Friday, February 25, 2011

Bismillahirrohmanirrahim...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui akan kejadian sekalian alam.
Aku panjatkan syukur keatas limpah kurnia, rezeki,berita kebaikan, penyakit,masalah dan segala dugaan yang diberikan.

Semoga dengan rezeki dari Mu akan mengubah hidup aku menjadi seseorang yang lebih bertanggungjawab pada masa hadapan.

Sekali lagi terima kasih ya Allah.

Monday, February 7, 2011

Perihal Valentine's Day

Benda benda mcm ni kalau aku cakap nanti bijak pandai cakap aku mcm bagus.Bila tak cakap pulak aku rasa tanggungjawab aku sebagai seorang Muslim tak menepati piawaian.Ok bab piawai ni takde kena ngan Piagam Madinah.Kalau nak recall apa kandungan dalam Piagam Madinah, sila bukak Sirah Nabawiyyah balik.

Hari Memperingati Kekasih.Hari untuk siapa tu sebenarnya?Ada buat research sebelum huha huha celebrate dakyah yahudi laknatullah tu?Takde bukan?Jadi bila takde research or sedikit bahan bacaan pengenalan apa itu Hari Memperingati Kekasih, atas motif apa hari itu disambut?Bunga rose 3 kuntum lambang I Love U?Rose putih lambang kasih suci murni?Suci murni pastu end up kat bilik berbayar yg berhawa nafsu?Oh maksud aku,berhawa dingin.

Sidang Isnin yg dirahmati Allah SWT,sebagai seorang Muslim hidup kita berlandaskan Al-Quran dan Sunnah dan tidak sedikit pun berlandaskan propaganda mahupun doktrin doktrin yang digembar-gemburkan oleh penentang agama Allah.Masakan St.Paul itu sendiri dari golongan yahudi yg menyelinap masuk utk menyimpang ajaran asal Kristian.Dan siapakan St.Valentine?Kenapa tanggal 14hb Februari berpusu-pusu umat manusia berjalan berpimpingan tangan,kepala terlentok dibahu,ditangan memegang bunga tanda kasih sayang?

Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)

Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)

Nauzubillah...aku mungkin bukan seorang Muslim yg sempurna amalnya..begitu juga kamu diluar sana.Dah terang lagi bersuluh ke?Atas dasar kesedaran, aku menyeru kita renung kembali kemana kesudahannya sambutan ini kalau tidak kearah kemungkaran.Takkan ada kebaikkan dalam sambutan hari yang penuh dengan tipu daya ni.

Benar, aku pon pernah datang dari golongan ini.Betapa takut bila mengetahui akan kebenaran dan betapa kita membelakangi Dia dan Rasul-Nya.

Demi Allah, takde sedikit sifat ujub dan riak dalam menyampaikan pesanan ini.Cuma ingat mengingati mengenangkan mengkeme mengkeme ni seme sedare seislam teman.

Akhir kalam, semua yg baik itu datang dari Maha Pencipta Allah SWT dan segala yg buruk tu datang dari Manchester United.Serius, Manchester United itu kan team setan.Dah la setan, Freemason plak tu..dah la Freemason,sokongan padu dari Illuminati pulak..ok ok dah jauh dah ni.

Tapi aku sekadar menyampaikan ok.Takde niat nak kondem..yg aku kondem tu kapir laknatullah.

wallahualam.

Wednesday, February 2, 2011

Nasi Lemak Kak Sabariah Naik Harga

Persaingan ekonomi yang rempit habis membuatkan harga bahan mentah yang basic untuk buat nasi lemak naik mendadak.Kak Sabariah kaget.Digaru-garu bawah teteknya, gatal ala ala, dek peluh berkuap.Berkerut dahinya menahan sedap menggaru dibahagian yang pada firasat aku,semua lelaki tak menolak untuk tolong menggaru.Ahh obscene sudah ini.

Nas Dugong kehairanan bila ordernye tak diendah Kak Sabariah.Pekak ke apa janda ni? ~ Nas Dugong protes dalam hati.Adapun Kak Sabariah runsing akan kenaikan harga bahan mentah.Maka bukan sesaja dia memekakkan telinga terhadap order Nas Dugong.Bukan Kak Sabariah tatau kebiasaan Nas Dugong, nasi lebih,sambal paru,telur mata dan ayam rendang 2 ketul.Dan jumlahnya tak perlu Kak Sabariah hambur kat Nas Dugong.Dia sendiri akan hulur RM5.30 ke Kak Sabariah.Itulah rutin Nas Dugong hari hari.Tapi arini Nas Dugong ada banyak iblis dalam badan.Pesen manusia makan tak baca bismillah memang suka iblis berkhemah.

Dilihat kala Kak Sabariah melangut tak endahkan order dia, Nas Dugong cedok nasi lemak masuk dalam bekas polisterin.Dicedoknya sambal semahunya,sambal paru 4 cedok dilambakkan atas nasi,telur mata 2 biji yang garing garing Nas Dugong parking atas sambal paru.Dan akhir sekali,ayam rendang 2 ketul dia lepak tepi telur mata.Dia terhenti seketika,sambil mengukir senyum paling iblis, Nas Dugong amik lagi seketul ayam rendang belah dada letak atas nasi lemak yang dah sedia membuak tadi.Kak Sabariah masih melangut.Makin yakin langkah Nas Dugong amik plastik nak isi bekas polisterin yang dipenuhi lauk curi.

Sambil melangkah yakin, bersiul pada kadar volume 1...




"Semua sekali RM12.60 arr Nas.Nak masuk buku ke apa?" - Kak Sabariah bersuara tapi masih dalam keadaan melangut.

Cilaka.Nasi lemak Kak Sabariah dah naik harga rupanya.. ~ sekali lagi Nas Dugong protes dalam hati.