Tuesday, August 31, 2010

Merdeka Itu Kritikal

Genap sudah negara Malaysia merdeka 53 tahun..
Dan aku cuma 29 tahun dari 53 tahun yg merdeka itu...aku tak penah tau apa yg terjadi 24 tahun sebelum tu melainkan dari saluran media massa, elektronik dan sumber terpenting buku sejarah sekolah menengah yg terpampang wajah Prof.Khoo Kay Kim seorang tokoh sejarawan negara yg agak tersohor..oh ye, mmg dia tersohor.

Lupakan Khoo Kay Kim, sebab aku bukan meroyan nak bercerita pasal dia pon...apa kena mengena dia ngan kehidupan aku?Mungkin ade sedikit dlm era pembelajaran menengah aku, tapi pengaruh dia tak sehebat buku-buku "rare" atau risalah risalah hati yg sering aku baca ttg pergerakan sejarah negara.Tak melampau kalau aku katakan, sejarah banyak diubah utk diselarikan menjadi sedap dibaca.Dan tak melampau juga jika aku katakan kemerdekaan kita "bersyarat"...
Apa isi kandungan perjanjian kemerdekaan kita sebenarnya?
Selain declaration of independent yg duk di dalam cermin Muzium Negara yg takde modal insan sampai buat pameran hantu dan keranda?

Dude, sejarah kena betul dan selari dengan apa yg negara kita achieved skang ni.Soalan jahat aku skang ialah, apa kita punya achievement?Menara Berkembar KLCC?KL Tower?KL Sentral?Menangis masa persidangan parti politik malaysia meminta simpati?ceramah awam mengapi-api kan sesama sendiri?Atau sesedap hati PM terdahulu nak declare Malaysia negara Islam?Jangan cepat melatah dengan statement aku sebentar tadi, tak salah dan tak menjadi hal sekelumit kuman celah dubur pon kalau kita nak declare Malaysia ni negara yg majoritinya adalah Islam, Muslim.Sebab sebuah negara Islam, mengamalkan pemerintahan purely berlandaskan AlQuran dan Sunnah.Bukan berlandaskan hukum atau undang - undang yg penjajah tinggalkan sejak zaman sebelum merdeka lagi.Negara ini berbilang kaum, majmuk rakyatnya.Sensitivity kena dititikberatkan supaya peristiwa peristiwa perkaumanan tidak akan berulang sama sekali.

Sedangkan hukum hudud dipersendakan sedikit masa dahulu, subhanallah.Berani kah kita semut semut hitam ni nak kedepan menyuarakan dengan lantang akan kebenaran hukum Allah itu?Gesaan utk bersatu adalah yg terbaik, kesempatan ini senantiasa diintai daripada pihak tak bertanggungjawab diluar sana.Suka ke tengok negara lain mempersendakan bendera negara, dipijak, dibaling tahi bapak dia, dihamun dan kita cuma mampu mengutuk tindakan mereka tanpa sebarang action?British dtg membawa perubahan, melepaskan Malaya dari cengkaman Jepun, seterusnya cengkaman Komunis.Pada masa yg sama mereka juga ada kepentingan malahan lebeh busuk dari Komunis dan kuasa Imperialisme Jepun sebelumnya?

Sedihnya zaman serba moden ni, anak anak kita dah tak amik pusing permasalahan ini.Ya, mungkin mereka bersatu,Melayu,Cina dan India.Tapi bersatu mereka itu cuma sekejap sahaja dibalik cahaya cahaya neon yg disulami alunan muzik yg bisa menghenyak mereka sambil tangan diangkat tinggi dengan berpegangkan minuman khayalan tanda setuju mereka bersatu malam itu, ye hanya malam itu.Besok mereka sudah lupa siapa kawan mereka semalam.Malahan nama mereka tak mungkin ada dlm ingatan masing masing selain dari keseronokkan bergelumang utk bersatu hanya satu malam!

Sedih, tapi itu hakikat.tak perlu aku sebut apa lagi masalah dan gejala dajjal yg bisa muncul dari kemungkaran ini.Tiada iringan doa, hanyalah dentuman rentak melalaikan akan menjadi pedoman.

Cuma aku terkilan, Merdeka Kita Sangat Kritikal!

Thursday, August 26, 2010

Basiron Pulang Beraya

Dah hampir 6 purnama Basiron merantau di Amsterdam, terlalu pantas masa berlalu bagi dirinya.Namun tanggungjawab sebagai seorang muslim tak penah Basiron abaikan.Dia masih tau akan batas manusia yg perlu menjalankan tanggungjawab seorang muslim yg berhemah.
Dia memandang jam ditangannya yg penuh dengan urat - urat timbul, 3.30am.Elok benar dia bersahur sekarang dan bersiap-siap utk ke limbongan, Die Port Van Cleve.Di situlah Basiron mencari rezeki setelah direkomen oleh Winston Bogarde sedikit masa dahulu.

Dengan lafaz bismillah, Basiron meneguk barbican sebagai santapan sahurnye.Dicubit sedikit roti ban amsterdam sebagai mengalas perut, dan semenjak merantau di Amsterdam, Basiron telah lupa kepada rokok.Yg menjadi peneman Basiron dikala sunyi, hanyalah "Bob Marley".Disedut "Paka Lolo" itu sedalam-dalamnya.Menghela asap tebal berdengung keatas, menampakkan kepuasan Basiron pagi itu.

Setelah selesai, Basiron pergi kebilik Jimmy.Oh ye, Basiron tinggal serumah dengan Jimmy aka Winston Bogarde sejak pertemuan mereka lepas.Jimmy dah menjadi BFF Basiron sejak itu.Basiron mengejutkan Jimmy,

Basiron: Jimmy, bangun bro.Sahur, nanti pas subuh kita boleh gerak gi limbongan sesama.

Jimmy: Lu sahur dulu bro, nanti gua menyusul.Mata gua ada gam UHU ni...(Jimmy dah tak pelat kelantan sejak berkawan ngan Basiron)

Basiron: Lu jgn macam2 bleh tak?Sahur awal, boleh tido jap sambil tunggu subuh.

Jimmy: Ye gua tau, tapi gua letih ni Aaron (nama Basiron kat Amsterdam).

Basiron: Bangunla....

Jimmy bingkas bangun seraya pintu bilik terbuka.Jimmy wat muka tak puas hati, mau saja dia tempeleng Basiron.Tapi bila dipikirkan Basiron banyak mengajar dia ttg agama, dia akur.

Selesai sahur, mereka nak sambung tido sementara nak menunggu subuh.(bukannya nak mengaji ke apa)

Basiron: Bro, lu dah niat puasa?

Jimmy: Mcm mana?

Basiron: Mcm yg gua ajar semalam la..sama je.

Jimmy: Baca mcm semalam jugak ke?boleh ke mcm tu?

Basiron: Boleh, kita kan kerja perantauan..boleh.

Jimmy: ok bro...

"SAHAJA AKU BERPUASA SEKERAT HARI SAMPAI PUKUL 12 ESOK HARI KERANA.............."

puasa kat perantauan banyak dugaannya.... - bisik hati Basiron sambil senyum memandang Jimmy.

Kenangan Puasa (Bhgn 1)

Kalau nak cerita, mmg sampai bahagian 834 pon tak abis.
Jadinye gua cuba cerita mana yg gua ingat je la ekk.

demn.gua lupa plak nak citer yg mana satu dulu.

cilake.nanti gua ingat, gua apdet.

sorry arr.

Tuesday, August 24, 2010

Kamus Bahasa Terengganu

Mari mengenal sepatah dua perkataan dlm dialek Terengganu bersama dengan maknanya sekali..

Semoga boleh dijadikan panduan kalau nak gi melawat Ganu nanti ye?

next entry aku wat kamus Boyan plak =|

  • Ija Naung - Hijau Striking
  • Meroh Nyale - Merah giler babis
  • Kuning Sior - Kuning striking
  • Dok rok chetong - tak larat
  • Komang spana - loser
  • Ye dok mung? - kau biar betul!
  • Tekpler gaul nyor - tahi pelir gaul kelapa (kebiasaan digunapakai utk memaki hamun, jangan cuba ye)
  • Pahit Nepang - pahit amat
  • Manih leting - Manis amat
  • Tawor hebe - tawar gila
  • Bodo la kakah ning - bodo la korang ni
  • Korek korek siung - korek korek cium
  • Gelenyar - gatal miang
  • Supik rokrak/rajuk - plastik
  • Buoh mutor sigedal - terms dlm sepak takraw, sama mcm Lipat Maniam.
  • Jerba - dive, bese digunakan utk penjaga goal
  • Kona Lipak - korner baring
  • Congek - wheelie
  • Kerah cokeng - keras giler or "stim"
  • Kopek Catok - tetek mantap
  • Tok mu! - bese digunakan dlm keadaan marah, Nenek nkau!
  • Panjang jenggong - panjang giler
Itu saja buat masa ni, kalau korang ade pertanyaan sila kemukan.aku akan jawab utk entry pertanyaan nanti, eceh dah mcm Deus X Machina

Thursday, August 19, 2010

Mancs vs Liverpudlians - terbaek!

A married Manchester United supporter drove 400 miles for what he thought was going to be an affair with a woman he had chatted to on the internet - only to discover it was a hoax set up by two Liverpool fans he had met on holidays. Stuart Slann, 39, from Sheffield, made the trip to a remote farm in Scotland to meet a woman he had been flirting with online for weeks. But when he arrived at the house 'Emma' was nowhere to be seen. Three hours later the pranksters called him and confessed it was all a trick. They taped theconversation and put it onto video-sharing website YouTube and Facebook accompanied by an embarrassing photo.
Mr Slann's wife, Louise, 32, then discovered that he had intended to have an affair and ended their marriage. He had met the two unnamed Liverpudlians during a holiday in Cancun, Mexico. The three spent the time arguing about their teams who are bitter North-West rivals.
On one occasion, Mr Slann was thrown into a pool. When the Liverpool fans returned to the UK they came up with the plan to humiliate him by setting up a false Facebook account pretending to be a Scottish woman called Emma. He'd been chatting to this girl on Facebook for about a month or so. On the night she asked him to go to Scotland he was on the road for about nine hours. And then when he got to this remote farm she sent him a text to say she was still in work. Not only had he driven for nine hours, but he had to wait for about another three and a half hours for her to finish work.

credit to Oddee

hahahahahhahahaahhhahaahah gampang punye prank!

Monday, August 16, 2010

Saya Nak Masak Arini

Gua selera besar arini, nak main masak masak.
Harap harap sempat la gua balik main masak masak kat rumah..
Menu gua hari yg gua nak masak adalah,

Stuffed crab - dari first day puasa tahun 2008 lagi gua dah ngidam ni...

Nachos sebagai pengganti kuih muih dari bazar ramadhan...

Pastu aku nak buat Kabab Koobideh Iranian sikit ingatnye...sempat kot.

Lemon Deep Fried Chicken ni kejap aku buat, campak tu campak ni siap arr dlm 5 menet...=|

last sekali tinggal ni je la aku nak buat, deep fried garoupa..kejap jugak ni...golek golek atas tepung pastu goreng garing then aku buat sauce dia skit..homemade.

So itu je la menu aku for today insyaallah...kalau sempat.

oh ye, bahan bahan semua belum beli lagik...lagi nak singgah cold storage nak beli semua tu kan?


p/s: Mem gua pesan balik kerja kang singgah bazar Jln Kuching belikan dia popiah basah ngan nasi beryani daging kak Noor tu utk buka puasa nanti.So aku beli menu sama mcm dia lah jugak nak buaka pose arini.

lain kali kita masak eh?

babai.

Friday, August 13, 2010

Semalam Yg Basah & See Thru

Adapun waktu kerja aku skang bermula 8.30am - 4.30pm.
Tapinya kebiasaan aku akan muncul diopis pada pukul 7.50am atau 8am, ini kerana mengikut waktu Mem yg bekerja di institusi perbankan disebelah building aku.Semalam nak dijadikan cerita, mcm bese lah aku kuar 4.30..dan sedia maklum Jalan YKS mmg terbaik sejak puasa pertama lagi jemnye...
Tapi aku kuatkan hati nak menempuh...so semalam lepas dah amik Mem, aku nak kuar parking jer 40 menet!
Then jalan nak ke Tun Razak tak bergerak langsung, aku terus tukar ideology nak masuk kiri ke arah jalan ampang.Nah, aku kena main ngan hukum alam, kiri plak jem...

Aku stuck kat situ tgk jam dah 5.30, dan aku masih berada didepan building opis aku, terbaik bukan?
Dan masuk jalan tun razak jalan dah clear sebab yg buat jadi haramjadah hari hari sebab org nak balik gurney ngan semarak, satu lane jadi 14 ratos lane.
pagi pon sama, ayah pin betul traffic jem kl ni...buang masa.

Masa nak sampai bzar jalan kuching, hujan dah renyai...gua bajet bese bese je la kan.
dah parking aku ckp kat Mem suruh tunggu dlm kete jer, biar aku yg macho lari beli makanan meredah hujan renyai.Dia suruh aku beli payung kat Brem Mall, apakah?Semata mata nak beli kuih je kot..kat rumah bersepah payung.Sebaik aku berlari 3 langkah, renyai dah ilang, lebat terus sekali ngan ribut.

So aku amik keputusan utk tidak berlari, aku jalan mcm takde pape.Manusia bertempiaran mencari perlindungan dari jadi mangsa kerakusan hujan ribut.aku masih berjalan tenang mencari satay dan puyuh goreng (adam pesan, nak bird katanya).Tenang aku tunggu brother tu bakar satay tanpa menghiraukan keadaan lencun dan banjir dlm kasut.Kebetulan, aku casual semalam ngan tshirt putih dan jeans...dan terjadilah pencemaran pancaindera pembeli pembeli yg lain khususnya wanita.Dek kerana hujan lebat, dan baju putih aku, susuk tubuh dan penampakan puting kelihatan jelas.Aku menahan malu, terasa seperti dicabul dengan pandangan pandangan akak akak,adik adik dan tak lupa makcik makcik yg nampak rakus meratah permandangan yg jarang jarang mereka dpt dibulan puasa.

Perasaan aku dah tak keruan, keadaan basah dan see thru mengganggu perniagaan bazar ramadhan semalam.Sebagai mengambil langkah yg lebih islamik, aku pakai baju 2 lapis hari ni.Manalah tau kot terjadi perkara mcm semalam dna aku pasti, org org yg sama akan berada digerai satay semalam utk mengharap peristiwa semalam berulang kembali.

Mungkin tidak.

Monday, August 9, 2010

Aku Dah Tua

Alhamdulillah..syukur kehadrat Ilahi yg memberi aku nafas lagi utk yg ke 29 tahun.
Tahun depan kalau aku masih duk ada atas mukabumi ni, masuk 3 series dah umur aku.
Banyak benda belum tercapai dan banyak benda belum selesai lagi, dlm hidup aku.
Sepanjang kehidupan aku yg tak seberapa ni, ade beberapa perkara yg aku nak buat tapi belum tercapai.

So target aku tahun ni adalah seperti berikut:

  • Hantar orang tua aku gi Haji walaupun dorang dah pergi (ini niat aku dari bujang)
  • Settle segala hutang baik yg dengan bank mahupun perseorangan.
  • Stable kan financial utk hari mendatang.
  • start bisnes ngan kawan aku very soon
  • Financial freedom awal tahun 2011.
  • Tambah anak seramai yg boleh. (tahun lepas punye proposal reject!!)
Itulah rough list aku buat masa ni...plan seterusnya bergantung kepada keadaan cuaca.

=)

Thursday, August 5, 2010

Oh Mak

Baru lepas on the phone ngan mama...
Aku ada satu kelemahan dlm bab ni, ckp ngan mama aku cepat cengeng..
Kalau mama cengeng dlm phone aku pon turut serta cengeng la...sungguh tak macho rasanya..
Perbualan ngan mama biasanya bersekitarkan apa keadaan aku skang, cucu dia mcm mana, bini kau sihat ke.
pastu mak aku akan ckp bab abg abg kakak kakak aku plak..
pastu bab kenapa lama tak balik kampung...

Pastu mak aku tanya soklan soklan or statement yg buat aku sedar kadang kadang kita sebagai anak ni mudah sangat lupa pada mak ayah.Maksud aku lupa tu bukan lupa apa, mcm lama tak call tanya kabar and jarang balik kampung.Lebeh pulak kalau dah kawen, sangat salah dan berdosa rasanya, ini aku ingatkan diri aku sendiri dan semua.Kasih ibu membawa ke syurga....jauh mana pon kau pergi, tinggi mana kau belajar, sebesar mana pangkat kau, kasih ibu lagi besar dari semua tu.

kasih ayah pon jangan lupa...takde kedua orang tua kita tu dengan restu dan doa dorang, tak kemana nye kita.
Ya Allah Ya Tuhanku, kau sejahtera kan lah kedua ibubapa ku dan dan semua mereka yg bergelar ibu dan ayah dimana sahaja.Amin.

Tuesday, August 3, 2010

Mind Game Part Deux (Itupun Lepas TalkIzCheap Emo!)

Thousand apologies to Penyokong Setan Merah
After awhile then i realized that i haven't continue the second part of Mind Game.
Anyways, to mention few names like Lenin, Stalin, Hitler and even Nietzsche, they're the one who have that ability to control Mind Game.Their failure have nothing to do with their strategies or because of the Allies.It just they don't have the patience and most important thing was greediness.

I love to read about them especially my idol, The Fuhrer. There's something about him that i would like to know.His mind.What in his mind that lead him to such a big moves.Reading few materials such as Mein Kampf, International Jew (Henry Ford) and Das Kapital (Karl Marx), it shows that (as i summarize) these key figures and their actions were according to their needs.And they manipulate the situation, twist the facts and came out as a propaganda which i call as a Global Mind Game.They're sending the messages with compact and comprehensive materials so other Mind Game's player will make a move according to their plan.

The main player just sit and see what's next.That how it works.One good point, the reason behind all this action, it's for the people.yes, for the peoples and do not tell me or argue with me with saying that German has had a psychotic Fuhrer and Russia had a pathetic Stalin.It's not true, it's all about Mind Game.The Allies have a lot of facts that they left behind (this is their Mind Game until now, Modern Era).The truth will be never reveal, the facts will be never expose and the heroes will be never ever celebrates.

Mind Game - Propaganda - Slander - Accusations, it's all in the Mind Games.No right, no wrong.It's who control the game and the strongest will influence others to get into the field.At the end, you'll see the consequences.For those who loves to play Mind Game, Propaganda, Slandering...i repeat, Slandering, you'll get your punisment soon.This i can confirm with you, and the punisment will be the hardest thing for you to swallow the rest of your life.

Socialist built it, Capitalist destroyed it.

oh ye, orang yg pandai English sila betulkan English saya ye, saya tak pandai berspikang tapi nak gak cuba.Tak salahkan?wooohooo.


p/s: sapa sapa yg suka buat kerja fitnah menfitnah, mengaibkan orang, bercerita hal orang mengalahkan orang pompuan mulutnya, ghentikanlah.Tu semua tak bagus, sekolah tinggi tinggi pon tak guno kalau mulut mcm puki ayam, ye dak?

Monday, August 2, 2010

Tun Daim, Forbes dan Orang Kebanyakkan

Dalam aku duk baca beberapa materials kewangan dan perniagaan, mata aku tertumpu kepada satu nama yg agak berkurun aku tak nampak penjelmaan beliau di media elektronik mahupun media massa.
Dan agak lama jugak aku tak melintas depan rumah dia kat melawati nun yg mana menunjukkan aku dah lama tak lepak rumah abang aku kat fasa 5 nun.
Aku ingat lagi dulu masa satu Mesia ni blackout, rumah Tun rilek jer ade letrik.Sebab dia ade sebijik power station dlm kawasan rumah dia, apa ade hal kan?
Dan kebanyakkan orang orang kaya melawati ada connection ngan Tun, masyukkk.

Aku ada terbaca satu artikel blogger ni yg mempunyai details pasal Tun dimata dunia.Nak tau pasal Tun Daim?
Lawatan dia ke Tanzania menceritakan segala-galanya pasal Tun.Mungkin aku agak lambat tau pasal, ni tapi aku tau dia ade beberapa bank di negara negara Afrika, cuma aku tak terpikir kekayaan dia melampaui batas norma pemahaman aku sebagai manusia naive ni.Selama ni Forbes duk tayang orang terkaya dunia dengan nama nama yg hampir sama setiap tahun dan Tun tak penah masuk sekali pon dlm list dlm even dlm senarai 100 individu terkaya.Pendekatan Tun as media shy dan low profile serta politic connection dia sikit masa dahulu membuatkan dia dikenali Tun Daim yg Diam.

Tapi account bank dia tak penah diam.Forbes penah cuba cuba buat anggaran harta Tun sebanyak US10.2 billion, kalah Robert Kuok apatah lagi Robert Mugabe mahupun Robert Murugiah.Tapi itu hanya anggaran, mereka mereka yg sesaja gatal nak sibuk amik tau asset Tun.Media Britain pula mengorek rahsia dengan bersungguh sungguh berdasarkan pegangan Tun dlm ICB (bank kepunyaan Tun Daim) dan menganggarkan asset Tun sebanyak US$26 billion.Nah, dengan duit sebanyak tu, mahu saja aku call Tun dan mintak dia selamatkan Liverpool dan beli player best best utk Liverpool, masuk akal bukan?

Tapi bukan itu yg aku nak tekankan, aku bukan kisah dengan kekayaan Tun sebab bukan aku ada share pon ngan dia.Cuma aku kagum dengan vision dia dlm perniagaan, setiap branch ade gambar bapak besar Tun Daim, dah macam dewa dewa dah Tun Daim kat sana.Dengan status pemilik ICB dengan 130 branches worldwide, apakah kurangnya kehebatan anak Melayu ni?Bagi aku takde kurangnya, dia cuma takmo expose apa status dia atas security reason la kot.US$26 billion tu kot, dan asset tu makin beranak bukan makin menurun.Mmg kepala otak buat duit lah Tun Daim ni.Major law, tapi lebeh berminat kepada bisnes dan bila dia connect kan kedua dua kelebihan dia ni, inilah hasilnya.

Kepada Tun (mcmlah dia baca blog aku ni ekk?), syabas sebab anda mmg seorang yg berjaya.Tokoh yg bersaiz kecil tapi mempunyai hati yg besar gabak mcm stadium Nelson Mandela.Kepada Forbes pula, teruskan lah dengan list list tahyul anda itu ye...sila update kerap skit, jangan malas sangat nak buat research.

Dan kepada orang kebanyakkan mcm kita ni, mari kita menuju puncak dengan bekerja utk bos kita sampai mati.Nanti hujung bulan takde gaji plak kan?Nak join politik mcm awal sangat la plak rasanya, aku target umur aku 35 tahun baru aku berjinak dlm arena tahyul tu.Umur 40 tahun aku bukak bank kat Tatarstan ngan Kashmir, jangan kata dlm bank orang gantung gaambor aku, sampai ke tandas awam semua ada gambar aku nanti.Ceh!