Thursday, April 21, 2011

Pergerakan Dalam Perut Bumi

Benda ni aku perasan dari balik kerja petang semalam lagi.
Sambil sambil aku makan kerepek pisang sira,aku rasakan perjalanan semalam tak smooth.Mcm ada sesuatu dari dalam tanah lepas lapisan tar yg kerajaan kasi turap kat Jalan Tun Razak tu bergegar gegar.
Aku usha Mem,dia mcm takde pape.Ye lah org pompuan dah mengunyah,mana nak perasan dunia nak kiamat,ye dak?

Aku pelan kan kereta sampai depan IJN,ye mmg kena pelan kan sebab jalan pon jem.Langit mmg dah sedia gelap,gaya awan berarak pon mcm awan dalam cerita Book Of Eli.Tak semena hati rasa risau tak patut.

Mem masih ligat mengunyah kerepek pisang sira.Yg keras dia pass kat aku sebab gigi aku kuat katanya.Aku amik tanpa banyak ckp.Kunyah kerepek pisang sira sambil hati berdebor mmg sedap tak patut.Pelan pelan aku tundukkan kepala kot kot bunyi gegaran dari luar aku boleh dengar ke apa.Takde.
Bau busuk cucuk idung tetiba...cilaka,tengahari gua makan nasi ayam penyet,mmg gampang la bau dia.Bukan buleh tahan tahan kalau nak kentut ye dak?Tingkap Mem buka,mulut membebel.Sayang la tu,tau sangat.Kalau tak sayang dia akan cakap kentut aku wangi,kan membohong namanya tu.Kalau membohong maknanya dia dah tak selera ngan aku.

Sampaila di Jalan Kuching kerisauan aku reda sebab dah takde gegar gegar ngan bumping masa kereta bergerak.Aku sampai rumah,main ngan Adam,makan obat,makan nasi,tgk movie jap pastu berangkat nak naik tido.Masa ni lah aku rasakan gegaran tu dtg balik.Kali ni lagi kuat,sampai terangkat meja mekap Mem.Ini dah poltergeist!Aku jerit kata stop.Dia stop,aku ckp dance,dia dance.Then aku try plak,jump!Melompat lompat meja mekap tu.Dari perasaan takut dah timbul plak perasaan seronok yg mmg tak patut.Ye la kan,benda dlm rumah semua mendengar kata,mcm Wonderland.

Aku taknak bangunkan anak isteri yg tgh nyenyak tido.So aku stop arahkan benda benda tu bergerak.Aku borak ngan sebijik sebijik benda dlm bilik aku.Memula aku layan borak ngan single sofa aku,pastu aku borak ngan meja mekap Mem,tu pun dia tercungap cungap sebab aku dajal dia suruh lompat memula tadi.Paling mcm bertih takleh berenti bercakap,iron rambut bini aku.Kuat komplen pon ye jugak benda alah ni.Dah puas melayan iron rambut bercakap si kereta control Adam nak borak.Aku layan la dia sampai ke pagi..

Last sekali,bini aku ajak berborak tapi aku dah letih.Tapi dia marah marah jugak suruh aku bangun berborak.Aku buat derk je,letih bhai satu malam suntuk berborak.Last sekali aku dgr Mem nak tinggal aku gi kerja sendiri.Kelam kabut aku bangun mandi pagi tadi.Celaka punya mimpi.Setan betul,apa ke mengarut mimpi mcm tu.Mmg aku tido bawah malam ni.

When I'm Gone

When I'm gone, I hope you'll be ok...
When I'm gone, I hope you're gonna be the same...
When I'm gone, I don't wanna you be sad...
When I'm gone, I want you to be glad...

But when I'm gone, please take a good care of yourself and the children..
And when you're sad,remember the time when we were together...
Baby when I'm gone, all i want is your happiness....
I'll be glad if you can live happily without me...
Coz I'm everywhere with you and always be my baby...

When I'm gone I want you pray for me...
So one day we can be together again happily..
Do you know how hard to live without you baby?
That's why i'm truly grateful to have you,my other half of me....




P/s: Nukilan merapu utk Mem,Nor Ayu bt Md.Sahad...Luv u sampai mati... :)

Tuesday, April 12, 2011

Pelaburan Harus Bijak

Dalam dunia pelaburan,masyarakat lebih cenderung kearah pelaburan berisiko tinggi.Yakni pelaburan yang mendatangkan hasil sekelip mata.Dari "demand" ingin kaya dengan cepat dan juga sukses sekelip mata inilah muncul berbagai bagai jenis pelaburan yang berteraskan bentuk urusan perniagaan dan pelaburan Yahudi Nasrani.Dalam konteks perdagangan di Malaysia,perniagaan MLM atau bahasa saintifiknya Multi Level Marketing,dah macam wartel dia punya banyak.Ada saja muncul MLM yang fresh nak menggodam duit orang kita.Lebih menyedihkan yang beriye buat benda alah mungkar ni org Melayu Islam...tapi bior ke deme la menanggung semua tu..berani buat,berani ler kome tanggung ye dak?

Pelaburan yang aku nak bincangkan hari ni adalah pelaburan dalam konteks perniagaan berteraskan sukan.Sukan No.1 dunia adalah bolasepak..semua orang meroyan dengan bolasepak.Bila petik bolasepak je semua nak cakap pasal bolasepak.Bila masuk bab pelaburan semua nak petik nama The Professor,Arsene Wenger.Tak kurang juga yang nak petik nama Roy Hodgson,ini memang dasar celaka.Orang mcm ni kita spam je.Bila dilihat balik pelaburan kelab kelab bolasepak tersohor dunia,mereka lebih cenderung kearah melabur ntah apa apa.Ambil contoh Man City,ini satu sample yang kalau kita translate kan dalam konteks institusi keluarga,mereka ni tak ubah macam adik beradik yang duk perabih duit mak bapak dorang,Pak Sheikh.Abang sulong kepala perabih rete,Mancini..belanja sana sini.Shopping beli orang,tak main la beli barang..beli orang terus.

Tapi kat mana klimaksnya?Klimaks sekali dua je..itu pun payah nak dapat.Sampai kekadang buat fake orgasm.Quantity yg dilaburkan tu dah betul,cuma cara yang dilaburkan tu saling tak tumpah macam kau pergi letak duit kat Unstoppable takpun Hai-O.Apa pon tak bleh.Ada hati nak pow lagi 100mil pound nak shopping summer nanti.Kepala bana dia.

Ok maybe The Professor ada skill investment.Tapi kadang kadang dia terlalu menumpukan pada subjek investment itu sendiri sampai lupa yang dia bariskan budak budak yang pakai boxer bunga bunga dan selimut leher untuk main bolo.Budak budak baru naik memang semangat tinggi.Iltizam nak menang tu memang membuak,sampai kekadang The Professor mengcangkung menahan perasaan ditepi padang dek terlampau hyper bebudak beliau.Tapi tulah,bebudak main korang sendiri pahamla kan.Datang dia nak menang,berbiji biji sumbat.Kalau dah dpt cikedis ngan Super Ring,haram lupa mcm mana nak jaga goal dengan betul.Tapi The Professor buat unduran paradigma yang mendtgkan hasil baru baru ni,kemunculan semula Jens Lehmann memberikan mereka rentak kemenangan.Ok kita tunggu 17 April ni bila dorang sambut Liverpool.

Pak Alex pon pandai bab investment.Cth jual Ronaldo,simpan duit beli yg murah murah.Cth Bebe ngan Chicarito.Dah itu je bab pelaburan Man U aku ulas,yg lain tunggu dorang selesai utang menimbun tu dulu.

Chelsea?Sangat bijak.Beli Torres dan David "Mop" Luiz.Yg murah skit dah score 2 biji.Yang paling mahal,tak score sebab hati duk risau Terry nak taler bini dia.Ok bab merchandising mmg dah buleh cover la kot.Pelaburan separa bijak.

Liverpool?Tak payah ckp banyak..dah la berzaman tak menang liga.Pompang pompang,sandarkan pada kenangan,history la bla bla bla..this is our season bla bla bla..you'll never walk alone bla bla bla..King Kenny,In Rafa We Trust,Shankly Spirit dan mcm mcm lagi.Hasilnya?

Jual torres,jual babel topup skit buat cover legal fees beli Suarez ngan Carroll.Hasil?Sendiri tgkla,malas nak cerita.Berbaloi tak patut.Dalglish kabo judge Suarez and Carroll next season.Fair enough.
Sebab Liverpool ngan ayat NEXT SEASON nye mmg kacip.

Conclusion dari artikel merapu ni,nak kabo satu je.Pelaburan berjaya setakat ni dari segi performance pemain terang terang Liverpool yg bijak berbelanja.Tak setuju?
Kau nampak itu pintu besar tidak?Dengan perintah aku,GET OUT!GET OUT!

Segala perdebatan sihat dan tidak berbaur gay dialu alukan.