Tuesday, November 6, 2012

Karya Baru Gua #CeritaSeram

Salam 1Liverpool buat semua.

Nak cakap banyak malas sebenarnya, tapi nak kabo yang buku kompilasi #CeritaSeram dengan penceritaan berformat Twitter akan mula dijual pada 17hb dan 18hb Nov di event Kuala Lumpur Kita Punya!

Ini hasil kerja gua yang kedua selepas Pompang Pompang 2 tahun lepas. Lama bukan? Ada aku kisah?
So pada penggemar Cerita Seram dan followers gua yang setia di Twitter setiap Khamis malam Jumaat menunggu twit #CeritaSeram selama ini. Ni la hadiah buat kamu semua.

Dapatkan sementara ianya masih panas! Support gua dan Dubook Press penerbit gua yang cute.

Terima kasih!

Thursday, September 27, 2012

Ibu, Aku Sayang Kamu

Dalam minda tiada lain cuma gambaran wajah ibu...
Dalam hati tiada rasa cuma hamparan rindu pada ibu...
Dibingkai mata hanya ada genangan tulus khas buat ibu...

Berat rasa menanggung dosa pada ibu...
Berat rasa nak teruskan hidup tanpa restu ibu...
Berat kaki melangkah tanpa doa ibu...
Berat ingin menelan tanpa pesan dari ibu...

Syurga tempatku andai Ibu berkati aku...
Rumah nerakaku andai airmata Ibu sedih padaku...
Pelukan ibu kekuatanku...
Ciuman ibu semangatku...

Kata-kata ibu keramat bagiku...
Tangisan kegembiraan Ibu lagu buatku...
Tuhan...beri aku kesempatan untuk ku berbakti pada Ibu..
Tuhan...beri aku kekuatan untuk menjaga Ibu...
Tuhan...sejahterakanlah Ibu...

Rumah pertamaku, rahim Ibuku...
Makanan pertamaku, dari Ibuku...
Mandian pertamaku, kudrat Ibuku...
Sayang pertamaku, dari mulutmu, Ibu...

Ibu, aku sayang kamu..........


Tuesday, September 11, 2012

Wujud

Yup. I still exist. Bernafas macam orang lain, makan macam orang lain, isap rokok macam naga-naga diluar sana. Bezanya aku dah lama tak duduk berkawan dengan blog aku ni. Tulis blog sambil kompiter mainkan lagu "Loving the Alien" by Velvet Revolver ni memang rasa macam telan pil tido setengah botol dia punya stim. Aku pon tak tahu kenapa aku tak update blog. Ada la sorang dua sahabat yang concern pasal aku tak update blog. Rasa bersalah juga, dia bayar internet sebahagiannya sebab nak baca blog aku juga. Kahkahkah. Ok tak kelakar.

It's about time to start all over again. Sekarang aku dah lap, sapu, buang sampah, tukar langsir, sofa, meja makan blog aku.

Aku start tulis balik. Takde orang baca? Bukan itu aku kejar bai, aku suka menulis.

Adios.