlukan 3-4 gulung ijazah yang ada tertera B.A Hons itu ini.Anda tidak perlu jadi political analyst utk cakap berkebuk atas apa setiap isu dalam politik malaysia sekarang ni.Wak Kundur yg kerja main dam kapit 24 jam tu pon pandai sebut "ketrampilan" dan "sofistikated" kalau dah marah dengan pemimpin.Apatah lagi aku yang sekolah abis ni kan?Doakan yang terbaik untuk aku,dan aku akan buktikan aku akan jadi somebody dalam masa 5 tahun kedepan ini.Insyaallah!

Sebelum aku mulakan semua ni,perut mesti mau isi dulu.Nabi pon tak kasi umat dia bekerja sampai lupa makan.Ye dak?Jom makan dulu.

Wallahualam.